Masih lagi nak cerita pasal Wildan, anak abi yang masuk tahun 1 di SK Agama. Alhamdulillah hati abi rasa senang sikit bila melihat si Wildan dah mula bergaul dengan rakan-rakannya dalam kelas. Ye lah...minggu 1 dan ke 2 tu asyik diam je dalam kelas. tu lah yang merisaukan abi.
Teringat abi ketika mana abi mula-mula masuk tahun 1 di SK Batu Gajah, Tanah Merah. Hari pertama dan kedua sahaja ayah abi menghantar ke sekolah. Pastu hari seterusnya disuruhnya abi naik bas bersama kawan-kawan yang lain. Memang lasaklah orang-orang zaman dulu. Bebudak zaman sekarang ni lain....manja.....
Pernah suatu ketika dalam bas satu insiden berlaku ke atas abi di mana ada seorang budak laki tu menjentik biji cili lalu masuk ke dalam mata abi. Menangis abi tak terkira....masa tu tak ingat sesiapa lagi melainkan mak dan ayah...Tapi nasib baiklah konduktor bas tu baik hati,,,,,dia belanja abi makan mee hon goreng dan air sirap. Alhamdulillah kesakitan berkurangan akibat kenyang ditambah pula bila disogok dengan makanan.
Berbalik kepada cerita Wildan tadi.....setiap kali abi ambilnya dari sekolah, abi akan tanya dia apa nama kawan-kawannya yang dia ingat...Ini adalah satu teknik mengimbas kembali @ flash back (kalau dia guru dia akan tau teknik ni dan macam mana nak guna)...
So itulah ceritanya anak bapak untuk dikongsikan.....
12 hours ago
1 comment:
kesian kat Abu Wildan.Itu baru kena bihun...kalau buzhah camne?taknak balik rumah kot..hehe
Post a Comment