Seawal jam 4 pagi abi dan ummi terpaksa bangun awal setiap pagi. Ummi menyiapkan juadah untuk anak2nya. Manakala abi menge"cek" alatan persekolah bebudak. Check buku tulis dan alatannya. Kalau ada pensil yang tumpul terpaksalah ditajamkan. Kalau ada baju tak bergosok, kenalah gosoknya. Itulah rutin harian. Kalau dulu tahun 2009 takpe bangun dekat nak masuk waktu Subuh tapi sekarang ni, 1 jam sebelum kena bangun dah! Fuh!!! cabaran tahun 2010....
Bila Wildan dah masuk ke tahun satu di SK Agama,,,,,,kehidupan kami dah berubah...ditambah pula dengan pembantu rumah yang sudah balik kampung dan tak datang2 lagi. Hasilnya rumah kami dah jadi macam tongkang pecah....Ya tongkang pecah....kain baju terpaksa dibasuh pada waktu malam dan disidai pada waktu malam hinggalah keesokannya...kain baju banyak yang tak sempat dilipat dan diuruskan. Last sekali kain yg tak dilipat,,,,dicampakkan ummi ke dalam basket. Kalau nak pakai boleh ambil dan silalah gosok sendiri...
Si Furqan pula tak henti2 dok merenget mahu orang dokongnya setiap hari....walaupun dah pandai merangkak tp nak orang juga yang mendokongnya...Hinggakan ummi nak buat kerja pun susah. Kekadang bila abi balik dari kerja, bila tengok muka ummi semacam je, ni mesti bad mood sebab kena dokong Furqan !
11 hours ago
2 comments:
Haa..anggaplah itu bukan masalah tapi cabaran dan ujian dalam membesarkan anak-anak.Bersabarlah ustaz!Itu baru 3 orang,kalau enam camne? Masih jadi warden lagi ke? tanya je.Selamat berkhidmat
Kalau baca catatan ana terbaru..komen la sikit.Gracias
Post a Comment