Sunday, February 28, 2010

dikejar hantu

Selepas menunaikan solat Isya’ di masjid, abi lepak-lepak di bilik warden. Tujuan asalnya ingin berjumpa pelajar baru.


Tetiba sekumpulan pelajar menerpa bilik warden sambil beberapa orang memapah seorang pelajar perempuan. Pelajar tersebut menangis. Dengar cerita daripada kawannya dia dikejar hantu sewaktu pulang dari tandas. Katanya ada “benda” yang mengekorinya dari belakang.


Dia menangis sambil menutup mukanya. Abi mententeramkannya dengan memberi kata-kata semangat. Selepas itu abi menyuruhnya sendiri membaca al fatihah dalam hati dan secara al jahr (jelas). Kemudian abi menambahkan dengan beberapa ayat ruqyah daripada Al quran dan al hadis.


Alhamdulillah dia berhenti menangis dan tiada rasa takut lagi. Dia kembali semula untuk prep malam.

Saturday, February 27, 2010

Thursday, February 25, 2010

Perarakan maulidurrasul 1431

team sainsri bersama sepanduk mereka pada tahun 2008

Alhamdulillah syukur kepada Ilahi perarakan maulid baru je habis. Selesai lah sudah satu kerja yang mana ramai kawan-kawan abi terpaksa bertungkus lumus hampir setiap malam menyiapkan sepanduk tu...tahniah diucapkan kerana sanggup berkerja sampai jam 12 tengah malam lebih. Moga Allah membalas jasa anda.

Walaubagaimanapun bagi mereka yang tak turut sama dalam membuat sepanduk tu,usahlah komen sok sek sok sek dari belakang....kenapa tak buat ni...kenapa tak letak ni...dan sebagainya lagi...bersyukurlah kerana masih lagi ada insan yang sanggup membuat sepanduk tu...

InsyaAllah gambar2 perarakan maulud akan diupload kemudian...

Tahniah kepada team sainsri kerana dapat tempat ketiga dalam perarakan maulud.

Saturday, February 20, 2010

Di pintu barzakh II

adakah kita pasti kita dapat menjawab soalan-soalan munkar dan nakir ?

Pabila dibuka lembaran talqin, suasana menjadi senyap seketika.Tiada lagi kedengaran tangisan dan dan rintihan seorang ibu buat simati. Ketika itulah abi mula menyusun kata-kata talqin dengan ucapan tahmid dan solawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw.


Di saat talqin dibacakan, sampai kepada ayat…

Wahai Rahmie Dewi Bt Badji (nama simati) semoga kamu dirahmati dan diampunkan dosa-dosa kamu.Mulai hari ini, berakhirlah sudah kehidupanmu di dunia, habislah sudah segalakeseronokkanmu, lenyaplah sudah perhiasan dan kesenanganmu yang Allah pinjamkan selama kamu hidup di dunia.


Di saat itulah juga bulu roma abi mula meremang. Berdegup kencang jantung abi. Entahlah. Rasanya macam abi yang mati dan sedang mendengar bacaan talqin daripada seseorang. Seakan abi tika itu berada di alam barzakh. Lailaha illallah Muhammad rasulullah….


Makin kuat degupan jantung abi bila dibacakan….

Sekarang dan mulai hari ini engkau berada di alam barzakh, iaitu alam lain dari apa yang engkau telah tempuhi sebelum ini…..



Ingatlah apabila datang kepadamu dua malaikat munkar dan nakir yang ditugaskan oleh Allah untuk menyoal kamu,maka janganlah engkau terkejut dan takut. Mereka sebenarnya adalah hamba Allah sepertimana kamu juga…..


Dalam hati abi berbisik….Ya Allah bagaimanakah keadaanku bila ku mati kelak?

Adakah aku dapat menjawab semua soalan daripada munkar dan nakir itu?

Bersediakah aku untuk mati?????????


Abi tak akan hidup lama lagi.Dari sehari ke sehari maut makin dekat dengan abi. Hanya Allah sahaja yang tahu! Wallahu ‘alam.

Friday, February 19, 2010

Di pintu barzakh...

Jumaat 19 Februari-Lewat jam 1145 pagi telefon abi berdering. Tika tu abi sedang memandu sebaik sahaja ambik Wildan dari sekolah…

“ Ustaz, nak minta tolong sangat-sangat ni boleh ke ? “ pinta abang Idris, seorang pegawai Felcra di Bekenu.

“ Insya Allah..boleh, boleh..” jawab abi selamba. Dalam fikiran abi mula terfikir kenapa abang Idris nak minta tolong sangat-sangat ni.

“ Begini ustaz, salah seorang isteri kakitangan saya telah meninggal dunia. Jadi mahu minta tolong ustaz untuk solat jenazah dan baca talqin nanti “ jelasnya lagi.

jalan yang berbukit dan becak menyukarkan perjalanan kami

********


Jam 345 petang kami terus pergi ke ladang kelapa sawit tempat tinggal allahyarhamah dan keluarganya. Mereka adalah pekerja berbangsa bugis yang datangnya dari Indonesia. Kami tiba di sana sekitar jam 430 petang dan cuaca pada masa itu agak redup.

di tengah-tengah ladang sawit itulah rumah allahyarhamah

********

Abi dan abang Idris memeriksa keadaan jenazah yang telah selesai dimandikan. Semuanya nampak ok. Amat kesian sekali kerana tiada di kalangan mereka yang tahu menguruskan jenazah. Lagipun tempat tinggal mereka jauh dari kawasan kampung. Kemudian kami bawa jenazah tersebut keluar menggunakan hilux 4x4 dari ladang untuk disolatkan di Surau Kg Kejapil (surau berdekatan).

jenazah allahyarhamah Rahmie Dewi Bt Badji di surau Kg Kejapil

jenazah dimasukkan ke liang lahad

abg idris yg berkopiah hijau putih tu sedang melihat kerja kerja pengkebumian


abi membacakan talqin buat simati


Thursday, February 18, 2010

Dato' Presiden selamatkan mangsa


Diciplak dari ibrahim baba weblog

Oleh : Salhan K Ahmad.
malaysiakini


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang memancing pada petang Ahad lalu di Pantai Rusila, Marang bersama dua orang anaknya apabila beliau mendengar jeritan meminta tolong.

Lantas, beliau bersama anaknya berusia 20-an itu, terjun ke laut untuk menyelamatkan seorang lelaki yang nyaris lemas ketika mandi di pantai berkenaan.

Ini diceritakan oleh Herman Shamsudeen, timbalan ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan, yang juga menulis mengenai perlakuan ‘hero’ Hadi di blognya.

Selain sedikit butiran umum mengenai kejadian tersebut, Herman turut memuatkan dua keping gambar yang dirakam oleh seorang individu pada masa itu.

“Saya dapat gambar ini melalui seseorang melalui Facebook (foto). Itu memang gambar (Hadi), susah sikit untuk dikenali sebab dia tidak memakai serban,” kata Herman ketika dihubungi.

Salah sebuah foto berkenaan menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan sebagai Hadi — berbaju kemeja-T, berkain pelikat sambil duduk berlunjur di atas pasir pantai.
Di sebelah ‘Hadi’ itu pula duduk seorang lagi lelaki yang dikatakan sebagai mangsa kejadian tersebut.

Herman bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu yang menghantar gambar berkenaan kepadanya.

Menurut Herman lagi, Hadi, 63, ternyata masih “gagah” dan mampu bertindak pantas semasa menyelamatkan mangsa tersebut.

“Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya.

“Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa,” kata Herman dalam tulisannya.

Dalam catatan tambahan dalam tulisan tersebut, beliau juga memohon maaf kerana menyiarkan dua keping foto tersebut.

“Tok Guru pasti marah kalau tahu ana siarkan gambar dan tulis macam nie. Ana minta maaf pada dia.

“Beliau tidak suka perkara ini dibesarkan, tapi itulah hakikat dirinya yang kita kena tahu. Semoga kita dapat mencontohi beliau,” katanya.

Sumber asal : malaysiakini.com

Kursus Rawatan Islam



Kursus Sebagai Perawat Untuk Diri Dan Keluarga Bersama Ustaz Azrin

Pada : 13hb Mac 2010 hingga 14hb Mac 2010

Tempat : Masjid At Taqwa Miri

Yuran Penyertaan : RM 150.00

Hubungi : 019 8878414 Idris dan 014 8889353 Ridzwan

Wednesday, February 17, 2010

Temasya Olahraga Tahunan kali ke 18


PKBM meraih kejuaraan tahun ini

Delta bergelar juara rumah sukan kali ini


Tuesday, February 16, 2010

Jangan ambil hati

Pesanan buat mereka yang berkecimpung dalam mana-mana organisasi jemaah atau badan-badan amal agar "jangan ambil hati".

Hidup tak selalunya indah,,,kekadang ada juga ribut yang melanda. Apabila ribut melanda maka banyaklah yang akan berlaku. Manusia yang ada dalam organisasi adalah bermacam-macam pe'il perangainya. Walaupun rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Itulah senario yang melanda hampir ke semua parti politik di tanahair. Tidak kira UMNO, PAS atau PKR. Biasa kita dengar banayak yang keluar dari parti. Lompat parti sana dan sini.

Apabila berlakunya pergeseran dalam sesuatu hal, maka janganlah mudah untuk bermufarakah iaitu menjauhi diri daripada organisasi atau jemaah. Ianya bukanlah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan permasalahan dan kemusykilan. Ambillah jalan perbincangan atau bermesyuarat. Jika tidak kemungkinan - kemungkinan besar akan timbul seperti su' dhan (buruk sangka), kecil hati dan sebagainya. Maka akan timbullah cakap-cakap dari belakang yang lama kelamaan boleh membawa kepada permusuhan dan kepincangan sesuatu organisasi.

Justeru, kembalilah kepada Al quran dan As sunnah dalam menyelesaikan masalah ini. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
" dan sekiranya kamu bertelingkah dalam sesuatu hal maka kembalillah kepada Allah dan rasulnya "...

Maka sayugialah diingatkan kepada mana-mana jemaah khususnya Jemaah Islamiah agar tidak mengambil hati dengan kata-kata atau pe'il perangai ahlinya sebaliknya tanganilah dengan cara yang berhemah dan tidak memulaukannya. Yang penting selagi mana kita berpandukan kepada Al Quran dan As Sunnah, maka kita berada di jalan yang betul. InsyaAllah.

Monday, February 15, 2010

Majlis Tilawah Al Quran SM Sains Miri

Abu Wildan menjadi hakim hafazan

Ustaz Surjana dan guru-guru yg lain menjadi hakim syarahan

para peserta yg ikut syarahan


adik Alif Imran antara pelajar termuda yang mengikuti MTQ


Saturday, February 13, 2010

Diskaun 5 %

Minggu lepas abi gagahi untuk jumpa pengetua. Pergi mencurahkan isi hati dan luahan rasa. Takut disimpan lama-lama akan jadi sebak di dada.

Abi ingin minta supaya dikurangkan subjek yang diajar di sekolah. Kalau sebelum ini abi terpaksa mengajar 25 masa seminggu. Abi ingin kurangkan satu kelas (pend. Sivik & Kenegaraan) memandangkan banyak tugasan akademik dan non akademik terpaksa dipikul pada tahun ni termasuklah penyelaras majalah sekolah, penyelaras dokumentasi sekolah, penyelaras PPI, penyelaras tingkatan 1, guru kelas dan baaaaaaanyakkkkk lagi. Kesemuanya terpaksa dipikul dan difikirkan setiap hari.

Macammana mau fikir ...otak hanya satu. Memori rendah dan slow (orang tua). Gb kecil (kepasiti bekerja) dan menggunakan proses intel celeron (running / keupayaan bekerja slow). Kekadang "hang" dan lambat pickup. So berilah kepada merekayang berkapasiti Window 7 or Vista, InsyaAllah mudah kerja.

Alhamdulillah niat dan permohonan abi diperkenankan dan dipermudahkan urusan. Selepas 3 hari satu kelas abi telah diambil alih oleh guru baru.

Friday, February 12, 2010

PK HEM baru


Suka di sini abi nak ucap tahniah kepada cikgu Norhisham Yusoff (pemilik shamazaf blog) kerana telah dilantik menjadi PK HEM baru menggantikan Ustaz Azhar.

Beliau sebelum ini telah menyandang jawatan sebagai SU Disiplin dan mempunyai banyak pengalaman dalam pengurusan hal-hal disiplin. Terkenal juga sebagai " Raja Software " kerana memiliki pelbagai sofware samada free atau cetak r****. Kalau kami ada masalah berkaitan software komp terus dijadikan beliau sebagai tempat rujukan....

Syukran Raja Software !

Semoga amanah yang diberikan dapat dijalankan dengan sempurna.

" tanggungjawab @ kerja itu lebih banyak daripada masa "- kata-kata Imam Hassan Al Banna

Sunday, February 7, 2010

trafik jam


Perkara yang pertama sekali abi tak suka diawal pagi ialah trafik jam. Seawal jam 6 pagi abi dah gi ngantar Wildan ke SK Agama. Yang nak jadi bengang bila mana ada orang merasakan highway tu dia yang punya. Kalau nak ikutkan kereta had lajunya 90 km. Tapi ada pulak yang bawa 40- 50 km.


Punyalah dia rasa ini jalan datuk nenek dia yang punya. Kita nak potong pun tak boleh sebab ada kereta dari arah mendatang. Nilah yang buat abi sakit hati pagi-pagi. Kalau boleh kita nak cepat sampai ke SKA dan berpatah balik semula untuk ke tempat kerja. Tu lah yang patut boleh sampai ke tempat kerja jam 6.50 pagi akan jadi sampai jam 7.00 pagi. Nak wat camner???Keta bukannya boleh melompat macam katak! Bukannya boleh terbang macam belalang!

Takpe ke kalau kita jalan slow di highway ? tak berdosa ke ? nak berfatwa dan meletakkan hukum tak pandai...cuma marilah kita fikirkan bahwa jalan itu adalah untuk kemudahan bersama yang dibina untuk kemaslahatan awam untuk sampai ke destinasi atau tempat tuju. Kalau kita tak pandai menggunakannya dan pandang remeh tentang hukum hakam jalan raya ia akan menyakiti hati orang lain atau sipengguna lain. Setiap orang yang menggunakan jalan raya mesti ada hal penting.

Oleh itu janganlah pandu kereta anda dengan halaju 40-50 km dihighway/lebuh raya. Anda mungkin akan dimaki atau disumpah seranah jika berbuat demikian !

Tuesday, February 2, 2010

Terima kasih ustaz !

bergambar kenangan dalam bilik pengetua

Isnin 1 Februari telah berlangsungnya satu majlis ringkas tapi penuh bermakna buat Jawatankuasa PPI dan Ustaz Mohd Azhar. Dalam pertemuan yang ringkas abi dan JPPI telah menyampaikan cenderahati kepada Al Ustaz atas khidmatnya sebagai penasihat PPI sekian lama. Terima kasih kami ucapkan kepada ustaz atas jasa baktinya dalam menyumbangkan idea, buah fikiran serta tenaga ketika bernaung di bawah PPI ini.

Beliau akan berpindah ke SBPI Batu Rakit, Terengganu mulai isnin ini.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.