Minggu lepas abi gagahi untuk jumpa pengetua. Pergi mencurahkan isi hati dan luahan rasa. Takut disimpan lama-lama akan jadi sebak di dada.
Abi ingin minta supaya dikurangkan subjek yang diajar di sekolah. Kalau sebelum ini abi terpaksa mengajar 25 masa seminggu. Abi ingin kurangkan satu kelas (pend. Sivik & Kenegaraan) memandangkan banyak tugasan akademik dan non akademik terpaksa dipikul pada tahun ni termasuklah penyelaras majalah sekolah, penyelaras dokumentasi sekolah, penyelaras PPI, penyelaras tingkatan 1, guru kelas dan baaaaaaanyakkkkk lagi. Kesemuanya terpaksa dipikul dan difikirkan setiap hari.
Macammana mau fikir ...otak hanya satu. Memori rendah dan slow (orang tua). Gb kecil (kepasiti bekerja) dan menggunakan proses intel celeron (running / keupayaan bekerja slow). Kekadang "hang" dan lambat pickup. So berilah kepada merekayang berkapasiti Window 7 or Vista, InsyaAllah mudah kerja.
Alhamdulillah niat dan permohonan abi diperkenankan dan dipermudahkan urusan. Selepas 3 hari satu kelas abi telah diambil alih oleh guru baru.
21 hours ago
4 comments:
jangan terlalu merendah diri !! hu hu ...sebenarnya pc abi tu dah yang terkini prosesor intel 2 core dah tu ..cuma mungkin masalah virus kot ...hu hu ...format dan isi sofware baru insyaAllah ...ok lah tu ..apapun selamat berjuang ada ruang isi borang pindah ..balik kg best syeikh ..percyalah ..sekafar beri sokongan sahaja ...
syukran akhi...ya lah banyak virus...terpksa up date lagi..
hati dah rasa nak pindah...tengok ramai member dah pindah...
tolong rekomen lah..
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..
bebanyak sabar ya ustaz..
nak minta balik ke setiu tahun depan..dgr citer ada kosong
Post a Comment