Pesanan buat mereka yang berkecimpung dalam mana-mana organisasi jemaah atau badan-badan amal agar "jangan ambil hati".
Hidup tak selalunya indah,,,kekadang ada juga ribut yang melanda. Apabila ribut melanda maka banyaklah yang akan berlaku. Manusia yang ada dalam organisasi adalah bermacam-macam pe'il perangainya. Walaupun rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Itulah senario yang melanda hampir ke semua parti politik di tanahair. Tidak kira UMNO, PAS atau PKR. Biasa kita dengar banayak yang keluar dari parti. Lompat parti sana dan sini.
Apabila berlakunya pergeseran dalam sesuatu hal, maka janganlah mudah untuk bermufarakah iaitu menjauhi diri daripada organisasi atau jemaah. Ianya bukanlah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan permasalahan dan kemusykilan. Ambillah jalan perbincangan atau bermesyuarat. Jika tidak kemungkinan - kemungkinan besar akan timbul seperti su' dhan (buruk sangka), kecil hati dan sebagainya. Maka akan timbullah cakap-cakap dari belakang yang lama kelamaan boleh membawa kepada permusuhan dan kepincangan sesuatu organisasi.
Justeru, kembalilah kepada Al quran dan As sunnah dalam menyelesaikan masalah ini. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
" dan sekiranya kamu bertelingkah dalam sesuatu hal maka kembalillah kepada Allah dan rasulnya "...
Maka sayugialah diingatkan kepada mana-mana jemaah khususnya Jemaah Islamiah agar tidak mengambil hati dengan kata-kata atau pe'il perangai ahlinya sebaliknya tanganilah dengan cara yang berhemah dan tidak memulaukannya. Yang penting selagi mana kita berpandukan kepada Al Quran dan As Sunnah, maka kita berada di jalan yang betul. InsyaAllah.
21 hours ago
No comments:
Post a Comment