54 minutes ago
Wednesday, March 24, 2010
Nasib abi...
Saja nak cerita....
Sebulan yang lepas, duit budak yang abi pegang RM300 masih lagi belum dijumpai....tak ingat mana letak......(mak budak tu bagi semasa bertemu di jalanan)
Seminggu yang lepas, kad hsbc tak dijumpai juga...sedar2 dah takder dalam beg duit.
Hari ni, pensil case hilang juga selepas mengajar budak di makmal komputer. Sedar2 dah hilang tak tau mana letak. Tapi syukur alhamdulillah, setengah jam kemudian dah dijumpai oleh kawan.
Kenapa jadi macam ni eekk? mungkin otak abi tiada fokus. Banyak benda kena fikir.
Semalam meeting PPDa (pendidikan pencegahan anti dadah), ada benda baru lagi kena buat. Kena buat sudut anti dadah untuk kelas dan bilik2 khas. Bos nak masuk pertandingan peringkat kebangsaan! Yup! banyak giler kijo...Belum siap satu kerja dah datang kerja baru.Depa kat atah takpo la...dok suruh je....hak ore bawah ni wat kijo......jadi kuli....
Allahumma....
jauhilah perkara2 yang tak diingini berlaku sepanjang hari
jauhilah juga benda2 yang tak mampu abi lakukan
lindungilah abi daripada perasaan hasad dengki
daripada manusia dan jin
Allahumma....
engkaulah ya maha mengetahui
apa yang tersembunyi dan nyata
peliharalah diri hambaMu ini....
amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam tuan.. sekadar berkongsi... orang kata kalu byk sgt benda kita lupa tu tandanya kita sedang menghampiri mati.. jd wak molekn la.. jgn sapa lupa pulop... nasib baik x lupa bini ko dok lagi.. kalu tidak tambah la lg sore... heheheh
ambo rasa gitu gak...mati kian menghampiri. mitak halal awal2 hutang demo tuh!ambiklah sebidang tanah dalam tempurung kelapa kawe sebagai ganti....boleh tanam serai wangi!
Al-Quran juga memerintahkan agar kita selalu mencari kurnia Allah di bumi dengan bekerja sebagai ungkapan rasa syukur, bahkan setelah solat pun kita
dianjurkan untuk segera bertebaran di muka bumi untuk bekerja. Sebagaimana disebut dalam ayat-ayat berikut:
“.. Dan bekerjalah, Wahai Keluarga Daud, sebagai (ungkapan) syukur (kepada Allah) (QS 34;14)
“Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagimu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya.” (QS 67: 15)
"Apabila telah ditunaikan solat, Maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung."( QS 62: 10)
Dalam hadis juga banyak diungkapkan tentang orang-orang yang utama, kebanyakan berkaitan dengan kerja dan tindakan. Di antaranya hadis-hadis yang terkenal:
“Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik perangainya/ akhlaknya”
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia”
“Muslim yang terbaik adalah muslim yang muslim lainnya selamat/merasa aman dari gangguan lisan dan tangannya."
“Sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya”
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik (berperilaku) kepada keluarganya”
“Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah”
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempertahankan keluarganya selagi perbuatan itu tidak membawa kepada dosa”
“Barangsiapa yang menjadi susah pada petang hari kerana kerjanya, maka terampunlah dosanya.” (Hadis riwayat Tabrani)
Dengan bekerja sebagai motivasi ibadah, semestinya selalu memberikan yang terbaik. Selalu bekerja semaksima mungkin, bukan seadanya. Itulah yang disebut sebagai “ihsan” (berbuat baik) atau “itqan”(hasil terbaik). Allah bahkan memerintahkan kita meniru karya Allah dalam bekerja, “… maka berbuat baiklah (fa ahsin) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu”(QS 28:77)
Waallahuallam. sama-sama kita renungkan. yang buruk datang dari hamba yang baik datang dari Allah.
takpe hari ini masih dibawah suatu hari akan di atas ...insyaAllah ...semuanya itu memberi pengalaman ..positifkan ..hu hu ..apapapiun itulah hakikat ..apapon semoga permohonan untuk melarikan diri dari belenggu kerja yang entah bila akan berakhir akan tercapai ..namun moga di tempat baru nanti harapan utk tidak ada kerja byak tu ,,,??? hu hu ...kawe tumpang simpati .lepah satu satu mari ..lepah satu ..satu mari ....semoga ceria sokmo ..teruskan perjuangan di bumi kenyalang ...
Post a Comment