Tuesday, April 27, 2010

APC



APC adalah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang diberikan kepada pekerja-pekerja @ pegawai kerajaan yang mana telah menunjukkan perkhidmatan dan prestasi yang cemerlang pada tahun tertentu. Ianya diberikan kepada pegawai yang memenuhi kriteria -kriteria seperti dapat melaksanakan tugas yg diberikan dengan jayanya, memberikan sumbangan kepada masyarakat atau orang lain dan sebagainya.

Soalnya adakah APC ini boleh dikatakan "Aku Pilih Cikgu"? Yang memberinya adalah orang atasan (pengetua @ guru besar @ PPD). Bila bercakap dengan kawan-kawan pasal APC ni, banyaklah kedengaran suara-suara dari belakang......
" eh ye ke dia yg dapat....keje tak seberapa pun..."
"....kalau nak banding si A dengan si B, bagus si B yg dapat ..."
" selalu dok lepak je time keje..."
"....kaki bodek bos tu,,keje sendiri tak buat, keje orang lain buat..."

Bagi mereka yang mendapat APC adakah kita termasuk dalam golongan di atas? oh...Ya Allah wal 'iyazubillah.minta dijauhi.

Tapi yang pentingnya sebenar dan sesungguhnya APC tu "ALLAH PILIH CIKGU" supaya cikgu terus semangat menabur bakti kepada sekolah,anak didik & masyarakat.

7 comments:

data:comment.author/> said...

Bermain dgn akronim nampaknya...tp bg sy kt sini, bos sy dpt APC dan sememangnya beliau cemerlang buat kerja pn, dh dpt anugerah tu beliau x lupa bersyukur dgn mengadakan jamuan utk kwn2 sejabatan. At least, tengahari tu kami mkn free la, x yah g beli nasi kt pagar...hehehe

data:comment.author/> said...

baguslah cam tu...tapi tak ramai yg bersyukur dengan mengadakan jamuan dan belanja member makan...bukan sebab dia sorang je yg cemerlang tp kawan2 sekeliling !

data:comment.author/> said...

Tahniah Ustaz ngn Cikgu Syahrul atas anugerah...

kpd yng dok suka cerita belakang tu, rileks2 la, nanti2 giliran anda pula..jadikan penerima2 anugerah ni sebagai contoh, mana yang baik ikut, yang tak baik jgn ikut..

data:comment.author/> said...

He..he.Gambar Abu Huzaifah ada sama.Syukran ya akhi.Pada ana yang penting kita sentiasa cemerlang di hadapan Allah Taala.Rasanya pada tahun kamek dapat anugerah memang dah kerja sungguh2.Tahun 2006, SMKAM catat sejarah sekolah ,bahasa Arab terbaik sejak SMKAM ditubuhkan.Alhamdulillah la kulli hal

data:comment.author/> said...

Alhamdulillah 'ala kulli hal

data:comment.author/> said...

to Alizul:
syukran atas penghargaan yg diberi..C,Syahrul memang layak diberi APC. Rajin dio tu. Kalu dia jd PK KO pun memang layak gak sebab dia rajin

data:comment.author/> said...

to A.Huzaifah:
sekurang2nya kita ada menabur baktipd sekolah dan anak murid sebelum pindah ke tempat lain.

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.