Thursday, September 30, 2010
tiada mood
Walaupun di sana sebenarnyo abi ada nak posting tentang DOA, lost & found...
Tunggulah masa yg sesuai cikit
Yuppp! nak sambung keje dulu.
wassalam
Thursday, September 23, 2010
Nasib Guru Di Sabah & Sarawak
Bulan ni dah dibuka EG tukar untuk guru-guru yang ingin bertukar samada dari Sabah & Sarawak ke semenanjung ataupun di sekitar Sabah Sarawak. Tapi tahun ni kerajaan (KPM) menyatakan bahawa kos perpindahan termasuk kargo tidak akan ditanggung oleh KPM dan tidak boleh diclaim semula. Kesian cikgu cikgi di Sabah Sarawak.
Takde duitkah kerajaan sampai tidak dapat membiayai kos pertukaran/perpindahan guru? Macam mana nasib kalau guru itu dah berkeluarga besar dan sudah mempunyai perabut sendiri? Tentu ianya memakan kos yang besar untuk membawa balik ke semenanjung perabut tersebut. Tidak dinafikan guru-guru di Sabah & Sarawak amat dan memang gemar dengan perabot kayu jati serta aksesorinya.
Tidak dapat tidak guru yang ingin berpindah untuk tahun ni terpaksa mengeluarkan kos lebih kurang RM10k-RM15k untuk membiayai kargo. Ada banyak duit ke guru di Sabah Sarawak sebanyak itu? Kali terakhir kargo ditanggung oleh kerajaan tahun lepas. Amat beruntunglah mereka yang dapat pindah pada tahun lepas.
Kalau tak mahu mengeluarkan duit sebanyak itu, maka terpaksalah dijualkan segala perabot kegemaran termasuklah kereta-kereta import seperti wish, avanza, Ipsum dan sebagainya. Balik ke semenanjung dengan satu beg pakaian sendiri dan anak sahaja!
Option yang kedua mungkin agak berat sikit bagi guru adalah dengan membuat pembiyaan peribadi daripada bank. Kalau sayangkan sangat dengan perabut ataupun kereta import tu buatlah personal loan. Dan tanggunglah hutang bank sehingga 9-10 tahun. KPM harus ingat bahawa guru di Sabah & Sarawak tidaklah kaya seperti yang disangka orang semenanjung. Yang kaya adalah BISNESMAN!!!
Sepatutnya KPM (bukan nak mengajar....sekadar pendapat) mengambil beberapa langkah dalam menjaga kebajikan guru-guru di Sabah & Sarawak seperti membiayai kos kargo untuk guru-guru yang telah pun berkhidmat melebihi 10 tahun. Ini adalah sebagai galakan dan saguhati kerana sanggup berkhidmat di sana.
Kesatuan Guru harus peka dengan isu ini dan harus diketengahkan dan dihighlightkan kepada umum khususnya KPM. (aku tau memang Kesatuan guru x baca aku punya curahan ni). Tapi kalau orang ramai asyik bercakap sana sini memang kerajaan tak senang duduk diam. Jika masalah guru ini dapat diatasi dengan baik maka barulah sesuai dengan tema Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
Friday, September 17, 2010
Bunuh Kejam: Kami Yakin Islam Penyelesaian Terbaik
Kes bunuh Sosilawati bukan hanya sekadar kes bunuh biasa. Ia ada kaitan dengan motif persaingan perniagaan. Bukan sahaja dibunuh tetapi dengan penuh kejam-dipukul, ditikam, dibakar dan dibuang abu ke merata tempat seperti yang dilaporkan oleh media. Bukan sahaja Sosilawati tetapi mengheret sama peguam, pegawai bank dan pemandunya. (pelbagai artikel/berita tentang kes ini)
Begitu juga suspek yang membunuh, bukan penagih dadah atau kanak-kanak yang melihat aksi ganas dalam kartun sahaja tetapi seorang peguam yang dikatakan ada minat menyertai MIC sebelumnya dan rakan-rakan lain yang bersubahat. Kes bunuh ini menyusuli kes-kes bunuh yang lain-Teo Beng Hock yang masih lagi dalam siasatan tentang cara kematiannya, atau kes bunuh saudara sendiri di Negeri Sembilan yang suspeknya terlepas dari hukuman kerana dianggap kurang siuman, atau kes bunuh Altantuya Shaaribu yang hingga sekarang masih banyak misteri di sebaliknya belum terungkai sebagaimana misteri 11 September.
Masih selamat lagikah Malaysia ini dari pembunuhan kejam seperti ini? Tentu ramai ahli korporat dan jutawan tak senang duduk-Jutawan kosmetik, jutawan kilang elektronik, jutawan kerana guna kedudukan politik. Harta, kedudukan, perniagaan, aset mereka menjadi tempat intaian perompak, penculik, penyamun professional.
Alang-alang merompak, biar sejuta ringgit. Alang-alang membunuh, biar ditikam, dibakar, dibuang abu. Alang-alang menculik, biar pampasannya jutaan ringgit. Barangkali inilah falsafah penjenayah yang tidak takutkan undang-undang ini.
Kalau dikatakan indeks jenayah turun melalui NKRA yang dibuat, ia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Indeksnya mungkin turun tapi cara jenayahnya makin kejam dan sangat mengerikan. Dalam kamus ada perkataan ‘amuk’, tapi biasanya amuk itu dengan parang, keris, tombak zaman dahulu. ‘Amuk’ nafsu cara moden gunakan C4 atau bakar hingga jadi abu. Dalam sebuah temuramah dengan seorang pengamal undang-undang di TV, beliau mengatakan bukti forensik kukuh diperlukan untuk menyabitkan suspek yang dibunuh. Dengan kata lain, kalau tiada bukti kukuh, sekalipun suspek telah mengaku dia yang membunuh, maka dia terlepas dari hukuman?
Dalam Undang-undang keterangan Islam, mengaku atau disebut ikrar adalah bukti paling kuat. Itupun perlu dilihat bersama faktor-faktor lain tentunya seperti tiada deraan ketika dalam tahanan polis, tiada paksaan untuk mengaku salah, atau diupah oleh penguasa tertinggi untuk mengaku salah dan dijamin lepas dan sebagainya. Bukti forensik adalah qarinah yang sangat membantu penyiasatan bagi menyabitkan suspek tetapi ia bukan bukti utama. Ini masih boleh dibahaskan kerana ada juga sarjana Islam yang menjadikan qarinah sebagai bukti yang utama. Demikian juga dalam isu qisas yang menjadi hak waliyuddam atau mereka yang punya hak untuk memberi kata putus tentang bunuh balas, menerima diat/pampasan atau memaafkan, sedangkan perkara ini dinafikan dalam undang-undang di Malaysia.
Apa-apa sekalipun perbahasan fiqhnya, kami sebagai ahli, penyokong dan pendokong PAS semenjak dahulu, kini dan selamanya sentiasa dan tetap yakin bahawa undang-undang jenayah Islam yang terbaik, dengan syarat ia mesti dilaksanakan secara holistik bersama dengan sistem-sistem Islam yang lain bagi membaiki sistem politik yang sangat zalim, sistem ekonomi yang sangat tenat, sistem sosial yang sangat parah- dan bukan secara terpinggir atau serpihan.
Pendirian ini adalah konsisten walaupun ditentang oleh UMNO atau sebahagian mereka yang jahil tentang hakikat Islam dalam badan politik atau NGO tertentu. Pendirian ini boleh dilihat melalui ucapan, lisan, tulisan para pemimpin PAS dan pendokongnya sepanjang masa.
Di atas keyakinan kami kepada Islam sebagai penyelesai masalah inilah kami berjuang, pertahan dan berusaha mengajak masyarakat agar semuanya mendapat keamanan dan keselamatan hakiki, bukan sahaja dari penjenayah kejam, tetapi juga dari penyangak politik dan penyamun harta rakyat, keselamatan dan keamanan di dunia dan di Akhirat. Dan inilah yang menjadi mesej kami cukup jelas dari moto kami ‘Islam Adil Untuk Semua’
Thursday, September 16, 2010
Eid di perantauan
Tahun ni seperti tahun-tahun sudah, kami beraya di perantauan lagi. Tak pernah kami sambut raya Fitri di kampung. Kebetulannya dengan cuti yang agak pendek dan poket kosong! walaubagaimana pun keindahan beraya di bumi Miri ini adalah sesuatu yang tidak asing bagi kami lagi. Kawan-kawan baik orang tempatan mahupun semenanjung menjadi hiburan dan teman semasa di hari raya.
Hari pertama raya kami bertakbir di Surau Darul Ibadah, Kem Pasukan Gerakan Am. Abi menjadi tetamu undangan untuk berkhatib khutbah Eid di sana. Selesai menunaikan solat Eid dan berkhutbah kami menjamu selera di tapak jamuan surau. Dari situlah abi mulai bergaul dan mengenali PGA dengan lebih dekat lagi.
Seterusnya kami beraya pula ke flat guru yang mana 2 famili yang tak balik kampung.(Hisham+Rizal). Depa tu setia ngan sekolah.
Hari ke2 kami terus diisi dengan program ziarah menziarahi...merapatkan ukhuwwah yg terbina dan megukuhkannya.
Hari ke3 Ummi buat ala2 open haus....ramai yg datang terutama kawan2 dari YAM dan kerja. Tq kerana sudi memeriahkan majlis kami.
Seterusnya kami beraya di Kampung Bakam. Menyelami dan memahami perasaan orang kampung. Ada yang susah dan ada yang senang. Sempat juga kami menziarahi xmaid Wildan yang serba kekurangan dan kami menghulurkan sedikit bantuan.
Semalam beraya di Niah. 50 km dari Miri. Ada kawan di sana. Ust Rushdi yang satu sekolah ketika dahulu. Selesai je di sana terus balik dan beraya di flat SMKA Miri pula. sembang2 sambil isi perut. Last station pergi ke rumah Bro Idris (Pegawai Felcra). Pekena nasi berlauk ikan aya + teh O. Kenyang memanjang dan terus balik......
Jumaat, Ummi sambung keje lagi...abi urus rumah