7 hours ago
Thursday, September 23, 2010
Nasib Guru Di Sabah & Sarawak
Bulan ni dah dibuka EG tukar untuk guru-guru yang ingin bertukar samada dari Sabah & Sarawak ke semenanjung ataupun di sekitar Sabah Sarawak. Tapi tahun ni kerajaan (KPM) menyatakan bahawa kos perpindahan termasuk kargo tidak akan ditanggung oleh KPM dan tidak boleh diclaim semula. Kesian cikgu cikgi di Sabah Sarawak.
Takde duitkah kerajaan sampai tidak dapat membiayai kos pertukaran/perpindahan guru? Macam mana nasib kalau guru itu dah berkeluarga besar dan sudah mempunyai perabut sendiri? Tentu ianya memakan kos yang besar untuk membawa balik ke semenanjung perabut tersebut. Tidak dinafikan guru-guru di Sabah & Sarawak amat dan memang gemar dengan perabot kayu jati serta aksesorinya.
Tidak dapat tidak guru yang ingin berpindah untuk tahun ni terpaksa mengeluarkan kos lebih kurang RM10k-RM15k untuk membiayai kargo. Ada banyak duit ke guru di Sabah Sarawak sebanyak itu? Kali terakhir kargo ditanggung oleh kerajaan tahun lepas. Amat beruntunglah mereka yang dapat pindah pada tahun lepas.
Kalau tak mahu mengeluarkan duit sebanyak itu, maka terpaksalah dijualkan segala perabot kegemaran termasuklah kereta-kereta import seperti wish, avanza, Ipsum dan sebagainya. Balik ke semenanjung dengan satu beg pakaian sendiri dan anak sahaja!
Option yang kedua mungkin agak berat sikit bagi guru adalah dengan membuat pembiyaan peribadi daripada bank. Kalau sayangkan sangat dengan perabut ataupun kereta import tu buatlah personal loan. Dan tanggunglah hutang bank sehingga 9-10 tahun. KPM harus ingat bahawa guru di Sabah & Sarawak tidaklah kaya seperti yang disangka orang semenanjung. Yang kaya adalah BISNESMAN!!!
Sepatutnya KPM (bukan nak mengajar....sekadar pendapat) mengambil beberapa langkah dalam menjaga kebajikan guru-guru di Sabah & Sarawak seperti membiayai kos kargo untuk guru-guru yang telah pun berkhidmat melebihi 10 tahun. Ini adalah sebagai galakan dan saguhati kerana sanggup berkhidmat di sana.
Kesatuan Guru harus peka dengan isu ini dan harus diketengahkan dan dihighlightkan kepada umum khususnya KPM. (aku tau memang Kesatuan guru x baca aku punya curahan ni). Tapi kalau orang ramai asyik bercakap sana sini memang kerajaan tak senang duduk diam. Jika masalah guru ini dapat diatasi dengan baik maka barulah sesuai dengan tema Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...baik lagi di negeri sendiri kan?
Dok merantau kat negeri orang ni rasa macam tak sempurna jer hidup..kecuali la kalau memang set mental dan fizikal nak bermastautin tetap kat sana..tambah lagi kalau terkahwen gan org sana..mmg tak mboh balik kampung dah..
macam kakak sy cakap..hidup dinegeri orang ni, orang sentiasa melihat kita sebagai 'makhluk asing'...naik pangkat org iri, takde pangkat org keji...wallahuallam.
Post a Comment