Sebagai post mortem untuk diri sendiri yang tak lekang daripada kelemahan. Tahun 2010 banyak mengajar abi bagaimana nak mengurus masa dengan betul. Begitu juga abi merasakan bahawa kepercayaan orang kepada abi begitu tinggi sekali hinggakan pelbagai kerja disogokkan! Aku insan biasa....punya 2 tangan, 2 kaki, dan 1 otak.
Banyak jawatan yang dipegang harus dimuhasabahkan untuk kebaikan diri sendiri. Bermula daripada Ketua Panitia Bahasa Arab hinggalah ke ajk-ajk....
1) Ketua Panitia Bahasa Arab (tiada ahli dan hanya seorang diri)
planning : nak update fail-fail dan mengadakan kelas bimbingan untuk calon peperiksaan Bahasa Arab Tingkatan 4.
hasilnya: mampu update separuh daripada fail-fail dan tidak dapat mengadakan kelas bimbingan. Hanya 2-3 kali sahaja. Aku insan biasa......
2) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Islam
planning:
1) membuat perjmpaan sekurang2nya 1 x sebulan dengan pelajar Islam dengan memberi tazkirah @ ceramah.
2) membuat pengisian kepada naqib2.
3) menjemput penceramah2 daripada luar.
4) planning awal perancangan akan datang termasuklah ceramah2.
hasilnya: no 1,2 & 3 tak dapat dilaksanakan sepenuhnya....byk tergendala akibat keletihan dan aktiviti sekolah yg byk. Aku insan biasa.....
3) Dokumentasi sekolah
planning: merakam kesemua gambar dan burn ke dalam cd serta meng"album"kannya
hasil: dapat simpan dalam cd separuh dan selebihnya dalam hard disk. Tak dapat letak dalam album cd. Aku insan biasa....
4) Fotografi sekolah
planning: melatih pelajar untuk merakam aktiviti2 sekolah dengan menggunakan kamera sekolah.
hasilnya: aku sendiri yang kena ambil gambar sekolah. Kurang keyakinan kepada pelajar kerana ditakuti rosak kamera sekolah. Aku insan biasa....
5) Penyelaras Majalah Sekolah (MISAS).
planning: nak buat awal majalah sekolah, cari dan simpan gambar ke dalam cd. Mencari pelajar2 yang berkebolehan dan melatih mereka untuk membuat majalah.
hasilnya: aku tidak dapat terima kenyataan bhw aku adalah penyelaras majalah sekolah walhal aku bukanlah ajk sebelum ni. Aku tiada ilmu tentang selok belok majalah. 6 bulan aku menderita sakit batin. Masuk bulan 8 baru aku dapat buat kerja. Alhamdulillah Allah nak uji aku. Dan aku dapat terima kenyataan. Aku insan biasa BUKAN LUAR BIASA
17 hours ago
4 comments:
salam ustaz...
best nye student skang...ada peluang belajar tangkap gambar...bertuah:)
warden dah berenti ke?kalu masih warden maknanya ada kaitan dgn disiplin..maknanya tugas2 asrama dan disiplin ustaz tak ambil kira lagi..waduh banyaknya kerja cikgu!cikgu biasanya banyak memikirkan hal2 pelajar dia sendiri sehingga kadang2 anak sdiri terabai..tak percaya tanya cikgu2 yg komited dgn kerja sekolah...
boleh lepas dah hak lain tu..pegang PPI cukup ustaz..yg lain ramai lg boleh, ana nasihat ustaz kena tegas bersuara..kebajikan nta dan jamaah kena jaga jugak tu..
salam ustz..
kami dah buat meeting ngn MT nuqaba' sebelum cuti forensik ari tu ustz..
dan meeting nuqaba' kjap sblm cuti CNY ni..tp x suma dtg..byk bz ngn hw:)
Post a Comment