Saturday, February 25, 2012

Bicara Intelek Guru


Badan masih penat lagi selepas pulang dari program Bicara intelek Guru yg diadakan di SM Sains Tengku Faris Petra, Pengkalan Chepa. Program wajib anjuran Jabatan Penerangan dan SBPSK itu adalah julung2 kali diadakan yang menghimpunkan semua guru SBP zon Timur.

Apo nak dikato? Ramai oghe kato ini agenda politik. Dekat dengan pilihanraya. Bagi yang pergi dengar dia akan dapat rasakan apa pengisian yang dibuat.

Awal2 lagi penceramah yang pertama yang datangnya dari Jabatan Penerangan Neg. Kelate ada menyentuh isu air yang berlaku di kawasannya. Masalah air yang tiada penghujungnya. Bagi yang mengerti, itu adalah suatu sindiran dan tamparan hebat pihak yang berwajib. Benar atau tak? ermmmm (cerita politik lah tu...)

Hebat sipenceramah tu berhujah bersandarkan kepada Al Quran. Abi rasa dia tu mesti lulusan dari Timur Tengah. Jordan @ Mesir. Dari kefasihannya membaca intro solawat dan ayat AQ nampak gaya ada ketokohan seorang "ustaz". Ustaz berpolitik!

Friday, February 24, 2012

mencari tenang


24 Feb-Usai solat Maghrib dan Isya' secara jamak qasar semalam, abi melepaskan penat lelah sekejap sambil duduk termenung menghadap kiblat. Oh rasanya jarang berlaku saat2 sebegini. Biasanya tatkala abi lepas solat, terpaksa bergegas semula untuk menukar turn dengan ummi bagi melayani karenah anak terutamanya si Azzam. Baby kami yang baru lahir ke alam dunia ini. Susah untuk ditinggalkan sendirian. Mesti berada dalam dakapan selalu.

Sambil tangan memegang mushaf Uthmani abi teliti dan tadabbur beberapa kalam Ilahi daripada surah Al Mukminun. Di ruang solat utama Masjid Ulul Albab, seberang Jerteh inilah hati rasa tenang dan damai. Mungkin pada waktu ini abi tidak diganggu oleh anak-anak. Jauh dari hilai tawa anak-anak abi.

Ya, abi baru sahaja menghantar mereka pulang ke rumah atuknya kerana besoknya abi terpaksa menghadiri satu perjumpaan di SM Sains Tengku Faris Petra.

Tuesday, February 21, 2012

merawat dalam van

Tatkala abi sedang mengajar dalam kelas, seingat abi sedang ajar Bahasa Arab. Tetiba ada call daripada PK1. "Ustak ! tolong maghi pejabat sekejak". Dalam kepala otak abi timbul seribu satu persoalan....Nampak macam penting sangat.

Tiba di pejabat, abi lihat beberapa berkerumun dekat van. Seorang pelajar perempuan sedang bertempik (kena rasuk benda tu). Dia minta agar dia dibawa pulang dan taknak belajar di sini. Dalam hati abi, ini kes berat ! Setahu abi biasanya pelajar yang kena rasuk kat sekolah ni dia tak sedarkan diri. Tapi yang ini meronta-ronta dalam van minta dihantar pulang ke rumah. Lupa nak bagitau, sebenarnya pelajar tu datang nak melapor diri selepas balik bermalam. Tiba je di kawasan sekolah terus dia mengamuk tak tentu hala!

Pengetua dan PK1 minta abi rawat budak itu. Beberapa potongan daripada ayat Al Quran dibacakan terhadap pesakit ketika mana dia tak sedarkan diri dalam van itu. Makhluk dalam tubuh pesakit itu kesakitan tetapi berdegil untuk keluar. Ayat pemanas dan pemukul jin terus dibaca tetapi tetap berdegil. Dalam hati abi, ini tentu kes luar biasa.

Selepas daripada itu abi jumpa parents nya dan menanyakan hal @ keadaan budak itu. Si bapa menceritakan sebelum itu dia dan isterinya jatuh sakit. Bila dah pulih anaknya pula yang jadi macam tu. Oh ini kes berpunca dari rumah dan kes sihir ni. Ni bukan kes disampuk jin jembalang dari kawasan sekolah ni. Abi memberhentikan rawatan.

Abi nasihatkannya agar dia pergi mencari perawat untuk merawat anaknya. Rawatan yang terkena sihir memerlukan masa yang agak panjang. Abi dalam masalah merawat kes sihir ni tiada lagi pengalaman. Just sekadar mengusir jin-jin prebet dan nakal-nakal je. Yang macam tu InsyaAllah boleh tolong.

Thursday, February 16, 2012

SAIS & Perarakan Maulidur Rasul 1433H



Warga SAIS tidak ketinggalan dalam perarakan Maulud Nabi yang diadakan di Bandar Permaisuri kelmarin. Tanpa sebarang sepanduk dan banner SAIS tetap juga mengikuti perarakan sebagai menyahut seruan daripada PPD Setiu. Kenapa takde sepanduk? banyak orang tanya sehingga di tempat perarakan pun orang tanya.

Sebenarnya kami terima surat lewat 3 hari sebelum perarakan. Mana sempat nak urus itu dan ini. So kedatangan kami sekadar menyahut seruan. InsyaAllah next year maybe kami bersedia untuk berarak.

Go SAIS!

Maulud


Walaupun bulan maulud dah nak habis, janganlah kita menghabiskannya dengan begitu sahaja.Tapi hayatilah, fahamilah dan praktikkanlah sunnah dalam kehidupan kita. Jika kita bergelar seorang suami, elokkanlah pergaulan dan muamalat kita dengannya. Jika kita seorang bos maka elokkanlah dengan orang bawahannya.

SALAM MAULIDUR RASUL 1433 H.

Sunday, February 12, 2012

bertempur dengan jin harimau (part 2)

sambung lagi cerita pasal bertempur dengan jin harimau yg lepas.....

3. Keadaan dalam surau pada masa tu memang riuh rendah dengan suara samada imam solat isya' ataupun ngauman (bunyi rimau). Pesakit dalam keadaan tak sedar seolah-olah nak pergi ke arah seorang lagi pelajar lelaki. Pelajar laki2 tu memang dalam keadaan tak sedar diri dan asyik2 tunjuk ke arah bumbung surau. Abi pun jadi sedikit panik pada masa tu.

4. Selepas berfikir sejenak dan mencari ilham, habis solat Isyak (abi belum lagi solat Isya' pd masa tu :P) abi arahkan semua pelajar turun. Si Pesakit yang berkelakuan macam rimau tadi nak berganjak dari tempatnya. Abi cuba mententeramkan Si Rimau td dengan berkata
'jangan kamu pergi lagi dari tempat ni' tunggu sini!...arah abi dengan suara yg kuat dan lantang (memang dalam hati abi, abi cukup berdebar sekali manalah tau si rimau tadi datang menerpa dan menerjah abi). Cuma pada masa tu 'cover line' - tunjuk macho supaya tak nampak takut. Pengalaman pertama bah!!!

5. Pesakit lelaki tadi sudah diasingkan jauh daripada si Rimau tadi (pelajar p'puan). Tidak lama selepas itu si rimau tadi bangkit daripada tempatnya dan menuju ke arah abi dan pelajar laki tadi. Abi tergaman seketika dan pada masa tu abi cuba menahannya dan memegangnya sambil melafazkan "la haula wala quwwata illa billahi ....." dengan niat melemahkan si rimau tadi. Berhasil. Syukur. Si Rimau tadi rebah.

6. Seterusnya, abi terus warning rimau tadi dan akan mengazabnya jika ia enggan keluar dari tubuh pelajar tadi. Selepas membaca 'Auzubillahi minasy syaitanir rajim.. dia menggelupur kesakitan dan terus menyerah diri (surender lah tu) dan menyatakan hasratnya untuk masuk Islam.

7. Abi mengajarnya mengucap 2 kalimah syahadah. Tapi yang lawaknya abi tak sedar yang abi suruh dia ucap naik saksi bhw Nabi Muhammad itu pesuruh Allah terlebih dahulu sebelum bersaksi tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah (dalam versi Arab). Pastu bila sedar barulah abi ubahkannya semula dalam versi Melayu. Nak wat lagumano (kata ore Kelate) kalu de nyo gelabah gak!ngucap pun tak ingat!

8. Selepas mengucap, abi mendoakannya supaya dia sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah. Dan mohon dia berjanji bahawa tak akan kacau budak itu lagi. Dengan kiraan 1 2 3 benda tu keluar ikut anggota kaki.....alhamdulillah selamat semuanya.

Monday, February 6, 2012

bertempur dengan jin harimau (part 1)


1- Malam tadi,dapat call dr PK HEM sekolah. Dia minta abi turun dan katanya ada beberapa orang pelajar kena rasuk di surau. Dengan berbekalkan beberapa zikir pelindung diri dan anak isteri serta tawakkal kepada Allah abi pergi.

2- Tiba di surau abi rasa kekok dan kelm kabut sikit akibat bunyi deruan@ teriakan daripada pesakit pelajar ting 2. Abi cuba mententeramkan keadaan dengan menjauhkan pesakit antara satu sama lain.

3- Agak terkesima abi, bila mana seorang pesakit berada posisinya macam harimau.Dia meraung n menjerit kesakitan akibat daripada bacaan imam solat.... Abi tengok tangannya dalam keadaan genggaman dan duduknya macam harimau.

bersambung.....mata mengantuk lahhhh :)

Saturday, February 4, 2012

lepas gian kejap

Hari ni lepas gian pergi shopping barang2 surau di Jerteh bersama2 dengan kengkawan. Sambil2 tu masuk kedai Galeri Hidayah dan beli sehelai seluar jubah. RM18 satu. Bulan lepas dah beli satu helai tapi rasa tak cukup lagi sebab selesa pakai waktu berjubah.

Balik dari Jerteh, rehat setengah jam dan terus bersiap sedia untuk pergi ke kenduri kawan, Qzairuddin bin Mohamed di Kg Rahmat, Felda Chalok. Abi pergi sefamili. Kali pertama lepas ummi berpantang keluar bersama Ahmad Azzam jauh dari rumah. Ambil angin luar katakan.
Ermm, dapat gak merasa gulai kawah. Dah lama tak merasa ni.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.