Friday, February 24, 2012

mencari tenang


24 Feb-Usai solat Maghrib dan Isya' secara jamak qasar semalam, abi melepaskan penat lelah sekejap sambil duduk termenung menghadap kiblat. Oh rasanya jarang berlaku saat2 sebegini. Biasanya tatkala abi lepas solat, terpaksa bergegas semula untuk menukar turn dengan ummi bagi melayani karenah anak terutamanya si Azzam. Baby kami yang baru lahir ke alam dunia ini. Susah untuk ditinggalkan sendirian. Mesti berada dalam dakapan selalu.

Sambil tangan memegang mushaf Uthmani abi teliti dan tadabbur beberapa kalam Ilahi daripada surah Al Mukminun. Di ruang solat utama Masjid Ulul Albab, seberang Jerteh inilah hati rasa tenang dan damai. Mungkin pada waktu ini abi tidak diganggu oleh anak-anak. Jauh dari hilai tawa anak-anak abi.

Ya, abi baru sahaja menghantar mereka pulang ke rumah atuknya kerana besoknya abi terpaksa menghadiri satu perjumpaan di SM Sains Tengku Faris Petra.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.