Wednesday, June 20, 2012

kami bersatu

Alhamdulillah thummal hamdulillah....

Atas nikmat dan kurniaanNya kami sekeluarga kembali bersatu di bawah satu bumbung di Setiu. Imbas cerita dulu, pernah terpisah satu tahun yang dulu. Abi bersama dua orang anak, manakala dua anak lagi bersama atuknya di Tanah Merah sedangkan ummi bersendirian di Miri. Semua yang berlaku itu adalah ujian daripada Allah buat kami semua.

Kini, abi boleh menghembus dan menarik nafas lega kerana semua mereka sudah berada di depan mata. Terima kasih ya Rabb! terima kasih juga kepada orang2 JPN (Sarawak & Terengganu) kerana tak jemu2 melayan suara karenah abi dan ummi dalam membuat rayuan melalui telefon.


Wednesday, June 13, 2012

di penghujung cuti persekolahan pertengahan tahun

Cerita ni adalah kisah yang berlaku kira2 seminggu sebelum cuti penggal pertengahan tahun baru2 ni.

Makhluk2 halus tu mula mengganas semula. Beberapa orang pelajar telah diserang histeria tidak kira siang atau malam. Hasrat hati memang nak menolong tapi apakan daya keadaan diri yang tidak mengizinkan. Masih lagi batuk dan sakit tekak. So abi tidak membuat rawatan.

Beberapa panggilan kecemasan daripada PKHEM pada waktu2 malam tidak dapat abi penuhi hajatnya. Sorry bebanyak....tambahan pula anak kecil Si Furqan (3 tahun) bersama abi. Takut juga benda tu datang mengusiknya pula !!

Sehari sebelum cuti, sedang murid2 lain menjawab soalan exam, tetiba kedengaran seorang murid perempuan bertempik dalam kelas. Sejurus kemudian beberapa orang murid datang mendapatkan abi di kelas yang lain dan membawa pesanan agar bersegera ke tempat kejadian. Abi meminta bantuan seorang guru perempuan lain agar mengawasi exam pada masa itu.

Ringkas ceritanya...
Bila abi cuba berdialog dengan mangsa, tiada respon darinya. Matanya liar memerhatikan ke arah sesuatu tempat. Dengar cerita daripada seorang guru lain, ia hendak pergi ke bukit yang berhampiran.

Abi cuba memberitahunya agar jangan dikacau murid tersebut kerana dia sedang mengambil exam. Permintaan lawak daripada abi agar ia membantu pelajar tersebut menjawab exam tapi ditolaknya. Selepas dinasihati dan dinasihati akhirnya abi menggunakan taktik memujuk (reka sendiri nama ni) supaya ia keluar. Akhirnya dengan izin Allah ia keluar daripada badan pelajar tersebut tanpa abi mencederakannya dengan ayat2 Al Quran.

(Dalam hati abi...abi rasa benda tu dah kenal abi dan telah rasai sebelum ni pernah memukul dengan ayat suci Al Quran. Itu sebab ia nak keluar cepat tanpa banyak soal sebab takut dipukul lagi!) itu hanya andaian saja.

Wallahua'lam....

Tuesday, June 12, 2012

pujukan

Selepas abi mengedarkan kertas jawapan pada murid2 abi, beberapa orang pelajar datang untuk membetulkan semula markah mereka. Tidak kurang juga yang meminta agar ditambahkan markah mereka supaya dapat naik gred ke B atau A.


Seorang murid perempuan (murid S) datang kepada abi dan bermati-matian agar dinaikkan markahnya hingga beliau dapat lulus. Asalnya murid S gagal dalam peperiksaan tersebut. Murid S perlukan 6 markah lagi untuk melayakkan markahya mendapat gred D (lulus). Dengan membuat pertimbangan yang sewajarnya, abi tidak dapat memenuhi hajat murid S tadi dengan beberapa alasan : 


i) markah yang murid S dapat itu, biarlah dijadikan pengajaran buat dirinya agar belajar bersungguh2 dan jangan mengharapkan belas ihsan @ kasihan. 


ii) ingin mengajar murid S tersebut bagaimana perasaan jika kita gagal dalam melakukan sesuatu perkara. 


iii) ingin mengikis sikap "membodek" daripada diri murid S  agar ianya tidak berpanjangan hingga ke menara gading.


iv) jika abi memenuhi hajat murid S tadi, bermakna abi perlu juga memenuhi hajat murid2 yang lain. Jika enggan berbuat demikian bermakna  abi tidak berlaku adil. 


v) sebagai penghormatan di atas profesion keguruan bahawa ianya merupakan suatu amanah ilmu yang harus dijaga hatta jika murid S tersebut adalah anak abi sekalipun, maka abi tidak boleh berbuat demikian.

Sunday, June 10, 2012

Taska Nur Amin, Setiu

Hari pertama  anak abi, Qan dimasukkan ke Taska Al Amin, Setiu. Ini dah masuk Taska kali ke 2. Dulu dah masuk taska di sekolah sains tapi tak dapat bertahan lama.Asyik nangis je. Yang ni pun nangis juga tapi harap2 tak lamalah dia nangis tu.

Harap2 taska yang ke2 memberikan kepuasan kepadanya. Banyak mainan dan taman permainan kat sana kalau nak dibandingkan dengan tempat lama.

 halaman tempat riadah. Ada gelongsor lagi

pintu masuk ke taska. Cantik dan menarik hiasannya!

cover depan taska.

Saturday, June 9, 2012

Berakhirnya sebuah penantian

Alhamdulillah syukur yang tidak terkira dipanjatkan kepada ilahi kerana telah menyelesaikan dan mengungkai satu permasalahan dan dilema yang bermain di benak fikiran abi dan ummi. Ummi telah berjaya pindah ke semenanjung dan ditempatkan di sebuah sekolah yang tak jauh dari rumah - SK Kpg Buluh, Setiu.

Hati yang dulunya rasa kecewa atas kegagalan keputusan eg tukar pada pertengahan tahun ini kini bertukar menjadi riang gembira. Kemunculan keputusan eg tukar kali kedua merubah segala-galanya. Terpampang di skrin eg tukar, "TAHNIAH pertukaran anda ke Terengganu diluluskan".

Perkhabaran tentang perpindahan ini sengaja abi sembunyikan daripada ummi sebaik sahaja ummi tiba di epot Kuala Terengganu. Ummi yang balik dari Miri memang berniat akan bercuti lagi demi menjaga anak@baby dan di samping keluarga. Keesokan paginya barulah abi buat surprise kepada ummi. Hampir tidak percaya ummi!!

TAHNIAH ummi abi ucapkan atas pertukaran ini dan selamat bertugas di tempat baru.


 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.