Thursday, February 28, 2013

Kirim salam

Kali ni nak sembang pasal alam misteri pulak. Tapi abi tak tau nak mulakan cerita dari mana.

Seorang pelajar yang menyampaikan salam seorang hamba Allah dari alam ghaib kepada abi. Errrmmm, seram juga rasanya apabila mendengar khabar tersebut. Biasanya kita menerima salam daripada orang yang dapat dilihat dan dikenali.

Walaubagaimanapun sebagai orang Islam abi wajib jawab salam tersebut. "wa'alaiki wa'alaihis salam"...

Moga2 ianya suatu petanda yang baik.

Wallahua'alam. Tak ulas panjang. seraaaaaaam :) 

misteri

astaghfirullah ....abi menarik nafas panjang apabila sekumpulan pelajar perempuan menunjukkan kepada abi satu kantung kain yang mengandungi beberapa bahan seperti paku, kuda laut dan biji buah. Benda tersebut dijumpai berada dalam bantal asrama pelajar perempuan.

Soalnya untuk apa benda ni dibuat? Angkara siapakah ni?

Dalam soal ni abi percaya bahwa benda ni diwujudkan adalah bukan niat kebaikan. Mesti ada sesuatu niat yang tidak baik oleh si pembuatnya. Mengapa berlaku ? mengapa memilih jalan ini ?

Kebanyakan orang di sini semuanya beragama Islam, yang mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi sayangnya masih lagi percaya kepada benda yang karut marut. Dengan erti kata lain khurafat. Awas! khurafat boleh membawa kepada SYIRIK!

Apalah gunanya jika kita benci membenci terhadap seseorang di dunia ni. Mungkin apa yang dia dapat adalah rezekinya kali ini. Kenapa kita harus menghukum orang tersebut?? Seharusnya kita redha dengan ketentuan Allah. Buat apa nak pertikai percaturan Allah ? Tepuk dada tanyalah iman, bukannya tanya BOMOH.

Abi amat sedih kerana masih lagi bangsa MELAYU ISLAM  hari ni masih lagi dimomokkan dengan unsur khurafat ini. Tinggalkanlah kepercayaan karut marut itu kerana ianya mengundang bahaya kepada si pembuatnya. Kalau bukan di dunia, maka padahlah dia di akhirat kelak.

 sebuah beg kecil yang berisi benda2 aneh

 inilah dia bahan2 yg digunakan dalam proses perbomohan

Kepada si pelaku tersebut, jika membaca entri ini abi mohon agar kembalilah ke pangkal jalan. usah diulangi lagi perbuatan tersebut. Bertaubatlah. Mana tau jika esok kita meninggal dunia, amalan kita tidak diterima Allah. wal 'iya zubillah min zalik.

Tuesday, February 19, 2013

macam-macam ada!

Dalam seminggu dua ni macam2 hal berlaku. Ada krisis itu dan ini. Baik krisis daripada pihak pelajar mahupun cikgu2. Abi tidak mahulah nak mengeruhkan keadaan yang sedia ada. Cuma apabila diminta untuk memberikan idea dan pendapat abi sedia untuk berkongsi.

Jika kita sebagai seorang pelajar, peraturan asrama mahupun sekolah harus @ wajib diikuti. Jangan dilanggari. Jika dilanggari takut timbul pelbagai reaksi dan "action" di kalangan guru dan pihak pentadbir. Sering kali kita dengar guru menampar pelajar, merotan pelajar, mencubit pelajar dan lain2 lagi. Cikgu bukanlah PENGGANAS untuk membuat sesuka hati kepada pelajarnya. Mesti ada sebab kenapa guru bertindak demikian!

Memetik kata2 PKHEM sekolah abi "tindakan guru adalah bergantung kepada tindakan pelajar". Pelajar yang harus bertanggungjawab jika ia melakukan  perkara2 yang salah dan melanggar undang2 sekolah dan asrama. Kalau mereka tidak berbuat demikkian maka tiadalah tindakan pihak guru.

Guru2 pula haruslah rasional dalam tindakan mereka. Yes! abi setuju jika pelajar ini dihukum walaupun ianya bercanggah dengan pekeliling. Abi takkan marahkan cikgu@ saman cikgu jika anak abi dihukum @dirotan. Hukuman perlu dijalankan kerana ianya adalah jalan terbaik untuk mendidik. Memberikan warning kali pertama untuk sekali kesalahan adalah wajar, tapi warning kali kedua dan ketiga adalah tidak patut jika kesalahan berulang lagi.


Tuesday, February 12, 2013

14 Februari






Muda mudi Islam tolong jangan sambut hari seperti ini. Ini bukan budaya kita!

Sunday, February 10, 2013

Cuti-cuti Malaysia

Raye Cina ni abi n famili tak balik kampung. Banyak keje sekolah yang perlu dibereskan dalam cuti ni. Buku rekod mengajar la, laporan itu ini la, dan lain2 lagi. Malas nak citer kat blog ni. Bertambah tension abi dibuatnya.

Dok di Setiu ni pun jarang melekat di umah musim cuti ni. Asyik jalan je nak hiburkan hati hero2 abi. Kalau dok terperap di umah lagi banyak lah fight sana fight sini. Asyik dok jadi hakim jer abi nih. Saper yang salah dan saper yang betul.

So, abi jalan2 lah dalam episod pertama cuti2  Malaysia untuk tahun ni.

Semalam dah g jalan2 ke Penarek Beach. Si Ummi goreng kulat untuk dimakan kat pantai.

Hari ni pulak g jalan2 di Kolam Air Panas La, Besut. Kira cuti betul2 nih!

posing jap. peaaaaaaaace !!

main ombak

 aksi stunt hero2 abi. Air tohor jer tuh

berendam di kolam air panas. Tak lah panas sangat, suam

Tuesday, February 5, 2013

Maulid Nabi 1434 H







5 Januari adalah perarakan Maulidurrasul peringkat sekolah. Semua badan unit uniform mengambil bahagian dalam perarakan kali ini.

Semua unit menunjukkan komitmen masing-masing dalam menjayakan program ini. Syabas untuk semua. Selepas berarak, peserta dihidangkan dengan santapan rohani oleh Al Fadhil Ustaz Lukman Bin Mamat dari SMK Penarik.



YB Abd Halim maghi lagi


Bunting Anugerah Cemerlang

PK Ko Ku suruh abi buat benda ni pulak dah....


Saturday, February 2, 2013

Logo SM Sains Jeli




seorang sahabat yang bakal berpindah ke SM Sains jeli meminta jasa baik abi untuk mereka @ design logo sekolah. Abi bukanlah seorang yang ahli dalam seni grafik ni apatah lagi dalam mereka logo sekolah. Hanya sekadar tahu tampal2 sahaja.

Alhamdulillah 2 hari 2 malam siaplah logo tersebut. Hasil idea datangnya dari seorang sahabat - Sir Nik Mazlan sendiri.

pendaftaran tingkatan 4

29 Jan adalah merupakan hari pendaftaran bagi pelajar baru di tingkaan 4.  Kemasukkan mereka ke SAIS menjadikan SAIS genap merangkumi kelima2 tingkatan. Sebelum ini hanya ada empat tingkatan sahaja. Jumlah keseluruhan pelajar hampir mencecah 600 orang.

 Cik Dilla sedang melayan seorang bapa. Mana anaknya ? anak ke bapa yg nak masuk sekolah ?

turut hadir adalah wakil dari PPD Setiu (tengah), seorang kaunselor


 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.