1) AJK Lujnah Ekonomi (Al Al Bayt University,Jordan) 2) AJK Perhubungan (Al Al Bayt University, Jordan) 3) Mu'alij (Perawat-trainer) menggunakan ruqyah syar'iyyah (ayat suci Al quran dan hadis semasa menuntut di Jordan. 4) Pensyarah Jemputan untuk KPLI j-QAF di Institut Perguruan Miri, Miri. 5) Pentazkirah kuliyyah Subuh dan Maghrib anjuran AMAL, TASK FORCE MIRI dan SM Sains Miri. 6) Moderator Forum anjuran SM Sains Miri. 7) Pengerusi Jemaah Hakim MTAQ peringkat Bahagian Miri. 8) Hakim Tadarus Al Quran peringkat Bahagian Miri.
Bibliografi
Dilahirkan pada 5 September 1975 di sebuah kampung yang diberi nama Kg. Beris Lanjut, Kota Bharu, Kelantan. Dibesarkan dalam kehidupan yang serba kekurangan kerana bapa adalah seorang pesawah bendang. Kemudiannya pada tahun 1980 bapa telah berpindah ke tanah rancangan felda " Felda Kemahang Dua" di Tanah Merah Kelantan.
Di situlah bermulanya kehidupan sebagai anak seorang peneroka felda pula. Pernah bertalaqqi untuk membaca muqaddam Al quran sehinggalah habis juzu' 30 dengan guru yang diberi nama Pak Wil. Tahun 1982 bersekolah di SK Batu Gajah, Tanah Merah dan kemudiannya berpindah pula di SK Felda Kemahang 2 hinggalah tamat darjah enam pada tahun 1987.
Hasrat ibubapa mahukan anaknya bersekolah agama, maka tahun 1988 telah bersekolah di Sekolah Menengah Arab Kajang, di kampung Kajang, Jeli. Sempat bersekolah di situ hanya 2 minggu sahaja dan berpindah ke SMK Agama Wataniah, Machang Kelantan hinggalah menamatkan pelajaran di tingkatan tiga pada tahun 1990.
Pada tahun 1991-1992 sekali lagi meneruskan pencarian ilmu di daerah Wakaf Bharu iaitu di SMK Agama Falahiah. Kemudiannya pada tahun 1993-1994 meneruskan pencarian ilmu lagi di SM Agama Persekutuan Kajang Selangor.
Pada tahun 1994-2000 telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Timur Tengah (Jordan) dalam jurusan Bahasa Arab dan telah mendapat biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia. Telah dipertemukan oleh Allah SWT dengan insan yang teristimewa "Sarina Bt Mat" dan telah mendirikan masjid di bumi 'Anbiya' pada 24 Ogos 1998.
Pada bulan Januari tahun 2000 sekali lagi menyambungkan pelajaran di bawah tajaan KPM untuk mengikuti Diploma Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Pada tahun 2001, tanggal 1 Ogos telah dipostingkan oleh KPM ke Sek. Men. Sains Miri untuk mengajar Bahasa Arab Komunikasi.
Diari Abu Wildan
Hari Jumaat (antara Maghrib-Isya'): Kuliyyah Tafsir Ibnu Kathir (Juz 'Amma) di Surau Taman Bumiko
Diskusi Ilmu (halaqah): sebulan sekali
1 Jun: balik ke kelantan - Setiu Bertugas di tempat baru - SM Sains Setiu
Hari Ahad malam Isnin: Kuliyyah Maghrib, Tafsir Juz 'Amma
(Surau Al Falah, Setiu)
Kalam Abi
Salam Ukhuwwah buat pengunjung blog abi. Apa yang abi paparkan buat tatapan semua adalah berdasarkan pengamatan mata hati abi selaku Hamba Allah yang fakir. Ianya diterbitkan juga sebagai renungan dan tatapan generasi abi yang mendatang. Segala kritikan @ komen daripada semua amat dialu-alukan. Jika anda mempunyai sebarang artikel untuk dimuatkan dalam cerita abi ini, anda bolehlah menghubungi abi di abuwildan75@yahoo.com.my Segala kerjasama yang diberikan bagi memajukan dunia dakwah siber ini diucapkan terima kasih.
No comments:
Post a Comment