Dalam seminggu dua ni macam2 hal berlaku. Ada krisis itu dan ini. Baik krisis daripada pihak pelajar mahupun cikgu2. Abi tidak mahulah nak mengeruhkan keadaan yang sedia ada. Cuma apabila diminta untuk memberikan idea dan pendapat abi sedia untuk berkongsi.
Jika kita sebagai seorang pelajar, peraturan asrama mahupun sekolah harus @ wajib diikuti. Jangan dilanggari. Jika dilanggari takut timbul pelbagai reaksi dan "action" di kalangan guru dan pihak pentadbir. Sering kali kita dengar guru menampar pelajar, merotan pelajar, mencubit pelajar dan lain2 lagi. Cikgu bukanlah PENGGANAS untuk membuat sesuka hati kepada pelajarnya. Mesti ada sebab kenapa guru bertindak demikian!
Memetik kata2 PKHEM sekolah abi "tindakan guru adalah bergantung kepada tindakan pelajar". Pelajar yang harus bertanggungjawab jika ia melakukan perkara2 yang salah dan melanggar undang2 sekolah dan asrama. Kalau mereka tidak berbuat demikkian maka tiadalah tindakan pihak guru.
Guru2 pula haruslah rasional dalam tindakan mereka. Yes! abi setuju jika pelajar ini dihukum walaupun ianya bercanggah dengan pekeliling. Abi takkan marahkan cikgu@ saman cikgu jika anak abi dihukum @dirotan. Hukuman perlu dijalankan kerana ianya adalah jalan terbaik untuk mendidik. Memberikan warning kali pertama untuk sekali kesalahan adalah wajar, tapi warning kali kedua dan ketiga adalah tidak patut jika kesalahan berulang lagi.
18 hours ago
No comments:
Post a Comment