Terasa nak membicarakan tentang persiapan sblm menjelangnya Ramadhan. Apabila kita merindui sesuatu itu pasti kita akan buat persiapan yang secukupnya. Paling tidak kita akan persiapkan diri kita dengan berpuasa. Sekurang-kurangnya puasa beberapa hari di bulan Syaaban.
Paling tidak perut kita dah merasai bagaimana rasanya@keadaannya pabila berpuasa di siang hari memandangkan dah lama tidak berpuasa. Sesetengah orang tu apabila berpuasa, akan merasai beberapa perubahan pada dirinya. Pening, mual, letih yang amat sangat dan sebagainya. Tapi akan hilang selepas berpuasa dua tiga hari selepas itu.
Bagi yang merindui Ramadhan dan puasa pasti sudah mulai berpuasa semenjak di Syaaban lagi. Itulah namanya apabila cinta puasa itu dah mula berputik di hati.
6 hours ago
No comments:
Post a Comment