Sunday, July 16, 2017

Surah At Thoriq

Alhamdulillah malam ni selesai jugak menghabiskan surah At Thoriq yang dah lama tak habis2 huraiannya bersama ahli qaryah Surau Al Falah.

Petang tadi semasa tengah mentelaah rasa menggelabah jugak lah takut ketandusan idea nak huraikan 2@3 ayat terakhir surah At Thoriq ni. Intai punya intai dapat lah point yg dapat menyelamatkan abi daripada ketandusan idea.

Abi bawakan kisah Ashabul Kahfi dan perancangan jahat orang kafir Quraisy yang nak bunuh nabi. Sesuai dengan 3 ayat terakhir surah tersebut.

Apa perancangan jahat orang Quraisy? Korang tau tak?

Ni abi nak share sikit.....

Malam sebelum nabi hijrah, pemuda2 gagah@kaki samseng berkumpul dan mengepung rumah nabi SAW. Hasrat mereka nak bunuh Nabi. Plan mereka begitulah hasil idea jahat Abu Jahal dan disokong oleh Iblis yang menyamar jadi manusia.

Malam tersebut, sebelum nabi keluar nabi ambil segenggam pasir dan melemparkan ke atas mereka. Lalu Nabi SAW dapat keluar dengan aman tanpa mereka sedari. Huhu...heybat lagi perancangan Allah walaupun mereka dah merancangnya!

Citer kedua ketika Abu Jahal nak menghempap batu ke kepala Nabi SAW tatkala mana baginda sedang sujud kpd Allah 'Azza wa jalla. Abu Jahal terpaku dan tak dapat nak tunaikan hasratnya untuk melihat kepala baginda Rasulillah berkecai. Apa yang berlaku???

Abu Jahal terpaksa berundur dengan muka yang pucat dan ketakutan. Apabila ditanya beliau menjawab ternampak seekor unta yang sangat besar hendak menendangnya dengan kaki. Oleh kerana itu lah beliau berundur diri...haaaa baru tau heybatnya Allah dan perancangannya.

Ok lah setakat ni dulu untuk perkongsian....

Selamat beristirehat!

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.