Friday, August 15, 2008

Malang tak berbau


Semasa abi balik daripada acara larian Amal, tiba-tiba mata abi terpandang ke arah selekoh jalan menuju ke Taman Awam Miri. Sebuah kereta Kelisa terbalik dan keempat-empat tayarnya di atas. Fuh!!!dahsyat....Inna lillah wainna ilaihi raji'un..entah macam mana yang dipandu oleh si pemandu tadi. Tapi keadaan cuaca pada masa itu memang hujan renyai. Mungkin disebabkan jalan yang agak licin.

Larian Amal





Hari ini bermulalah program Karnival Amal Merdeka. Acara pertama hari ini ialah Larian Amal Merdeka. Peserta yang mengambil bahagian dalam larian ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ada pelajar sekolah menengah, IPTS, Jabatan kerajaan & Swasta dan lain-lain lagi. Lebih kurang 200 orang peserta mengambil bahagian dalam acara ini.

" Beramal kerana Allah "

Thursday, August 14, 2008

As Sirat



Awas !!itulah hazar dan peringatan daripada abi untuk pengunjung blog ini agar jangan mudah tertipu dengan dakyah & dakwah Kristianisasi ini. Gambar tersebut adalah salah satu contoh bagaimana mereka nak mengaburi mata orang Islam agar terkeliru dengan Al Quran.

Daripada maklumat yang abi dapat daripada rakan-rakan ia berleluasa di Negeri Sembilan. Awas ! Umat Islam di sana. Jangan sampai akidah anda tergadai. Iman anda terbeli oleh musuh Allah !

Firman Allah swt yang bermaksud:
" sesungguhnya orang - orang yahudi dan nasrani tidak akan redha kepada kamu (orang Islam) sehinggalah kamu mengikuti agama mereka "

As Sirat adalah perkataan arab yang bermakna jalan. As Sirat Al Mustaqim bermakna jalan yang lurus.

Wednesday, August 13, 2008

Ummi fil Mustasyfa



Ummi fil mustasyfa (ummi di hospital). Jam 7.15 malam, selepas abi menunaikan solat Maghrib, abi , ummi, dan 2 hero serta pembantu rumah pergi ke hospital Miri. Ummi rasakan dirinya dah tak bermaya. Dia takut jatuh pengsan. So, cepat-cepat abi bawakan ummi ke sana. Jam 8.15 malam ummi dah masuk wad pemerhatian dan tangannya dimasuki air garam. Kesian ummi ...banyak cabaran ummi semasa mengandungkan anak yang ke 3 ni.

Semasa di hospital, banyak abi perhatikan pesakit-pesakit yang tak putus-putus mengunjungi tempat itu walaupun itu bukan permintaannya tapi keadaan yang mendesak berbuat demikian. Abi terlihat ada orang kena 'stroke'. Abi ambil pengajaran dari situ bahawa pentingnya penjagaan kesihatan yang berterusan bermula dari usia muda hingga tua. Bukannya bila dah tua baru nak jaga kesihatan.

sabda nabi saw yang bermaksud:
Jagalah lima perkara sebelum datangnya lima perkara......
kaya sebelum miskin
muda sebelum tua
lapang sebelum sibuk
"sihat sebelum sakit"
hidup sebelum mati

Oleh itu, dalam keadaan yang sihat perlulah seorang hamba Allah itu melakukan amal ibadah serta kebajikan dengan penuh komitmen dan rasa tanggungjawab. Janganlah ditunggu bila sakit baru nak ingat Allah....nak solat...nak sedekah...nak itu...nak ini...

Jam 12 tengah malam baru abi dan ummi pulang ke rumah. Alhamdulillah doktor kata ummi boleh balik. Badannya masih ada kandungan garam yang mencukupi. Jika tiada, ummi terpaksa ditahan di hospital lagi. Kata Ummi yang menyayat hati abi "biarlah dia yang masuk hospital dan sakit tapi dia tak sanggup melihat anaknya sakit dan masuk hospital". itulah pengorbanan seorang ibu.

Alhamdulillah anak abi kesemuanya selamat daripada penyakit merbahaya sampai sekarang.

Tuesday, August 12, 2008

Peraduan petronas


Semalam abi didatangi seorang rakan sekerja dalam keadaan tersenyum. Lalu dia menunjukkan handsetnya yang tertera pada sms berbunyi " tahniah sim kad anda telah memenangi bonus sebanyak RM 15,000.00. Sila hubungi nombor ........."

Abi katakan padanya "ini bukan hadiah atau menang, ini adalah satu penipuan daripada orang asing (Indonesia) ". Tergaman dia seketika. Memang ini adalah salah satu tipu helah orang untuk mengaut duit yang ada dalam bank kita. "Dia" pandai menggunakan nama syarikat seperti petronas untuk memudahkan kita ditipu. Mana ada peraduan petronas macam itu. Cuba tengok dalam tv, iklan keluaran petronas, tak sama macam dalam sms.

Suatu ketika dulu (tahun ini juga) pun abi terdengar juga salah seorang isteri rakan abi yang kena tipu macam itu. kebetulan suaminya tiada di rumah. Dia dapat mesej seperti itu. Lantas dia terus menelefon nombor tertera. Seperti yang dikehendaki dia memberikan nombor akaun banknya untuk dimasukkan duit. Tapi apa yang terjadi sehari selepas itu dia mendapati duit dalam akaun banknya habis telah keluar @ ditransfer oleh orang.Habis duit gajinya selama sebulan.

Eh eh eh hebat dunia IT sekarang ni sehinggakan duit orang pun dapat dikeluarkan melalui nombor akaun sahaja. So, berhati-hatilah apabila menyimpan buku bank atau nombor akaun tu. Kalau hilang segera laporkan !! Inilah yang dinamakan rompakan @ peras ugut secara lemah lembut tanpa disedari. Dengan bermodalkan air liur dan kata-kata manis mudah untuk menipu orang. Oleh itu kalau ada orang yang menghantar sms sebegini tolong abaikan....

Monday, August 11, 2008

Siput


Semasa abi santai bersama Jazlan dan Wildan depan tv, tiba-tiba Jazlan bersuara...."abi nak siput". Terkedu dan terkezut abi dengar ungkapan tersebut.
" Apa adik jaz nak??" tanya abi untuk dapat penjelasan lagi.
"Jaz nak siput, nak makan" , jelasnya.
Abi tak percaya lagi dengan kata-kata itu. Lantas abi tanya Wildan apa yang Jazlan mahu.
"adik Jaz nak makan siput kat dapur, abi tak faham lagi ni.."jelas anak sulong abi yang berumur 5 tahun lebih.

Naik bengong abi 360 darjah dengan jawapan daripada Wildan. Dalam fikiran abi macam-macam berlegar. Abi rasa kat belakang rumah abi memang banyak siput babi. Ada besar dan kecil. Terlintas abi ...apakah orang gaji abi masak "siput babi" untuk kedua orang anakku ???na'uzubillah min zalik...

"Wildan pergi ambik dan tunjukkan abi apa yang adik Jaz nak", kata abi pada anak sulong.
Mereka berdua pergi ke dapur dan menuju ke meja makan.....dan menunjukkan siput yang telah digoreng.....

Laaaaaaaa,rupa-rupanya bukan siput tapi 'jemput' pisang yang digoreng oleh bibik abi. Ketawa abi puas-puas sambil menarik nafas lega. Itulah hebatnya kuasa bahasa telor dalam kehidupan.

** jemput pisang = cekodok

Saturday, August 9, 2008

Sakit Pun Ok

Pagi ini seawal jam 8.30 pagi abi bersama 2 hero pergi bilik warden untuk duty. Sebelum pergi duty itu, abi dah kena kenyangkan perut mereka dengan telor masak separuh + kicap kipas udang (manis). Fuhhh!!!begitu selera sekali mereka mankan....

Bila tiba bilik bilik warden, 2 hero aku ni takde kerja lain yang mereka buat melainkan ambil kertas dan conteng....ya lah, abi pun kesian juga tengok mereka ni kalau tinggal umah...takut umminya tension dengar suara bak halilintar...Umminya yang asyik terlantar atas katil kerana tak bermaya sebab makan sikit saja. Maklumlah masih alergic lagi. Abi kira dah ok ummi walaupun makan nasi satu kepal satu hari.....kalau tak makan langsung lagi parah.Lepas makan terus muntah.Dicampur pula dengan masalah "angin" dalam badan ummi yang belum sembuh sampai sekarang ni. Itu yang menjadikan ummi tak bertenaga.Abi tak boleh buat apa-apa...

Teringat abi salah satu buku karangan seorang sahabat abi seperjuangan (lepasan Al Al Bayt University) berjudul "Sakit pun OK"- Sahrul Azmi Sidek. Di dalamnya banyak dia mengolah tentang perjalanan hidupnya sebagai pesakit..diselitkan juga beberapa doa untuk pesakit dan motivasi.



kalau ada kawan-kawan yang berminat untuk memiliki buku ini bolehlah mendapatkannya di kedai buku Popular di Parkson, Miri. Harganya pun berpatutan.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.