18 hours ago
Monday, August 11, 2008
Siput
Semasa abi santai bersama Jazlan dan Wildan depan tv, tiba-tiba Jazlan bersuara...."abi nak siput". Terkedu dan terkezut abi dengar ungkapan tersebut.
" Apa adik jaz nak??" tanya abi untuk dapat penjelasan lagi.
"Jaz nak siput, nak makan" , jelasnya.
Abi tak percaya lagi dengan kata-kata itu. Lantas abi tanya Wildan apa yang Jazlan mahu.
"adik Jaz nak makan siput kat dapur, abi tak faham lagi ni.."jelas anak sulong abi yang berumur 5 tahun lebih.
Naik bengong abi 360 darjah dengan jawapan daripada Wildan. Dalam fikiran abi macam-macam berlegar. Abi rasa kat belakang rumah abi memang banyak siput babi. Ada besar dan kecil. Terlintas abi ...apakah orang gaji abi masak "siput babi" untuk kedua orang anakku ???na'uzubillah min zalik...
"Wildan pergi ambik dan tunjukkan abi apa yang adik Jaz nak", kata abi pada anak sulong.
Mereka berdua pergi ke dapur dan menuju ke meja makan.....dan menunjukkan siput yang telah digoreng.....
Laaaaaaaa,rupa-rupanya bukan siput tapi 'jemput' pisang yang digoreng oleh bibik abi. Ketawa abi puas-puas sambil menarik nafas lega. Itulah hebatnya kuasa bahasa telor dalam kehidupan.
** jemput pisang = cekodok
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
nasib baik mintak jeput pise..tak mintak nak make akok!
ha ha ha akok payah kalu buke bule posa gak....
Post a Comment