Tuesday, August 19, 2008

Ziarah PASTI Miri

sebahagian daripada penghuni PASTI AL MUNAWWARAH
Adik Lokman AL Hakim dan kawannya
cikgu sedang memberi P & P
sebahagian tenaga pengajar & pelajarnya

Lebih kurang jam 9.30 pagi abi bersama dengan ummi dan 2 hero pergi melawat PASTI Al Munawwarah, bertempat di Taman Hiltop (tidak jauh dari Taman Bumiko), Miri. Antara objektif lawatan adalah untuk memberi suntikan semangat pada Wildan yang mana dah hampir 3 bulan tak mahu pergi sekolah. Pelbagai cara dah abi cuba....tapi hampehhhhh semuanya....Ingatkan bila tiba di PASTI tu, dia nak masuk belajar tapi lain pula ceritanya.Dia asyik dok terperosok di penjuru sudut tengok gelagat orang lain belajar. Muka pun takut-takut...Hai apa yang dah jadi dengan kau anakku....abi masa kecil dulu rajin pergi sekolah.Abi takut pada ayah abi. Garang dia. Bila dia celik mata luas-luas, boleh nyebabkan abi nangis...

Dikongsikan sedikit maklumat mengenai PASTI AL MUNAWWARAH. Mula diwujudkan pada awal Februari tahun ini. Menumpang sebuah rumah milik seorang sahabat seperjuangan yang ingin melihat adanya Tadika Islam di Bumi Miri ini. Hasil kerjasama dengan pelbagai pihak maka wujudlah AL Munawwarah walaupun pada peringkat awalnya jumlah pelajarnya tidak sampai 10 orang. Menggunakan sukatan pelajaran daripada PASTI Pusat. Antara salah satu objektif penubuhannya ialah ingin mewujudkan Taman Asuhan berlandaskan Islam kepada anak-anak Melayu (Islam) di Miri.



Sekadar pengamatan abi semasa di sana, jelas ada perbezaannya antara tadika KEMAS (tempat Wildan belajar) dan PASTI. Bila abi membelek buku-buku kat situ terkejut abi melihat buku komputer. Ianya diajar untuk anak-anak umur 5 tahun. Bila abi bersembang dengan salah seorang tenaga pengajar PASTI, dia memberitahu bahawa sudah ada muridnya yang sudah habis baca buku Iqra' sampa tahap 6 dalam masa umur 6 tahun. Terkesima abi!!

Kepada sahabat-sahabat yang membaca blog ini dan ingin mencari satu pendidikan secara Islamik untuk anak-anak maka bolehlah memasukkan anak-anak ke PASTI ini. Maaf bukan maksud abi untuk memburukkan KEMAS, ABIM dll tapi datanglah sendiri ke PASTI dan lihatlah !!!


No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.