Sunday, August 24, 2008

Tiada anak bukti kekuasaanNya

sumber: http://aligemuk.fotopages.com


Semalam abi pergi ziarah seorang sahabat di Taman Bumiko (Ust. Zaimi & Chikna). Lama tak pergi ziarah rumahnya. Kebetulan masa pergi tu dia buat jamuan untuk kawannya yang baru kahwin. Apalagi tumpang setangan lah untuk makan. Bila lihat keadaan Ust Zaimi dan isterinya yang belum dapat anak, teringat abi pada zaman dulu. Abi pun susah juga untuk dapat. 4 tahun kahwin baru dapat anak. Dan bila Allah dah berikan anak pertama pada abi pada tahun 2001, tak sampai 1 jam anak abi kembali semula mengadap Ilahi selepas dilahirkan. Memang ianya satu cubaan buat abi dan isteri.


Ayat renunngan daripada surah As Syura yang bermaksud:

“ Dialah yang memberikan kamu perempuan, Dialah juga memberikan kamu lelaki. Ataupun memberikan kamu kedua-duanya (lelaki & perempuan), dan Dia juga menjadikan kamu tiada anak, sesungguhnya Dia maha mengetahui dan maha Kuasa”. (50)


Ayat di atas menggambarkan bukti kekuasaan Allah pada makhluknya. Dijelaskan dalam tafsir Al Quran karangan Ibnu Kathir, Al Bughawi ada menyebut contoh Nabi Luth yang dianugerahi anak perempuan sahaja, Nabi Ibrahim dianugerahkan anak lelaki sahaja, Nabi Muhammad saw dianugerahkan kedua-duanya lelaki dan perempuan dan Nabi Yahya dan Isa a.s yang tidak dapat melahirkan zuriat. Inilah empat jenis golongan manusia yang menunjukkan bukti kekuasaan Allah swt.


Pernah abi terbaca dalam buku bahawa sesiapa yang inginkan hajatnya dimakbulkan, selalulah beristighfar kepadaNya. Alhamdulillah abi dan isteri amalkan. Tahun 2001 kami dianugerahkan cahaya mata. Takpelah Dia ambilnya tapi yang penting abi dan ummi tidak termasuk dalam golongan mandul.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.