Saturday, August 28, 2010

Ayah dan sahur

Kali ni rasa nak cerita tentang kebaikan ayah sendiri yang dia buat pada orang lain khususnya jiran-jirannya. Setiap kali tibanya Ramadhan, pada awal puasa, ayah akan cuba mengejutkan jiran-jirannya untuk bangun sahur. Dia akan melihat rumah-rumah yang masih lagi gelap dan akan pergi mengejutkannya.

Kali terakhir abi masih ingat ketika mana abi masih bersekolah (kali terakhir puasa ngan famili), ayah akan pergi untuk mengetuk pintu rumah jiran. Sahur.....sahur..... itulah bait ringkas yang dilafazkan ayah.

Moga ayah abi terus istiqamah dalam amalannya untuk mengejutkan jiran-jiran bangun sahur.

Ini kisah mek (emak) abi pula....
Dia ni selalu sangat tak kisah tentang jualannya-kedai runcit. Setiap petang dia akan buka kedai runcitnya. nak bagitau tentang baiknya dia dengan jiran-jiran, selalu dia menghalalkan 10 sen & 20 sen jika jiran-jiran tidak cukup duit.

Monday, August 23, 2010

Lawatan Pengarah SBP

ketibaan Tuan Pengarah, Puan Ashah Bt Samah disambut dengan paluan kompang

beramah mesra dengan guru. "Hai puan! masih ingat saya lagi?" usik cikgu Azmi yg berbaju merah.

beramah mesra dengan pelajar

Thursday, August 12, 2010

aku dan terawih


Terlebih dahulu abi nak ucapkan selamat menjalani ibadat puasa buat tetamu cyber dan pengunjung blog ceritaabi ni. Moga segala amalan kita diterima olehNya.

Terasa ingin mencoretkan kenangan 4-5 tahun ke belakang berkisar tentang solat terawih. Kedatangan bulan ini yang penuh dengan rahmat dan barakah daripadaNya tentunya diimpikan oleh setiap insan dan mukmin. Bahkan bagi mereka yang benar-benar ingin beramal di dalam bulan yang mulia ini akan menggunakan ibadahnya semaksima mungkin.

Bagi abi peluang untuk berterawih setiap malam secara berjemaah selama sebulan di masjid adalah sesuatu yang mustahil dek kerana kerja malam. Warden asrama. Kerja ini memerlukan pengorbanan masa sehinggakan tidak sempat solat terawih berjemaah di masjid. Abi terpaksa turun awal lebih kurang jam 7.30 malam untuk memantau pergerakan pelajar prep malam.

Walaubagaimanapun, nawaitu untuk solat terawih di rumah tidak juga dapat dilaksanakan kerana badan telah letih bekerja siang dan malam. Akhirnya hilang satu malam dan begitulah seterusnya .....(memang kecewa tidak dapat berterawih setiap kali duty, hinggakan jealous tengok kengkawan pi solat :( ) Begitulah pada tahun-tahun berikutnya.

Alhamdulillah pada tahun ini, abi tidak lagi menjadi warden, dan ini memberikan satu sinar harapan pada abi untuk memaksimakan ibadat khususnya solat terawih di masjid. InsyaAllah moga-moga Allah berikan kekuatan kpd abi berterawih selama 30 hari di madrasah Ramadhaniah ini.

Sunday, August 8, 2010

Hari Sukaneka PASTI & Hari Keluarga

Antara hadirin@ibubapa yang hadir. Kali ni cukup meriah kerana ia menggabungkan 2 PASTI

membuat barbeque ayam & daging. Kelihatan Abe Mat menunjukan skillnya

Angah (Jazlan) mengisi air dalam botol

aktiviti menyesuaikan huruf dalam menerapkan KBKK kpd murid

sumbat gol! sumbat gol sendiri.....permainan yg tiada skill langsung :)

permainan bola jaring

diadakan juga jalan ketam untuk ibubapa

sebahagian peserta bergambar kenangan

Wednesday, July 28, 2010

Dapat anak lagi

Arabic for all

Jangan terkejut dengan statement @ tajuk itu. Sebenarnya apa yang dimaksudkan di situ adalah dapat anak @ murid untuk belajar bahasa arab lagi. Sebenarnya pelajar itu pada mulanya adalah pelajar daripada bahasa ******** tetapi memandangkan dia rasa dah tak selesa dengan bahasa tu ditambah pula dengan gurunya pun rasa tak selesa juga, So mahu tak mahu senang-senang dia pass budak dia pada kita. Dengan anggapan murid tadi tiada mood dan tak dapat dirawat lagi.

Kenapa bersikap demikian ? susah untuk menerima murid yang bengap berbahasa ? murid yang tiada motivasi utk belajar bahasa? Di mana peranan kita sebagai guru ? Adakah BA ini adalah tempat pelajar-pelajar buangan @ lemah daripada bahasa - bahasa asing yg lain? Humbankan saja dalam BA. Di situ si ustaz dapat menerimanya dan merawatnya....

Bagi abi tak jadi masalah nak menerimanya. Pintu sentiasa terbuka luas untuk sesiapa yang ingin mempelajarinya. Satu je niat adalah untuk menyebarkan ilmu Allah kepada sesiapa yg mahu.

Memang dari dulu (semasa pendaftaran tingkatan1), kebanyakan murid yang belajar dari sekolah rendah agama (arab), enggan register utk belajar BA. (Kononnya nak belajar bahasa lain....ada class sikit). BA hanya dipandang sebelah mata saja. Kemudian .....

Bila dah melaluinya beberapa bulan......adalah suara-suara permintaan " ustaz, boleh tak saya masuk ke dalam kelas BA " dengan 1001 alasan yang tak munasabah. Dengan muka-muka seposen pun ada. Tidak kurang juga sanggup guna kabel pengetua supaya ditukarkan kepada BA. Pelik bin ajaib. Kalau nak belajar bahasa, belajarlah sampai pandai. 4 tahun di sekolah adalah tempoh yang agak lama untuk belajar bahasa.

'Ala kulli hal abi menerimanya dengan hati terbuka....mungkin diorang tu gembira untuk belajar BA bersama al ustaz. Terima kasihlah buat anak-anak didik abi yang sanggup bersama abi dalam melayari bahtera BA hingga ke form 4. Tiada lah pula yang merungut untuk menukar dari BA ke B*****. Mungkin satu hari nanti pihak pentadbiran boleh buat satu peraturan untuk tidak membenarkan mana-mana students menukar bahasanya, baik dia student yg lemah ataupun yang hebat! Terpulanglah kepada cikgunya berijazah dari oversea untuk menanganinya.

Monday, July 19, 2010

Accident

Alhamdulillah thumma al hamdulillah..

Kisah berlaku pada hari Jumaat yang lepas, tatkala abi sebaik sahaja menghantar anak dari sekolah agama. Tika itu, selepas lampu trafik, semua kereta berlumba-lumba untuk tekan tali minyak (pedal minyak) dengan laju termasuklah abi. Abi kira kelajuan masa tu 70-80 km sejam.

Tetiba kereta di depan abi dan motosikal yang ditunggang dari arah kiri jalan berlaku pergeseran menyebabkan motosikal terbalik tunggang langgang. Seorang lelaki tua bergolek-golek atas jalanraya. Abi terus menekan brek kereta sambil memerhatikan adegan lelaki itu tergolek di atas jalan (tanpa disedari).

Nasib baiklah kereta abi tidak menggilis orang tua tersebut kerana jarak hanya beberapa langkah sahaja lagi. Abi memberhentikan kereta di tengah jalan dengan menghidupkan lampu emergency. Cepat-cepat turun membantu mangsa. Darah di kepalanya mengalir.

"dah mati ke ? "bisik hati kecil.
Syukur masih hidup lagi.....ada gerakan. Abi selaku saksi pada masa tu mengangkat mangsa bersama dengan seorang ustaz lagi yang mana kereta dia lah berlakunya pergeseran.

Kami mengangkat mangsa ke tepi jalan....

Monday, July 12, 2010

Antara World Cup dan Feil Madhi


Semalam abi mengajar subjek BA di bawah tajuk feil Madhi (kata kerja yg telah berlaku) untuk kelas tingkatan 1 Iltizam & Usaha. Minggu lepasnya, abi suruh bebudak tu menghafal sekurang-kurangnya 3 feil madhi bersama maknanya. Kali ini abi nak tasmi'.

Bila masuk kelas....dengan sengaja menggunakan set induksi (intro), pasukan manakah yang menang semalam? Sepanyol atau Belanda ? Satu kelas menjawab : " Sepanyollllllllllll " Berapa gol ? tanya abi lagi. Dengan suara yang nyaring : " 1-0 .

Wah! hebat sungguh piala dunia ni. Lapisan umur mengetahuinya.

Abi menanyakan secara rawak. " Sebutkan nama-nama pemain bolasepak Sepanyol ". Tanpa mengangkat tangan seorang pelajar R bangun berdiri dan menyebut satu persatu nama pemain pasukan kegilaannya. (abi sorang pun tak ingat nama pemain tu).

Ok bagus awak kerana mengingati nama pemain tersebut, puji abi lagi.

Sekarang, Ustaz mahu kamu sebutkan tiga feil madhi yang minta dihafal pada minggu lepas.

Tergaman dia sejenak. Lalu menyebutnya hanya 2 sahaja kata kerja yang diingatinya.

Itulah dia apabila world cup diutamakan, Arab dipinggirkan.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.