Kemeh adalah dalam bahasa Sarawak yang bermaksud kencing. Semalam adalah hari bersejarah bagi Wildan di alam persekolahan. Akibat daripada kelewatan mengambilnya di sekolah yang sepatutnya tamat pada 130 petang. Dia terpaksa kemeh dalam seluar dalam keadaan selamba. Abi fikir ini mungkin sebab kelewatan abi setengah jam untuk mengambilnya. Abi terpaksa menghadiri satu mesyuarat pertama Pendidikan Sivik dan Kenegaraan dan tamat pada jam 130petang.
Kesian Wildan terpaksa basah kuyup dengan seluarnya selama setengah jam. Maafkan abi. Sebelum dia masuk dalam kereta, abi nampak mukanya lain macam. Macam mahu menangis.
Abi tanya kenapa macam tu...?
Wildan kencing dalam seluar..jawabnya.
Mungkin dia ketakutan sebab dia seorang saja yang tinggal...
Alahai budak tahun satu....tu dah dikira ok sebab tak menyusahkan abi .....
16 hours ago
1 comment:
beli jah muto sebijik kat wildan untuk ulang alik pegi sekolah.... setel masalah..
Post a Comment