Jumaat 19 Februari-Lewat jam 1145 pagi telefon abi berdering. Tika tu abi sedang memandu sebaik sahaja ambik Wildan dari sekolah…
“ Ustaz, nak minta tolong sangat-sangat ni boleh ke ? “ pinta abang Idris, seorang pegawai Felcra di Bekenu.
“ Insya Allah..boleh, boleh..” jawab abi selamba. Dalam fikiran abi mula terfikir kenapa abang Idris nak minta tolong sangat-sangat ni.
“ Begini ustaz, salah seorang isteri kakitangan saya telah meninggal dunia. Jadi mahu minta tolong ustaz untuk solat jenazah dan baca talqin nanti “ jelasnya lagi.
********
Jam 345 petang kami terus pergi ke ladang kelapa sawit tempat tinggal allahyarhamah dan keluarganya. Mereka adalah pekerja berbangsa bugis yang datangnya dari Indonesia. Kami tiba di sana sekitar jam 430 petang dan cuaca pada masa itu agak redup.
********
Abi dan abang Idris memeriksa keadaan jenazah yang telah selesai dimandikan. Semuanya nampak ok. Amat kesian sekali kerana tiada di kalangan mereka yang tahu menguruskan jenazah. Lagipun tempat tinggal mereka jauh dari kawasan kampung. Kemudian kami bawa jenazah tersebut keluar menggunakan hilux 4x4 dari ladang untuk disolatkan di Surau Kg Kejapil (surau berdekatan).
jenazah dimasukkan ke liang lahad
abg idris yg berkopiah hijau putih tu sedang melihat kerja kerja pengkebumian
abi membacakan talqin buat simati
2 comments:
Salam. Ustaz telah melakukan khidmat yang mulia dan terpuji. Sebenarnya itulah sebab kita berada di sini. Bukan saja melaksanakan tuntutan fardhu ain, fardhu kifayah juga menjadi tugas kita.
syukran ya ustazi atas nasihat dan komentar.
itulah pengalaman pertama dan berharga bagi ana. terasa diri ini masih kekurangan ilmu terutama dalam soal fardhu kifayah ini.
Post a Comment