
APC adalah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang diberikan kepada pekerja-pekerja @ pegawai kerajaan yang mana telah menunjukkan perkhidmatan dan prestasi yang cemerlang pada tahun tertentu. Ianya diberikan kepada pegawai yang memenuhi kriteria -kriteria seperti dapat melaksanakan tugas yg diberikan dengan jayanya, memberikan sumbangan kepada masyarakat atau orang lain dan sebagainya.
Soalnya adakah APC ini boleh dikatakan "Aku Pilih Cikgu"? Yang memberinya adalah orang atasan (pengetua @ guru besar @ PPD). Bila bercakap dengan kawan-kawan pasal APC ni, banyaklah kedengaran suara-suara dari belakang......
" eh ye ke dia yg dapat....keje tak seberapa pun..."
"....kalau nak banding si A dengan si B, bagus si B yg dapat ..."
" selalu dok lepak je time keje..."
"....kaki bodek bos tu,,keje sendiri tak buat, keje orang lain buat..."
Bagi mereka yang mendapat APC adakah kita termasuk dalam golongan di atas? oh...Ya Allah wal 'iyazubillah.minta dijauhi.
Tapi yang pentingnya sebenar dan sesungguhnya APC tu "ALLAH PILIH CIKGU" supaya cikgu terus semangat menabur bakti kepada sekolah,anak didik & masyarakat.