Sunday, April 18, 2010

majlis ilmu di hujung minggu

Hujung minggu ni kami sekeluarga menghabiskan masa dengan menghadiri majlis ilmu bersama Mudir Pondok Darul Qurra’, Al Fadhil Ustaz Hj Zulkifli Ismail dari Melaka.


Banyak iktibar yang dapat diambil daripada pengajaran al fadhil ustaz:

1) seorang muslim lebih-lebih lagi daie wajib menguasai semua ilmu termasuk fekah, tasauf, tauhid dll.

2) Harapan masyarakat kepada ustaz/ustazah amat tinggi.Oleh itu jangan leka dan syok dengan kemewahan dunia seperti anak pinak, isteri, rumah dll…Turunlah memberi kefahaman dan kebajikan kepada masyarakat.

3) Sepatutnya ustaz/ustazah adalah orang yang berada di saf hadapan dalam menghulurkan bantuan dan kebajikan kepada masyarakat tapi sebaliknya orang yang bukan bergelar ustaz lebih terkehadapan…di mana ustaz????

4) Menyeru kepada makruf dan melarang daripada munkar adalah kewajipan setiap muslim. Masuklah ke dalam badan gerakan Islam@ harakah Islamiah.

5) Hidup berjihad dan mati berjihad adalah satu kemuliaan di sisi Allah. Tanamkan dalam diri untuk mati dalam keadaan jihad.

9 comments:

data:comment.author/> said...

al fadhil ust zul baitul qurra memang sangat mantap...singgah melaka@sg udang jgn lupa singgah di pondok beliau

data:comment.author/> said...

auk auk,,,orangnya pun nampak wara' dan tawadu'.

data:comment.author/> said...

Nk tny, Muslim Daie tu mcmana?

Bagaimana pula sekiranya seorg Ustaz yg diharapkan melindungi pelajarnya tetapi telah dgn bangganya membuka aib pelajarnya?

data:comment.author/> said...

wajib ke atas muslim menjaga aib orang muslim yg lain. bersandarkan kepada hadis :
" barangsiapa menjaga keaiban saudaranya maka Allah akan menjaga aibnya di akhirat kelak ".

Tidak wajar bagi guru tersebut mendendahkan aib muridnya di depan khalayak ramai kerana ia boleh menjatuhkan maruah dan air mukanya.
wallahu'alam.

data:comment.author/> said...

awat gamba ustz pelik sgt? mcm superimpose jer (opss...sensitip superimpose2 ni, hehehehe)

data:comment.author/> said...

gambar tu adalah gambar yg diedit menggunakan software kai's super goo.rasa teruja tengok gambar sendiri yg berjaya diedit....rambut spek mata dan hidung orang lain punyer...janggut jer yg ori :)

data:comment.author/> said...

salam ziarah skali lagi dari anak jati kemahang 1....

patutlah dia kata nk ke labuan haritu,rupa2nya buat program kt sana dgn dai'e sekampung...apa2pun, ustaz zul memang terbaik & mantap... x sabar nk mngutip mutiara2 tarbiah dari ustaz zul...

*kemahang loni dgr crita smakin truk,kes2 arak di klanagn remaja,zina & penyalah gunaan dadah smakin berleluasa.... ada apa2 cadangan????

data:comment.author/> said...

salam akhi zul,

ana rasa utk permulaannya kita kumpulkan geng kita di kemahang tu yg sama fikrah islamiahnya dan atur strategi seterusnya...setakat yg ana tau ada 3 orang termasuk dr kemahang 1 termsuk enta. ada kenal tak akhi Firman dr kemahang 1?rumahnya dekat ngan kedai baiki motor di simpang kemahng 1 tu?
kita jumpa time bule 12 ni

data:comment.author/> said...

salam,

InsyaALLAH,ana bersedia & buat yg termampu & mohon tunjuk ajar dari yg lebih berpengalaman...

ana kurang kenal la dgn akhi firman,kalau tengok muka mungkin cam kot.InsyaALLAH,bulan 12 ni kalau xdak aral kita jumpa...


ni no ana->019-9445752

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.