Monday, October 30, 2017

Suami penyabar

Rasa nak nukikan kisah seorang suami yang bersabar atas karenah isterinya. Ni kisah benar yang abi sendiri pernah bertanya tentang kisah hidupnya dan isterinya.

Syeh, demo dengan bini demo macam mana ? kalau bini demo masam mencuka dengan demo...tanya abi yang inginkan penjelasan @ pencerahan darinya.

" saya gini jer.....kalau dia moody@masam mencuka dengan saya, saya buat tak kisah juga. Saya takkan tanya kenapa. saya senyap. Ada la tuh dia kat mana2 dia tak berkenan dengan saya. Saya takkan marah dia dan jauh sekali saya nak tampar atau pukul dia". jelasnya.

" jika nak dibandingkan dengan jasa dia yang besarkan anak2 masa saya tiada,memang tak terbalas. waktu malam dia bangun susukan anak. Dia juga masak untuk saya dan anak2....memang banyak lah jasa dan pengorbanan dia pada saya".

Kata2nya memang menyentapkan hati saya! Rasa terkesima dengan jawapannya.

Itulahjawapan daripada seorang rakan saya. Seorang ustaz! Ye, dia ustaz.

Sunday, October 29, 2017

Ujian itu rahmat


Ada orang melihat  ujian atau musibah merupakan kafarah daripada Allah. May be Allah nak hukum seseorang tu, so Dia berikan denda@hukuman di dunia berbentuk kafarah. Kafarah ni macam2 lah kan. Ada kafarah untuk berlaku atas dirinya sendiri. Ada juga kafarah berlaku sekitar orang di sekelilingnya, dia yang terkena tempias juga.

Sebagai manusia kita akan mudah percaya bhw bila Allah marah , Dia akan beri ujian dan ujian itu adalah kafarah kepada hambaNya. Tapi pernah tak kita terfikir bhw ujian itu adalah rahmat Allah kepada hambaNya. Mari kita renung sama2....

Seandainya kita diberi ujian olehNya, misalnya demam yang berlanjutan. Lambat nak sembuh. Hinggakan puas nak makan ubat. Apa yang menimpa atas diri kita itu kita masih mampu untuk melakukan ibadah seperti solat. Tak pernah kita mengeluh walaupun sedikit. Kita masih mamppu bersabar dalam serba hal.

Sebenarnya hal demikian ada rahmat Allah. Allah nak ajarkan kita supaya jadi insan yang penyabar. Sebelum ini kita insan yang kurang sabarnya tapi bila ditimpa ujian kita jadi penyabar.Bila ada ujian juga kita sering sebut nama Allah. Ingat Allah selalu dalam setiap gerak geri. Sebenarnya itu rahmat Allah ke atas kita.Dia nak ajarkan kita sesuatu bhw perlu ingat Allah selalu tatkala senang mahupun susah.

Adakalanya ujian itu datang kerena Allah nak didik kita. Itu rahmat Allah sebenarnya. Dia beri didikan dalam bentuk ujian. JIka hambaNya berjaya mengharungi ujian itu bermakna Allah dah ajarkan dia sesuatu.

Tahniah diucapkan kepada anda yang masih lagi bergelumang dengan ujian2... Itu tanda Allah kasih kepada anda. Bukan marah kepada anda!InshaAllah satu masa nanti anda akan tau bhw ujian itu adalah rahmat daripadaNya.

Saturday, October 28, 2017

ragam anak

Anak anugerah ilahi yang tak ternilai kepada kita. Tanpa anak kita akan rasa sunyi. sunyi dan boring sebab asyik tengok muka yang sama jer. Abi pernah rasa suatu tika dahulu saat diuji Allah sukar untuk dapatkan anak. 3 tahun lebih kami kawin tapi tak dikurniakan anak.

Bila dah dapat anak baru lah ceria hidup kan? Memang anak2 lah penyeri rumah tangga. Bila anak2 dah besar sedikit macam2 ragam yang akan kita tengok nanti. Ada yang manja, pemarah, sensitif@emosi, suka membodek, membatu api pun ada dan macam2 lagi lah....Ibubapa kena bijak fahami sikap2 anak.

4 orang anak, 4 sikap yang berbeza2. Rambut sama hitam tapi hati lain. Sikap pun lain. Yang paling abi tak tahan dengan telatah anak2 adalah sikap diorang yang suka membodek. Dari mana diorang belajar tak tau lah....dengan abi jer diorang membodek. Dengan ummi diorang tak la pula. Takut kot!

Kalau nak sesuatu barang tu, asyik meminta jer nak barangan tu. Biasanya mainan la. Disebut2 2 3 hari selagi tak beli. Siap membodek lagi! Terpaksalah kita mengalah. Ingat sekali kesian juga.Gitu lah hidup selagi kita dapat penuhi hajat diorang, tunaikan lah. Lain lah kalau takde duit. Usah kedekut dengan anak2. ataupun usah berkira dengan membeli barangan mereka kerana suatu hari nanti kita akan rasa kesunyian dengan permintaan mereka apabila mereka dah besar. Betul tak?

Bagi si ayah yang suka merokok memang tak kisah kalau beli rokok sehari sekotak pun. Tapi kena fikir lah juga kan kalau anak minta nak beli mainan 2 minggu sekali. Si ayah memenuhi keperluan diri untuk dirinya....apa salahnya kalau sekali sekala penuhi hajat si anak.

Friday, October 27, 2017

RoTi

Kalau sebut roti, memang itulah yang tak dapat dipisahkan dalam hidup kami. Roti mesti ada kat rumah.Hampir setiap hari mesti ada.Anak2 memang suka makan roti. Mungkin hormon kami laki bini dah sebati dengan gandum tok Arab masa belajar di Jordan satu tika dulu. hehehe

Macam2 dapat dibuat dengan roti ni. Ada gak kami bekfes dengan roti. Celup dengan telor pastu goreng. Bila siap sapu pulak dengan sos atau mayonaise. Ada gak kami goreng telor hancur dan dimakan dengan roti.Dan yang hero2 ni suka makan adalah dengan roti beger...memang menambah la jawabnya...

Apapun menyediakan makanan halal dan bersih amat dituntut dalam Islam. Kita lah yang bakal mencorakkan makanan untuk famili kita. Kita tak tau sejauh manakah yang ada kat kedai tu penyediaannya bersih ke tak...diorang hanya tau meniaga saja...so abi lebih prefer kalu makan di rumah jer...biarlah tak sesedap di kedai @ restoran pun...janji kita sefamili hepi...betul dop...buat apa nak tunjuk2 makan di hotel2 mewah@restoran...kita bukannya orang kaya pun...hehe

Air tangan ibu ayah yang penting dalam masakan ni.  Dengan asbab air tangan mereka lah kita jadi manusia yang berakhlak, dengar kata, dengar nasihat dan dengar segala2...Ye lah...memang penat orang kata hari2 kena masak untuk anak2...tapi natijahnya, disebalik kesusahan itu lah Allah ganjari dengan reseki anak2 yang sihat dan bermacam2 lagi.

wallahu'alam.


Tuesday, October 24, 2017

Nasi Khao Mok

First time ummi masak dan masuk dapur selepas cuti berpantang. Ummi beraksi kat dapur minggu lepas. Alhamdulillah nampak macam kesihatan ummi dah semakin sihat dan pulih.

So , apa yang ummi buat untuk abi dan anak2 ummi ialah "Nasi Kowmok". Dimasak dalam periuk besar. Memanh banyak kali ini sampai makan hingga pagi esoknya. Nampak berselera betul anak2 dengan menu ni. Alhamdulillah....terima kasih Allah sebab anugerahkan pada abi seorang isteri yang pandai masak dan pandai melayan anak2...

Pernah makan nasi kowmok tak????

Tu menu dari Thai...boleh search kat google...ni haa gambar nya daripada en. google.

https://highheelgourmet.files.wordpress.com/2014/07/thai-halal-chicken-rice-briyani-khao-mok-gai-by-the-high-heel-gourmet-1-1.jpg


Thursday, October 19, 2017

Baiki atap rumah

Hari ni minta tolong 2 orang pekerja Indon datang baiki atap rumah yang bocor. Lama dah bocor tapi tak jumpa orang yang nak baiki. Usha punye usha akhirnya jumpa lah 2 orang Indon ni. Bukhari dan Rasyid.

Hanya hari Jumaat jer yang diorang wat keje sebab ari lain diorang keje buat rumah dgn tokey diorang. Nak harapkan abi panjat bumbung rumah memang kiamat la. Gayat oiiii....So lebih baik kita upah diorang jer la. Berapa upahnya kita kasi la biar berbaloi.

Kalau rumah rosak senang nak baiki kan??sebab kita tau katner rosaknya. Senang nak repair. Tapi kalau hati rosak dan sakit, dapat tau ke katner nak repair???

So, pandai2 lah korang jaga hati. Hati adalah raja dalam tubuh badan kita. Kalau raja sakit bermakna anggota2 @ menteri2 yang lain pun akan sakit juga.

Jom jaga HATI dari sifat mazmumah...Hiasilah dengan sifat mahmudah.

Tipu daya dunia

Dunia ni penuh dengan tipu daya. Hanya orang celik dengan mata hati sahaja yang akan dapat tau. Kalau sekadar melihat dengan mata kasar kita takkan dapat tau tipu daya tersebut. Amat beruntunglah mereka yang dapat melihat dengan mata hati.

Camner nak tau melihat dengan mata hati??? mata hati itu adalah pemberian daripada Allah kepada hambaNya. Hamba yang selalu mentadabburkan ayat2 Nya baik siang mahupun malam, tatkala susah mahupun senang. Dari situ lah Allah kurniakan pancaindera yang keenam iaitu mata hati.

Allah berfirman yang bermaksud: 
Dunia itu penuh dengan permainan dan perkara yang lagha.

Dari ayat tersebut tu pun kita dapat tau bahawa Allah ingatkan manusia supaya berhati2 dengan dunia yang diciptakannya. Allah ciptakan dunia untuk hambaNya yang soleh dan yang tak soleh.

Bagi orang soleh mereka akan jadikan dunia itu hanya sekadar tempat persinggahan dan tempat untuk mereka bercucuk tanam amal kebaikan dan kebajikan mereka. Hasilnya nanti mereka dapat lihat di akhirat sana. Itulah orang soleh. Dunia hanya berada di tangan mereka dan tidak di dalam hati mereka.

Adapun orang yang toleh@tak beriman mereka ini menjadikan dunia sebagai tempat hiburan. Seolah mereka ini tak ingat akan kematian dan Hari Kebangkitan semula. Mereka menggunakan segala isi dunia dengan hawa nafsu mereka tanpa mempedulikan amal soleh yang mereka akan bawa nanti.

Kita akan dapat melihat di dunia ini manusia akan berlumba2 dalam mencari harta. Kerja siang malam. Mereka bersaing untuk menjadi kaya raya ataupun hartawan. Mereka sanggup lakukan apa sahaja semi untuk melumpuhkan pihak lawan walaupun daripada sahabat sendiri. Yang penting mereka dapat menawan harta!

Ada yang sanggup menghiburkan hawa nafsu mereka. Siangnya bekerja untuk mencari nafkah diri mahupun keluarga. Malamnya pula untuk berhibur. Masuk kelab malam dan berpoya2 dengan lelaki ataupun perempuan ajnabi. Mereka layan nafsu mereka. Ada yang cuba untuk menipu golongan hartawan semata2 mencari sesuap rezeki haram. Oh ! tak takutkah mereka makan harta haram??

Mereka menipu golongan ini dengan body dan muka lawa mereka. Tak cukup dengan itu ditambah pula dengan kata2 manis berbaur nista. Ada yang terpedaya hinggakan berjuta2 duit lesap. Tak heran kan keluar kat paper@news "seorang Dato' ditipu berjuta2 duit oleh teman wanita". Tak perlu heran pun sebab itulah pekerjaan mereka. Menipu golongan kaya. Mereka berjaya menipu di dunia tapi adakah selamat di akhirat???Sudah pasti tidak.

Beringat lah wahai teman tentang tipu daya dunia ini. Apabila terkena atau terpalit sudah tentu amat perit dan sukar untuk kembali ke pangkal jalan.

wallahu'alam.

Tuesday, October 10, 2017

Usah jadi hamba WANITA

Dunia hari ini menyaksikan bahawa ramai lelaki yang menjadi hamba wanita. Mereka sanggup menuruti hawa nafsu mereka semata2 ingin memenuhi citarasa wanita. Rasa begitu jelek sekali apabila seorang lelaki jatuh ke tangan wanita. Segala kemahuan wanita diturutinya. Sehingga sanggup menjerumuskan diri mereka ke lembah kehinaan.

Ambillah beberapa kisah yang berlaku di depan mata. Seorang wanita sanggup mengupah teman lelakinya untuk menganiyai lelaki yang lain. Ada yang sanggup berbunuhan. Allahu akbar. Tipu daya syaitan itu belaka. Syaitan gelak melihatnya.

Ada juga yang diperalatkan wanita untuk memuaskan hawa nafsunya. Wanita sanggup 'melanggan' beberapa lelaki demi kehendak nafsunya. Tak cukup dengan layanan di rumah oleh hasben halalnya maka dicari pula hasben yang tak halal. Kenapa ini semua boleh terjadi????

Awaslah wahai lelaki!!! dunia hari ini memang macam2 gayanya. Ada yang berbaju kurung elok tapi hatinya penuh dengan sifat mazmumah. Ada yang lidahnya tak jemu menyebutkan kebaikan diri yang dibuat dihadapan kawan2 tapi dibelakang lain yang disebutnya. Kata2 nista dan lucah permainan lidah. Tidak semua wanita sedemikian rupa tapi awaslah wahai lelaki kerana kamu bakal berhadapan dengan situasi sedemikian rupa.

Jika kamu ingin mencari calon hidupmu, maka kamu akan berhadapan dengan watak2 sedemikian. Jika kamu ingin bekerja di kilang mahupun pejabat maka kamu akan dapati watak2 tersebut ada di kiri kananmu. Jika kamu ingin mencari sahabat, tidak mustahil kamu akan menemui watak2 ini terlebih dahulu sebelum kamu menjumpai sahabat yang sejati.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.