Anak anugerah ilahi yang tak ternilai kepada kita. Tanpa anak kita akan rasa sunyi. sunyi dan boring sebab asyik tengok muka yang sama jer. Abi pernah rasa suatu tika dahulu saat diuji Allah sukar untuk dapatkan anak. 3 tahun lebih kami kawin tapi tak dikurniakan anak.
Bila dah dapat anak baru lah ceria hidup kan? Memang anak2 lah penyeri rumah tangga. Bila anak2 dah besar sedikit macam2 ragam yang akan kita tengok nanti. Ada yang manja, pemarah, sensitif@emosi, suka membodek, membatu api pun ada dan macam2 lagi lah....Ibubapa kena bijak fahami sikap2 anak.
4 orang anak, 4 sikap yang berbeza2. Rambut sama hitam tapi hati lain. Sikap pun lain. Yang paling abi tak tahan dengan telatah anak2 adalah sikap diorang yang suka membodek. Dari mana diorang belajar tak tau lah....dengan abi jer diorang membodek. Dengan ummi diorang tak la pula. Takut kot!
Kalau nak sesuatu barang tu, asyik meminta jer nak barangan tu. Biasanya mainan la. Disebut2 2 3 hari selagi tak beli. Siap membodek lagi! Terpaksalah kita mengalah. Ingat sekali kesian juga.Gitu lah hidup selagi kita dapat penuhi hajat diorang, tunaikan lah. Lain lah kalau takde duit. Usah kedekut dengan anak2. ataupun usah berkira dengan membeli barangan mereka kerana suatu hari nanti kita akan rasa kesunyian dengan permintaan mereka apabila mereka dah besar. Betul tak?
Bagi si ayah yang suka merokok memang tak kisah kalau beli rokok sehari sekotak pun. Tapi kena fikir lah juga kan kalau anak minta nak beli mainan 2 minggu sekali. Si ayah memenuhi keperluan diri untuk dirinya....apa salahnya kalau sekali sekala penuhi hajat si anak.
7 hours ago
No comments:
Post a Comment