Dunia hari ini menyaksikan bahawa ramai lelaki yang menjadi hamba wanita. Mereka sanggup menuruti hawa nafsu mereka semata2 ingin memenuhi citarasa wanita. Rasa begitu jelek sekali apabila seorang lelaki jatuh ke tangan wanita. Segala kemahuan wanita diturutinya. Sehingga sanggup menjerumuskan diri mereka ke lembah kehinaan.
Ambillah beberapa kisah yang berlaku di depan mata. Seorang wanita sanggup mengupah teman lelakinya untuk menganiyai lelaki yang lain. Ada yang sanggup berbunuhan. Allahu akbar. Tipu daya syaitan itu belaka. Syaitan gelak melihatnya.
Ada juga yang diperalatkan wanita untuk memuaskan hawa nafsunya. Wanita sanggup 'melanggan' beberapa lelaki demi kehendak nafsunya. Tak cukup dengan layanan di rumah oleh hasben halalnya maka dicari pula hasben yang tak halal. Kenapa ini semua boleh terjadi????
Awaslah wahai lelaki!!! dunia hari ini memang macam2 gayanya. Ada yang berbaju kurung elok tapi hatinya penuh dengan sifat mazmumah. Ada yang lidahnya tak jemu menyebutkan kebaikan diri yang dibuat dihadapan kawan2 tapi dibelakang lain yang disebutnya. Kata2 nista dan lucah permainan lidah. Tidak semua wanita sedemikian rupa tapi awaslah wahai lelaki kerana kamu bakal berhadapan dengan situasi sedemikian rupa.
Jika kamu ingin mencari calon hidupmu, maka kamu akan berhadapan dengan watak2 sedemikian. Jika kamu ingin bekerja di kilang mahupun pejabat maka kamu akan dapati watak2 tersebut ada di kiri kananmu. Jika kamu ingin mencari sahabat, tidak mustahil kamu akan menemui watak2 ini terlebih dahulu sebelum kamu menjumpai sahabat yang sejati.
6 hours ago
No comments:
Post a Comment