Monday, November 27, 2017

Demam

Tiap kali nak tutup tirai persekolahan Allah selalu beri sesuatu pada abi. Demam. Kali ni demam kepala berdenyut2. Nak kata badan panas, tak la sangat. Tapi time nak sujud tika solat tu, Allah saja yang tau. Rasa berat je kepala. Terasa macam setongkol darah berhimpun kat depan kepala. Huhu..

Sakitnya....Allah saja yang tau. Ya Allah....

Tapi sebagai hambaNya kita redha je atas pemberianNya. Sebolehnya mengelak daripada mengeluh. Pesan orang2 alim jangan sesekali mengeluh bila musibah menimpa. Perbanyakkan istighfar...

Makin dekat nak tutup sekolah makin banyak keje yang tak beres bila dicheck. Tahun ni, kerja abi tak menentu sikit al maklumlah dapat ahli baru dalam keluarga. Allah berikan satu hadiah istimewa untuk kami  sekeluarga. Ahmad Affan Hakimi. Bila balik rumah tak dapat pegang lagi sebarang kerja sekolah. Mesti fokus pada Affan dan ummi. Tak boleh nak berikan pada ummi sorang2 yang jaga baby.

Siang harinya abi terpaksa turun kerja lagi. Bikin majalah sekolah bersama 2 orang student. Abi mintak pertolongan diorang tu supaya jangan balik kampung lagi. Berkampunglah diorang tu kat SAIS selama 4 hari. Alhamdulillah Allah mudahkan kerja buat abi untuk sekolah.

bersama syafiqah dan Anis dalam perjalanan ke kedai makan. makan tengahari disponser oleh Abi Muza!

Friday, November 24, 2017

Anugerah Sahsiah Terbaik

Alhamdulillah wa syukri lillah....semasa majlis anugerah cemerlang dan graduasi hari tu, Jazlan telah diberi satu anugerah daripada pihak sekolah yang mana abi sendiri pun tak jangka yang Jaz akan dapat. Masa MC membaca biodata diri, baru abi perasan dia sedang bacakan perihal si Jaz...

Jantung abi berdegup2....degupannya makin kuat. Bukan takut tapi kenalin. Maklumlah tak pernah terima anugerah sebelum2 ni. Dulu pun ada masa Wildan bersekolah di SK Guntong Luar, banyak anugerah mata pelajaran terbaik Wildan dapat.

Bila MC sebutkan Jaz dapat "Anugerah Sahsiah Terbaik " hati abi mulalah tak keruan lagi. Rasa sayu hiba menyelebungi diri. Rasa macam nak menangis jer. Terharu sangat atas anugerah yang pihak sekolah berikan. Rasa macam tak layak je. Ye lah kita tau lah anak kita setara mana di rumah. Apapun abi selaku ayah merasa bangga dengan pengiktirafan ini. Syukur padaMu Ya Rabb. Mungkin disebabkan didikan di rumah inilah yang akan membawa Jaz ingat apa yang selalu dipesan oleh abi dan ummi. Abi yakin Ummi banyak main peranan dalam proses tarbiah Jaz hingga jadi begini.

Sekadar mengingatkan diri sendiri, bahawa didikan di rumah itu yang penting. Usah dilepaskan didikan itu kepada guru2 di sekolah. Kerana apa ? kerana guru juga manusia dan ada anak2 macam kita juga. Selayaknya kita lah yang wajib mentarbiah anak2 kita dulu selebihnya kita serah kan pada guru2. Usah diserahkan didikan itu 100% kepada guru2.

Amat menyedihkan pabila abi dengar ada sesetengah ibubapa yang telah pun menghantar anak2nya seusia muda kecil lagi tinggal asrama. Contohnya darjah 4 sudah dihantar tinggal di asrama. Bukannya latar belakang ibubapa yang dhaif tapi abi rasa hanya mahu melepaskan tanggungjwab mendidik itu kepada guru2 dan warden2. Mungkin ibubapa tersebut tak mampu nak kawal anak mereka lagi. Ya Allah, tahu buat anak tahu lah bela, jaga dan didik mereka. Itu amanah dari Allah! Ingat !!!amanah Allah.

" Ya Tuhan kami kurniakan lah kepada kami isteri2 dan zuriat2 sesejuk mata memandang dan jadikanlah kami Imam di kalangan orang2 bertaqwa "


Thursday, November 23, 2017

Konvokesyen Jazlan

Cerita Hari Selasa lepas....Al kisah Jazlan dah konvo. Kiranya penutup untuk pendidikan di tahap sekolah rendah.

Bertempat di SK Putera Jaya, Setiu. Cantik dia punya background konvo dia. Memang lawa la kalau nak bergambar. Abi ambil kesempatan juga untuk bergambar.





KASTEK

KASTEK = Karnival Sains & Teknologi






Saturday, November 18, 2017

Power Istighfar



"Barangsiapa  sentiasa  beristighfar  nescaya  ALLAH  memberikan  jalan  
keluar  untuk  setiap  kesedihannya  dan  membuka  jalan  untuk  setiap
kesempitannya  dan  ALLAH  memberikan  rezeki  yang  tidak  disangka-sangka."
(HR Ahmad, Abu  Daud,  Ibnu  Majah  dan  Hakim)


Kali ni abi cuba nak kongsikan power of Istighfar dalam hidup abi sendiri. Bukan nak menunjuk2 tapi sekadar perkongsian dengan ahli blogger sekelian betapa KUASA nya begitu hebat. 

Dalam hidup kita ni, kita tak dapat lari daripada pelbagai masalah. Ada masalah yang kecil mahupun yang besar. Di sini lah Allah nak menduga dan menguji hambaNya sejauh manakah kebergantungan kita kepadaNya. 

Ada yang kuat imannya akan terus tidak putus2 berdoa dan berusaha untuk menyelesaikan masalah hidunya. Di samping tawakkal kepadaNya. Ye, tawakkal yakni berserah kepadaNya selepas berusaha. Bukannya tawakkul yakni berserah tanpa usaha.

Dan salah satu daripada usaha seorang hamba yang sedang di landa musibah adalah dengan beristighfar. Mengucapkan kalimah keramat itu dalam keadaan yang pelbagai. Baik sesudah sembahyang atau ketika bersahaja, iaitu tatkala senang lenang. Nampak mudah bukan ? tapi tak semudah itu wahai sahabat2ku....

Ungkapannya cukup mudah sesiapa pun mampu melafazkannya hatta kanak2 sekalipun. Bukan itu sahaja manusia munafik pun mampu melafazkannya! yang jadi masalahnya sekarang adalah ISTIQAMAH. Istiqamah dalam melafazkannya.

Carilah masa yang sesuai untuk beristighfar. Contohnya selepas solat isya'. Capailah biji tasbih tu dan beristighfar lah. Amalkan selama sebulan berturut2, InsyaAllah anda akan istiqamah selepas itu. Ataupun diamalkan sebelum hendak tidur. Selepas bacaan doa tidur beristighfar lah...(silap haribulan anda akan tertidur sambil beristighfar) Alhamdulillah jika anda mati sekalipun pada malam itu, InsyaAllah anada mati dalam keadaan sedang bertaubat kepadaNya. 

Nak kongsikan di sini bila abi sentiasa amalkan zikir ini, abi nampak pertolongan Allah datang membantu. Sedikit demi sedikit segala masalah dapat diselesaikan. Memang benarlah pesanan Nabi Allah Nuh kepada kaumnya supaya beristighfar, nescaya pertolongan Allah akan datang. Ye, Nasrullah. Pertolongan Allah pasti dekat! 

Selamat beramal!


Konvokesyen Azzam....Pra Sekolah SK Kpg Buloh

Citer hari Selasa yang lepas...anak abi Ahmad Azzam Hakimi telah pun menamatkan pra sekolah nya (6 tahun) di SK Kpg Buloh, Setiu. Berjubah merah diorang tu. Cantik dan lawa!!  Tu adalah adalah ahli kelas diorang. Kelas Delima. 



zaman abi dulu takde lah konvo ala2 gini. Kira habis sekolah, habis lah...huhu...zaman lening jah kira macam2 dah diorang buat untuk menampakkan kemeriahan di alam sekolah. Alaa...kanak2 riang ria ribena...


yang perempuan berjubah biru...comel llote blako


korang masih ingat tak siapa nama guru tadika korang? 
Abi masih ingat lagi tau? Tahun 1986 & 1987 abi bersekolah tadika. Nama cikgu abi ialah Cikgu Noraini dan cikgu Hashimah. Terima kasih cikgu kerana mengajar abi A B C.... 1 2 3.... sehinggalah abi berada pada tahap sekarang ni. 

Moga Allah balas jasa dan budi baik kerana mengajar abi mengenal erti hidup.

Jazakumullahu khairan kathira.

Thursday, November 16, 2017

Surah Al Kahfi


Sempena hari Jumaat ni, jom kita baca.....

Moga Allah Selalu dan sokmo jaga kita antara Jumaat ni hingga lah ke Jumaat depan. Amin

Paling tidak pun baca ayat 1 - 10 dan 10 ayat terakhir.

Dia pun makhluk Allah jua

Tengah sedang menunggu budak2 nak berlatih menari, ada seekor burung yang terbang kat ruang legar lobi pejabat. Terus dia terhantuk di dinding cermin tu. Jatuh dan pening2 lalat kat lantai. Abi ambil dan tengok matanya terkebil2...Pening lagi gamaknya....

Oh kesian...mungkin masa dia terbang tadi tak pakai radar dan terus kena dinding.

Dia pun makhluk Allah jua dan harus dibantu. Kena buat ihsan terhadapnya. Bantunya terbang semula. Abi berikan burung tu pada beberapa budak SAIS agar menjaganya sehingga pening nya hilang dan dapat terbang semula.


Makhluk yang tak berakal pun Allah suruh kita membuat ihsan, inikan pula manusia yang berakal lebih lagi la kena buat ihsan...

Friday story

Pagi ni kluar makan dengan ummi. Tempat feveret ummi. Warung Tok Ma yang terletak di Bukit Grebar, Setiu. Dalam sebulan adalah sekali pergi makan situ. Apa istimewanya warung tu??? Kat situ ada gulai ayam kampung dan nasi kerabu sedap. Kira jjijak hati la kalau makan (kata orang kelantan) Kat situ lah antara warung ayam kampung yang abi dan ummi selalu makan selain kat Kg Bintang. Pagi ni kita makan berdua jah tau! Kasi romantik sikit di pagi Jumaat nih...huhu. Si baby Affan kite tinggal kat along suruh mengasuh kejap....Along memang boleh diharap. Sekali sekala nak juga makan berdua kan...kan...

Dalam pukul 9 lebih abi siapkan Affan pula....mandikan dia.Kasi dia segar bugar. Biasanya Affan akan jadi aktif selepas dimandikan. Ceria mukanya. Diajak bergurau pun dia mau.

Pukul 10 lebih abi bersiap ke SAIS pula melihat dan memantau anak2 ABAS membuat latihan menari. Persiapan untuk Hari Penutupan Showcase esok pagi. Berikan diorang laptop dan berlatih lah kat situ 2 jam.


Wednesday, November 15, 2017

Obses Kerja

Semalam adalah hari yang cukup memenatkan bagi abi. Dimulakan dengan sarapan roti canai "Roti canai ccotek" - ada telor ccotek atasnya.2 biji sekali hadap cuma yang satu lagi tu roti kosong lah. Sambil makan sambil sembang kedai kopi bersama geng2 penglipur lara. Geng yang selalu memeriahkan kedai kopi Kimie di awal pagi.

Bergegas pula ke makmal melihat hasil2 anak SAIS dalam KASTEK (Karnival Sains & Teknologi) tengok diorang present dan berkuiz. Abi dulu memang minat Sains sejak dibangku sekolah lagi. Mungkin minat kat cikgunya juga kot. Bukan cikgu pompuan la tapi cikgu laki. Penampilannya yang bersahaja dan wara'. Jarang kita lihat cikgu Sains yang wara'...Biasanya wara' ni kita kaitkan dengan penampilan ustaz2 dan ustazah2. Pemikiran abi pd masa tu la. Kewarakkan nya la yg menyebabkan abi minat subjek tu. Tapi kita minat pun tak lah tinggi sangat markah. Cukup makan je. At least kita tak lah tercorok sebaris dengan 'diorang' tu.




Namun, sebenarnya Sains lah yang mendekatkan kita dengan pencipta kita. Betul tak? Dengan Sains juga lah ia dapat memberikan kita pelbagai pahala.

Macam mana ye? Kita berfikir tentang keagungan ciptaan Allah dan rasa takjub dengan ciptaanNya. Kita berfikir tentang planet2 yang berjalan di orbitnya tanpa sebarang perlanggaran walaupun sedikit. Kita rasa heybatnya Allah. Itupun dah dapat pahala. Belum lagi kita kaji tentang pokok2 dan haiwan2...Seronok sebenarnya jadi cikgu Sains ni kalau dapat dikaitkan dengan agama. Kaitkan Sains dan agama. Di situlah kita mantapkan aqidah pelajar kita.

selfei dulu dengan adik Zul yg smart n hensom ni. Moga smart dia berjangkit jg ke kito nih....rasa muda pulak bila bersama orang muda.hihi

Oh ye.....habis pusing2 di makmal dan  snap beberapa keping gambar,turun semula dan kembali ke bilik guru membuat kerja2 pengkeranian yang tak habis2 dari dulu hingga sekarang. Pastu teringat kan pula nak mendaftar anak ke tingkatan 1/ 2018 Si Jazlan . Bergegas pula ke SMK Putera Jaya. Alang2 masa dah nak mendekati pukul 115 pm, pekena dulu nasi beriani kambing di Bandar Permaisuri. RM12 + Teh O Beng! Selepas ambik anak dari sekolah,masuk semula sambung kerja.....hinggala lah berjumpa dengan PKP untuk penilaian akhir PBPPP. Sembang2 dengan PKP hinggalah jam menghampiri pukul 5.Metabolisme badan dah makin menurun. Mata rasa kuyu jer.Nak cari bantal. Asyik duk ngadap komputer kan dari td.Penat mata, penat badan,penat otak. Last2 bersiap pulang.

Singgah di kedai Pok Ayub beli  nasi sekejap untuk hero2. Tentunya ummi tak masak dengan kondisinya yang kurang sihat. Senang citer beli n bungkus.

Lepas Isya' mata start kuyu lagi dan rasanya dalam pukul 930 lebih, shutdown!

Tersedar jam 400 pagi dan sambung kerja lagi sikit >>>>>PAJSK ....yg belum complete.
Setel sudah. Alhamdulillah.

keje....keje....keje.....

Usah mengata

Kita tidak ada masa untuk mengata kat orang... masa kita amat suntuk... kita tidak ada masa nak buka aib atau memalukan orang lain.. aib dan dosa kita sendiri pun cukup banyak.. di akhir zaman ni kita perlu banyak muhasabah diri dan cari amalan amalan yang soleh... kita perlu bimbing keluarga kita... masa kita makin sempit... mari kita cari bekalan untuk selamatkan diri kita di padang mahsyar nanti.. di mana setiap orang sibuk nak selamatkan diri sahaja... tak akan hiraukan orang lain !
- Mohib Khouli -

Dunia Bukan Pentas Lakonan!

Dunia Bukan Pentas Lakonan, Hidup Bukan Pertandingan!
'Tak mahu kalah'??? 'Tak boleh nampak orang lebih daripada kita'? Sedap istilah "tak mahu kalah" dan "tak boleh orang lebih".
Siapa yang letak kalah atau menang? Siapa yang membandingkan diri lebih atau kurang? Siapa yang bertanding untuk nampak "lebih"?
Mengapa perlu bertanding? Kita berjalan di atas LANDASAN TAKDIR KITA MASING-MASING. Fokus sahaja kepada laluan kita dalam menuju redha Allah. Usah rasa bertanding dengan sesiapa sehingga timbul rasa negatif seperti cemburu dan iri hati. Sia-sia semua itu.
Fahamilah dengan mata hati bahawa hidup ini bukan sebuah pertandingan. Dunia ini bukan tempat berlumba-lumba mencari "kelebihan".
Bertanding atau membanding untuk positif itu tidak salah. Sekadar membanding diri dengan yang lebih hebat untuk kita jadikan idola, agar berjaya dan membangun maju setanding orang-orang berjaya itu bagus. Majukanlah diri untuk beribadah kepada Allah.
Semua kita adalah manusia yang keluar dari perut ibu tanpa apa-apa, telanjang sahaja. Adakah kau seorang terlebih istimewa dan hebat daripada orang lain yang lahir-lahir sudah siap memakai baju sutera paling mahal sejak dari dalam perut ibu, dan ada kelebihan lain daripada orang lain, adakah??? Tidak, bukan. Janganlah saling hasad dengki dan iri, kerana kita ini lahir ke dunia sama-sama tiada apa-apa.
Dan mati nanti pun kita takkan bawa apa-apa, semua dikafankan dengan kain putih sahaja. Kain putih yang sama sahaja tak kira pangkat kita apa, kita lawa ke tidak, kaya ke miskin, putih ke sawo matang, kerja apa, status apa.
Tiada beza kan kita semua? Jadi mengapa nak rasa aku lebih, kau kurang? Mengapa nak cemburu dan iri hati?
Kita semua sama sahaja. Walau kita dato', datin, menteri, guru, janda, anak dara, isteri orang, anak orang, ketua jabatan, tukang sapu atau sesiapa jua...sama sahaja.
Perlu kita ingat bahawa kita semua sama di sisi Allah. YANG BERBEZA DI SISI ALLAH ADALAH TAKWA. Bukan pangkat, darjat, rupa atau harta.
Wallahualam.

copy n paste dr Fb

Monday, November 13, 2017

Kawan,sahabat @ teman



Zaman sekarang ni nak cari kawan senang sangat. Dengan adanya teknologi yang canggih manggih ni sekelip mata jer dapat. Bukak FB , find friend and request friend....tunggu dia accept.Sekelip mata je kan??? Zaman pantas...

Tu nak cari kawan. Kawan tak sama dengan sahabat.Martabatnya tak sama. Macam gini la, cikgu DG41 dengan cikgu DG44...senang citer sebab abi kan cikgu. Cikgu DG41 ni kurang sikit pengalaman nya mengajar berbanding cikgu DG44. Begitu juga kawan, kawan ni banyak....tapi tak  semua kawan tu baik...ada juga yang tak baik. Jahat la kita kata. Depan kita dia nampak ok tapi belakang kita dia kutuk kita habis habisan.

Kawan yang baik tu adalah sahabat. Dia tak khianati kita. Tiada buruk sangka dengan kita, Senang hati kita bila bergaul dengannya.Depan kita dia baik dan belakang kita pun dia baik dan tiada prasangka buruk dengan kita. Itu sahabat. Pernah dengar sahabat sejati?? Sahabat sejati lebih daripada itu lagi.Macam2 dia buat untuk sahabatnya. Sanggup korbankan diri sendiri.

Sahabat sejati  ni lah yang abi namakannya teman. alaaaa macam teman sejati jugak la. Kita boleh berkongsi rahsia dengannya. Dia tak bocorkan rahsia. Dia amanah. Dia tak prejudis. Dia sanggup tolong temannya dalam kesusahan tanpa ada niat lain. Niat nak duit ker...niat nak merapu ker...kaki bodek ke...takkkkk bukan itu teman. Nak cari teman ni la yang susah. Hati2 wahai sahabatku bila nak cari teman. Takut tersalah pilih. Lebih2 lagi kalau nak cari TEMAN HIDUP.

Teman hidup akan bersama kita selama2lamanya hingga liang lahad...bahkan boleh jadi hingga ke syurga.InshaAllah.

Moga sahabat blogger mempunyai teman teman hidup yang baik2...hingga ke jannah.Amin.

cancel tazkirah

Seperti yang dijadualkan maghrib malam td kena bagi tazkirah kat surau At Taqwa, SAIS. Hati dah berkobar2 nak bagi tazkirah. Tapi setiba di rumah, ummi bagi tau dia tak sihat badan. Asyik sakit tekak dan batuk2. So atas dasar sian ko bining n rasa tanggung jawab abi cancel kan takirah.

Entah sape lah yg bg tazkirah tu, Rasanya Us Jo @ Us Ha lah yang selalunya ganti tempat abi dan sedia jd muzakkir relief. Nok wat guaner benda yang kita rancang tak menjadi kerana ada halangan yang munasabah. Family first!

So, malam tadi abi yang stanby jadi babysiter. Nak mintak tolong along pun, dia peksa esok hari. Malas nak ganggu dia study.Biar lah dia fokus skit utk peksa esok hari. Nanti kang, jadi ganer2 kita yang dipersalahkan.huhu.

Nasib baiklah si Affan tu tak meragam sangat malam td. Lebih kurang jam 900 malam tido lah dia. Alhamdulillah syukur sangat sebab dapat betulkan urat saraf awal2...

Saturday, November 11, 2017

Botak



Botak? Tiada siapa pun dapat meramal botak kepala tatkala dia berumur 40 tahun. Masa tingkatan 5 berpuluh tahun dulu abi tak pernah terfikir bahwa kepala abi akan jadi botak. Ye lah masa tu rambut tengah melebat lagi. Macam2 fesyen dan gaya dapat didesign.

Kini zaman rambut lebat tinggal kenangan belaka. Mencecah umur 40 an sedikit demi sedikit rambut makin hilang. Mulai dari bahagian atas tengah hinggalah ke bahagian belakang.Rezeki rambut dah makin berkurang. Tu tandanya kita dah mekin merepot dan tua. Sedari lah wahai diri.

Tak apa takde rambut pun. Tak sakit pun takde rambut. Sikit pun tak. Yang penting sekarang ni tubuh badan biar sihat. Rambut tak sihat takpe. Tak jejaskan kesihatan. Ye tak? Berapa ramai orang hari ni walaupun berambut lebat tapi dah kena penyakit macam2. Darah tinggi la,diabetis la, kolestrol tinggi la, kanser usus la dll...Bersyukur tak awak2 semo sebab takde penyakit serius ?

Walaubagaimana pun harus ingat bahawa bila rambut dah takde itu maknanya saat mati kita dah mendekat. Tua la kita namanya. Bila dah tua tu nama nya dekat nak mati. Waspadalah saudaraku semua. Allah nak beri petanda awal dah dekat kita tu. Kita je yang buat acuh tak acuh...

Oklah itu jer untuk peringatan diri besama.

Wednesday, November 8, 2017

Marking paper

Baru siap marking paper Pendidikan Islam...mulai pukul 930 malam habis pukul 1230 pagi....huhu..dahsyat kali ni. Selagi tak berbunyi dalam wasap grup sekolah 'tarikh akhir' key in markah selagi itulah pen merah ni tak bergerak. Bila dah berkokok SU Pep dalam wasap grup baru lah laju dan berair mata nak marking.

Itulah perangai buruk abi yang pasti susah untuk diubah sejak turun temurun semenjak jadi cikgu. Dah jadi habit dan sebati. Korang pun mesti ada habit juga kan yg susah nak diubah?? Kalau ada tu jangan lah sampai menyusahkan orang lain yer?

Ok...awal2 pagi esok nak berebut dengan cikgu2 lain untuk isi markah. Harap dapat nombor 1 dan giliran pertama. Doakan abi ye!

Mengantuk dah mata ni.....

Tido dulu.....wassalam....

Black Coffee

Kenapa Mesti Black Coffee?

Siapa penggemar kopi? Kalian suka minum kopi yang bagaimana? 
Kopi susu? Kopi pekat? Coffee ice blended? Hari ini saya nak cerita
 tentang kebaikan minum kopi O. Black coffee. Yang betul-betul kosong tanpa gula, susu atau krim tau! Memang kopi semata-mata.

Kopi O pekat atau black coffee memang ada banyak manfaat kesihatan. Black coffee yang tidak ditambah gula atau susu mengandungi nilai kalori hampir 0. Sesuai sangat untuk yang ingin berdiet dan mengurangkan berat
 badan.

Selain itu, kandungan kafein dalam kopi boleh bantu tingkatkan
 metabolisme badan. Jadi, bagi sesiapa yang nak bersenam atau
 workout, disarankan minum secawan kopi beberapa minit 
sebelum sesi workout supaya kadar metabolisme badan dapat 
ditingkatkan. Lebih tinggi metabolisme, lebih banyak lemak 
terbakar, lebih tinggi amaun kalori yang berjaya 'dibunuh'.

Bukan itu sahaja, kopi juga dapat bantu kita agar kekal segar 
dan lebih fokus sepanjang hari selain membantu mengurangkan risiko
 penyakit diabetes. 

Masalahnya, kopi kosong tanpa gula, susu atau krim = KOPI PAHIT! 
Ramai yang tidak gemar minum black coffee sebegini. Jangan 
bimbang. Semuanya bisa diatur.

Dalam artikel saya di ZALORA sekitar hujung Ogos lalu, saya 
ada kongsi cara-cara untuk mula jatuh cinta pada black coffee. 
Memanglah jika lidah kita sudah terbiasa dengan kemanisan
 gula dan creamy susu atau krim, kita akan kata tidak pada black 
coffee. Tetapi, kita boleh cuba perlahan-lahan supaya deria rasa kita
 dapat nikmati kopi O sekaligus kebaikan-kebaikannya.

Ingin tahu lebih lanjut? Klik sahaja pada gambar di bawah. Jika 
kalian pernah cuba salah satu cara yang saya nyatakan, kongsi di sini ye. 😊

copy paste dari blog: http://famf-tower.blogspot.my/2017/11/kenapa-mesti-black-coffee.html#more

Tazkiyah kan diri



Tazkiyah diertikan dengan penyuciaan jiwa. Maknanya jiwa dalam diri itu perlu disucikan dan dibersihkan. Kenapa perlu bersih dan suci ?

Badan kita ni ada unsur jasmani dan rohani. Jasmani tu luaran kita yang sering kita nampak seperti telinga, hidung, mulut, tangan dan lain2 lagi.... Kalau terkena penyakit senang kita nak ubati. Kena kurap ke, kudis ke, berdarah ke, melecur ke dan lain2 lagi. Hatta penyakit dalam badan pun kita dapat rawati dengan teknologi terkini.

Rohani tu adalah roh atau jiwa kita. Rohani kita ada tikanya sakit dan ada tikanya sihat. Sihat rohani tu seperti rohani para nabi dan rasul serta auliya' Allah. Roh mereka sentiasa sihat. Jiwa mereka sihat selalu. Tiada unsur2 negatif.

Tapi roh kita orang Islam ni ada yang sakit. Kenapa sakit dan macam mana sakit tu ? Sakit rohani atau sakit jiwa tu seperti hasad dengki, buruk sangka, riak, sombong, ujub dan lain2 lagi. Jadi untuk nak elakkan hati dan jiwa kita daripada penyakit ni, kita kena sucikan ia.

Ya benar. Sucikan ia dengan zikrullah. Pernah abi berpesan kepada para jemaah surau supaya amalkanlah zikir harian. Pilihlah mana2 zikir yang sesuai untuk membasahi lidah. Subhanallah ke, Alhamdulillah ke, astaghfirullah ke.....bebas suka hati kita.Yang penting kita amalkan setiap masa. Paling tidak pun, selepas Isya' kita ambik tasbih dan amal zikir. Biar cukup 99x atau genapkan ia 100x. InshaAllah kalau kita amalkan zikir astaghfirullah 100x, abi pasti jiwa kita tidak kotor dan terselamat daripada membuat benda yang tak elok.

Jom amalkan mulai sekarang ni setiap kali selepas Isya' zikir "Astaghfirullah" 100x. Kalau tak sempat buat, amalkan sebelum tidur. InsyaAllah anda akan terasa Allah itu dekat dengan kita.

Tunggu apa lagi???Let's do it!

Friday, November 3, 2017

Suami pemarah

Post yang lepas,abi bercerita tentang suami penyabar. Kali ni nak citer pulak pasal suami yang pemarah. Bila dengar jer pasal suami pemarah,rata2 isteri takkan kata nak kepada suaminya yang macam tu.

Nak citer lagi ni pasal suami yang pemarah. Biasanya orang yang suka marah2 ni adalah orang yang tak dapat tahan SABAR. Bila ada jer masalah di hadapannya, terus dia melenting dan marah. Kalau dia seorang suami, pantang isteri buat salah atau ada yang tak berkenan di hatinya terus kena marah.Huhu....memang malang la kalau si isteri dapat suami macam ni.

Bukan setakat dimarahi tapi dimaki hamun lagi. Tak cukup dengan maki hamun dipukul lagi. Ishhhh...Dia ingat isteri ni tempat lepas geram ker???? atau dia ingat isteri ni punching bag boleh dipukul sesuka hati????

Wahai si suami ingat lah.....isterimu adalah amanat Allah untukmu. Dia ada hak yang sepatutnya kamu jaga dan beri. Tunaikanlah haknya.Jangan sakiti hatinya,emosinya serta fizikalnya. Nak cederakannya jauh sekali tidak boleh. Haram!

Sebaik2 suami adalah Rasulullah SAW. Contohilah baginda. Perhalusi sunnah baginda dalam rumah tangga.Dalami pergaulan baginda dengan isteri2 baginda....Cedoklah daripada baginda sunnah berumah tangga inshaAllah rumah tangga kita akan selamat.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.