Tiap kali nak tutup tirai persekolahan Allah selalu beri sesuatu pada abi. Demam. Kali ni demam kepala berdenyut2. Nak kata badan panas, tak la sangat. Tapi time nak sujud tika solat tu, Allah saja yang tau. Rasa berat je kepala. Terasa macam setongkol darah berhimpun kat depan kepala. Huhu..
Sakitnya....Allah saja yang tau. Ya Allah....
Tapi sebagai hambaNya kita redha je atas pemberianNya. Sebolehnya mengelak daripada mengeluh. Pesan orang2 alim jangan sesekali mengeluh bila musibah menimpa. Perbanyakkan istighfar...
Makin dekat nak tutup sekolah makin banyak keje yang tak beres bila dicheck. Tahun ni, kerja abi tak menentu sikit al maklumlah dapat ahli baru dalam keluarga. Allah berikan satu hadiah istimewa untuk kami sekeluarga. Ahmad Affan Hakimi. Bila balik rumah tak dapat pegang lagi sebarang kerja sekolah. Mesti fokus pada Affan dan ummi. Tak boleh nak berikan pada ummi sorang2 yang jaga baby.
Siang harinya abi terpaksa turun kerja lagi. Bikin majalah sekolah bersama 2 orang student. Abi mintak pertolongan diorang tu supaya jangan balik kampung lagi. Berkampunglah diorang tu kat SAIS selama 4 hari. Alhamdulillah Allah mudahkan kerja buat abi untuk sekolah.
bersama syafiqah dan Anis dalam perjalanan ke kedai makan. makan tengahari disponser oleh Abi Muza!
7 hours ago
No comments:
Post a Comment