Post yang lepas,abi bercerita tentang suami penyabar. Kali ni nak citer pulak pasal suami yang pemarah. Bila dengar jer pasal suami pemarah,rata2 isteri takkan kata nak kepada suaminya yang macam tu.
Nak citer lagi ni pasal suami yang pemarah. Biasanya orang yang suka marah2 ni adalah orang yang tak dapat tahan SABAR. Bila ada jer masalah di hadapannya, terus dia melenting dan marah. Kalau dia seorang suami, pantang isteri buat salah atau ada yang tak berkenan di hatinya terus kena marah.Huhu....memang malang la kalau si isteri dapat suami macam ni.
Bukan setakat dimarahi tapi dimaki hamun lagi. Tak cukup dengan maki hamun dipukul lagi. Ishhhh...Dia ingat isteri ni tempat lepas geram ker???? atau dia ingat isteri ni punching bag boleh dipukul sesuka hati????
Wahai si suami ingat lah.....isterimu adalah amanat Allah untukmu. Dia ada hak yang sepatutnya kamu jaga dan beri. Tunaikanlah haknya.Jangan sakiti hatinya,emosinya serta fizikalnya. Nak cederakannya jauh sekali tidak boleh. Haram!
Sebaik2 suami adalah Rasulullah SAW. Contohilah baginda. Perhalusi sunnah baginda dalam rumah tangga.Dalami pergaulan baginda dengan isteri2 baginda....Cedoklah daripada baginda sunnah berumah tangga inshaAllah rumah tangga kita akan selamat.
7 hours ago
No comments:
Post a Comment