Tuesday, December 31, 2019

TAHUN 2020 / 1441

Tahun baru, cerita baru, lembaran baru dan semua nya baru...

Moga kita semua dirahmati Allah dan dilindungi olehNya. Amin.

Dengar2 kabar angin belakang tabir, banyak perkara yang pelik2 akan berlaku di tahun 2020 ni. Tengok angka pun dah nampak canggih dan hebat. Apa yang peliknya???apa yang canggihnya ??Kita tunggu dan lihat lah nanti.

Dunia sekarang dah berada di akhir zaman kan? Atau ada yang masih tak tau lagi?Masih menjangkakan bahawa akhir zaman tu lambat lagi.

Sesiapa yang tak percaya tu, cuba2 lah dengar ceramah agama dari Pak2 Ustaz Indonesia. Banyak kupasan tentang dunia akhir zaman ni. Boleh dengar juga Ustaz Zulkifli Mohd Ali, Ustaz Rahmat Baaequni, Ustaz Ihsan dan lain2 lagi.

boleh cuba klik link di bawah

https://www.youtube.com/watch?v=y-H_gFdH3MA

https://www.youtube.com/watch?v=yxloSTTMgrg

https://www.youtube.com/watch?v=z-Gey4LGLKY

Saturday, September 28, 2019

Siapakah perempuan Statue Of Liberty ?



SIAPAKAH WANITA YG MENJADI STATUE OF LIBERTY DI AMERIKA????
Ia sebenarnya adalah Dewi ISHTAR (EASTER) atau dikenali dengan pelbagai nama INANNA, VENUS, ASTHORETH, ISIS, ASTARTE, ASTAROTH.
DEWI ISHTAR ini adalah Ketua Dewi Dewi (JIN) dan merupakan anak kepada Ketua Jin bernama ANUNAKI 3000 sebelum Masihi di zaman BABYLON / SUMERIA (IRAQ)
Dewi Ini dikenali SEBAGAI DEWI PERANG, DEWI KEBEBASAN DAN DEWI SEKS BEBAS semasa Empayar BABYLON DAN SUMERIA. Dia juga Dikenali sebagai PEEMAISURI SEMIRAMIS (SUMERIA) .
Dia dikenali sebagai PELACUR SUCI kerana tugasnya adalah memilih RAJA UNTUK BABYLON (IRAQ) dengan menjalankan hubungan Seks dengan Bakal Bakal Raja. Sesiapa yang tidak dapat memuaskannya akan dibunuh dan siapa yang hebat di ranjang akan dilantik menjadi RAJA. Maksudnya Dia juga yang Memilih Raja Namrud , kerana Dewi Ini dipercayai wujud dizaman itu.
DEWI ISHTAR JUGA MEMPERKENALKAN SEKS SUCI iaitu PERSETUBUHAN SUCI BERSAMA PADERI, IMAM, ATAU KETUA AGAMA UNTUK MENYUCIKAN DOSA ATAU SEBAGAI PEMBERIAN UNTUK SESUATU HAJAT SEPERTI MEMINTA KESUBURAN TANAMAN, KESELAMATAN KAMPUNG ETC. INI JUGA ASAS PADA KONSEP BLOOD SUGAR SEX MAGIC , IAITU PERSETUBUHAN SUCI BERDASARKAN SIHIR UNTUK MENJAGA HATI DEWA DEWI - (konsep Puteri Ronggeng di Jawa - dimana sesiapa boleh bersetubuh dengan Penari Ronggeng dengan membayar beliau demi untuk menyelamat dan mensejahterakan kampung dan tanaman)
Ia juga dijadikan SIMBOL RATU ILLUMINATI YANG MEMBAWA CAHAYA KEPADA DUNIA. (ENLIGHTMENT) kerana kekuasaannya melalui kekejaman dan seks (dunia). 7 PAKU DI KEPALANYA ADALAH LAMBANG 7 BENUA YG DIKUASAINYA DAN 7 KESAKTIAN YG DIGUNAKAN OLEH ILLUMINATI UNTUK MEMERINTAH DUNIA (7 Dosa Besar Kristian : Tamak, Dengki, Nafsu, Lahap, etc)
Buku yg dipegang Patung ini pula melambangkan semua agama agama dunia akan disatukan menjadi 1 kitab : ONE RELIGION. Satu sahaja agama dunia. OBOR PULA ADALAH SIMBOL CAHAYA (ILLUMINATION - ENLIGHTMENT) atau Kemajuan yang akan dibawa menerangi manusia.
Ia juga lambang KEGHAIRAHAN, SEKS DAN SEDUCTION (MEMPENGARUHI MELALUI SEKSUAL) - KERANA Dewi Ini pandai memainkan situasi dan manipulasi melalui seks dan nafsu kepada dunia sebwlum menjahanamkan mangsanya.
Bayangkan - INILAH SEBENARNYA KONSEP MENTALITI AMERIKA, YAHUDI, BRITISH DAN ISRAEL

c n p : diary pejuang syahadah

Tuesday, September 10, 2019

bahaya nya Fluorida

Aku nak share dengan korang semua pasal fluorida yang diguna pakai dalam industri ubat gigi kita pada hari ini. Mungkin ramai yang dah tau dan mungkin juga ramai yang tak tau. Yang dah tau tu dah bertukar ker?
Ok lah jom baca apa yg Aflin Shauki kongsi kan dengan kita, hasil dialog nya dengan Mr Christopher. 



Tuesday, August 27, 2019

selamat kembali para hujjaj

Assalamualaikum wbth...

Alhamdulillah dapat bersua kembali di alam maya ini setelah sekian menyepi. Bukan tak seronok berblog ni tapi akibat terlalu sibuk dan mengutamakan perkara yang lebih utama daripada yang lain. Saya suka berblog kerana di situlah saya meluahkan dan melahirkan perasaan saya terhadap sesuatu. Maaf bukan menulis untuk menunjuk-nunjuk.

Ok, kita masih lagi di bulan Zulhijjah bulan yang penuh keberkatan dan dirahmati Allah selain daripada bulan Ramadhan Al Mubarak. Kepada para hujjaj (haji) yang baru sahaja pulang daripada tanahair saya ucapkan selamat kembali, semoga anda mendapat haji yang mabrur, umrah yang diterima, saie yang disyukuri dan perniagaan yang menguntungkan.

Seperkara nak sebut di sini bila kita bergelar @ bertitle "haji", kita jagalah adab2 nya kerana kita sudah pun dibersihkan daripada segala noda dan dosa oleh Allah SWT. Jangan cemari lagi hidup kita ini dengan perkara2 yang menyebabkan kemungkaran daripada Allah SWT.

Bukankah di sana semasa manasik al haj kita diwajibkan untuk melontar batu2 Jamrah. Lontaran itu adalah sebagai simbolik bahawa kita bencikan segala peeil perangai syaitan dengan segala macam sifat mazmumahnya. Jadi sekembalinya kita ke tanahair, jangan diulangi lagi episod2 maksiat yang telah dilakukan pada zaman2 dulu. Sesungguhnya anda telah bersih seperti mana seorang bayi yang baru lahir daripada perut ibunya.

wallahua'lam.. jumpa lagi pada next entry.

Tuesday, July 16, 2019

Produk Jenama Wan

Pernah dengar jenama Wan? Saya pun baru kali pertama dengar jenama Wan ni. Tu pun setelah berhempas pulas mencari minyak wangi untuk dibeli.

Selepas satu website ke satu website saya explore, akhirnya saya dipertemukan dengan jenama ni. Saya rasa ada sesuatu yang menarik tentang produk ni. Ye memang betul ada yang menarik. Tidak dinafikan, ada juga produk lain yang tidak kurang juga hebatnya.

Antara kelebihan produk Wan ni adalah:

  • Harganya murah
  • mesra solat
  • senang dibawa (letak dalam poket/handbag)
  • tahan lama 
  • pati asli
  • bauan yang diinspirasi dari jenama antarabangsa
ihsan dari google


yang ni adalah tuan punye produk. Mr Wan!

kepada yang berminat untuk memiliki perfume ni, bolehlah wasap kepada saya 013 8361203. Orang sekitar Setiu saya boleh COD, jika tak jauh dari rumah saya.

Dan jika berminat nak jadi pengedar pun boleh. Harga nak jadi ejen @ pengedar adalah serendah RM27. 

Saturday, June 29, 2019

Hook Folder Locker



Tau tak camner nak lock atau kunci folder??? Mana la tau kot2 nak privacy supaya orang lain tak dapat baca yang kita punya.

Abi syorkan pada anda supaya mendownlod perisian percuma ni " Hook Folder Locker ".
Boleh klik link ini jika mahu

https://sourceforge.net/projects/hookfolderlocker/

Amat mudah untuk menggunakannya. Lepas download, run aplikasi tu. akan keluar seperti gambar di atas. Klik browse untuk cari fail yang nak di lock. lepas tu cipta lah password. Untuk membukanya semula, run kan lagi apps tu dan klik unlock.

Selamat mencuba.

Fitnah

Zaman sekarang zaman fitnah. Majoriti ulamak sepakat mengatakan zaman ini zaman fitnah. Bila sebut fitnah maknanya ialah ujian. Ya, banyak ujian pada zaman ini.

Sehinggalah digambarkan oleh Nabi Muhammad SAW bahawa fitnah itu akan menemui kita seolah2 ianya berada dalam keadaan gelap gelita. Maknanya ialah datangnya fitnah itu tanpa kita sedari bahawa ianya adalah fitnah. Seperti diumpamakan seekor ular yang hitam sedang berjalan dalam gelap tanpa kita sedari. Walhal ular itu amat berbisa.

Fitnah itu datang daripada pelbagai sudut. Hanya orang yang celik hatinya sahaja yang dapat mengecamnya. Orang yang celik hatinya dan diberikan petunjuk Ilahi kepadanya.

Ramai orang mampu berkata zaman ini zaman fitnah tapi dia tak sedar bahawa dia sudah terkena fitnah yang amat dahsyat. Sebagai contohnya, jika memiliki hp jangan sampai ia boleh bawa fitnah kepada diri kita. Yang dikatakan boleh bawa fitnah itu adalah kita senantiasa bersamanya. Mengadap hp berjam2 tanpa melakukan aktiviti lain.

Aplikasi demi aplikasi dalam hp kita buka. Berbual dengan kawan2 satu group berjam2. Lepas tu buka pulak telegram.Berbual kat situ pulak. Rasa puas membawang kat situ buka pulak FB....baca posting kawan2...lama kat situ pulak. Pendek kata masanya habis di hp.

Itulah dikatakan fitnah.Memang dah terkena fitnah. Banyak lagi lah contoh2 lain. Nanti abi akan tulis semula.

Sunday, June 16, 2019

ngomong2

Alhamdulillah...puasa sebulan dah habis. Perut dah boleh merdeka semula,
Perut dah mengenali makanan dan minuman yg best2 dan yg pastinya siap untuk disumbat dan dihumban.
Zahirnya begitu lah....Tapi belum tentu dapat masuk dan sumbat semuanya. Alahai perut.

JIka bulan puasa, Iblis dan syaitan dibelenggu dengan erti kata lain mereka tiada POWER untuk menggoda hamba Allah yg berpuasa. Tapi bila dah berakhirnya Ramadan ni, siap lah korang semua. Korang jangan ingat korang kuat. Ada masanya korang akan jadi lemah. So, hati2 lah...


Wednesday, May 15, 2019

Selamat Hari Guru @ Eidul Mua'llimin


Hari ni 16 Mei adalah Hari Guru bagi rakyat Malaysia. Namun pada hari ini abi bersama rakan2 pendidik yang lain tiada sambutan di peringkat sekolah. Ini kerana kami sudah menyambut awal lagi sambutan Hari Guru ini di peringkat sekolah sebelum kedatangan Ramadhan Al Mubarak.

Di Setiu, kebanyakan sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru ini sebelum tibanya Ramadhan Al Mubarak ini.

Tema ??? Selalunya bila tiba aje hari guru orang akan bertanyakan tema apa???Pakaian apa nak dipakai? Costum apa yang mahu dicari ?

Tema di SAIS ni adalah tema Pakaian Pengantin Tradisional...

Kalau korang datang ke SAIS ni korang boleh tengok lah macam mana cikgu2 SAIS memperagakan pakaian pengantin mereka. Tapi abi pada hari tersebut hanya berpakaian baju Melayu dan songket sahaja. Santai dan bersahaja!

Monday, May 13, 2019

Jin mengucap 2 kalimah syahadah

Dalam suatu proses rawatan, seorang pesakit telah mendengar audio ruqyah syariyyah melalui You Tube, Syeikh Rasyid Mishari. Sebaik sahaja diperdengarkan bacaan ayat2 suci Al quran maka si pesakit pun terus taksedarkan diri.

Dalam tak sedar diri itulah, jin telah menunjukan reaksinya dalam keadaan kesakitan. Ya, sakit. Jin pun akan terkesan juga bila diperdengarkan dengan ayat suci walaupun ia sekadar audio.

Setibanya pada ayat surah Al Jin, maka kedengaran daripada mulut pesakit tersebut kalimah syahadah. Beberapa kali diulang nya kalimah syahadah tersebut. Abi fikir ada di kalangan mereka yang bukan Islam telah masuk Islam. Ataupun yang dah Islam tapi memperbaharui syahadah mereka.

Wallahu a'lam sesuatu yg susah utk dijangka sebabnya ianya adalah di alam ghaib.

Dakwah & Surau tugas siapa?

Alhamdulillah puji dan syukur atas segala nikmat yang diberikan olehNya kepada kita semua. Khususnya nikmat Iman ke atas diri kita.

Kedengaran kata2 yang tak manis didengar bagi abi ialah ustaz dan ustazah lah yang sepatutnya menggerakkan surau dan bukannya orang lain (cikgu). Bagi abi ia adalah satu pandangan atau pemahaman yang salah tentang konsep dakwah itu sendiri. Siapakah penggerak ???

Kalau dilihat dari segi kaca mata Islam dakwah itu adalah kerja semua orang baik dia ustaz atau pun tidak. Dakwah itu adalah kerja mengajak kepada Islam, menyeru kepada yg makruf dan mencegah yang mungkar. Jadi itu kerja semua orang Islam tanpa melihat kepada latar belakang.

Semua daripada kita ini adalah layak untuk berdakwah tetapi dengan cara yang pelbagai. Ada yang berdakwah dengan lisan seperti berceramah sana sini. Ada juga yang melalui penulisan seperti menulis tentang islam dalam blog, fb, tweeter dan lain2 lagi. Ada yang berdakwah melalui seni seperti lakonan. Dan banyak lagi kerja2 dakwah yang kita boleh masuk dan ceburi. Pendek kata nak atau tak nak sahaja.

Bila kita dah tau dakwah itu tugas siapa maka tak timbullah siapa yang akan jaga surau. Dengan erti kata lain siapa yang nak imarah/menghidup kan surau. Setiap daripada kita lah yang mukallaf sepatutnya memainkan peranan. Bukannya terletak atas bahu ustaz/zah sahaja. Kalau letak ataz bahu ustaz/zah sahaja berapa keratkah mereka yg ada???

Dalam organisasi sekolah, jika setiap guru memainkan peranannya dalam "berdakwah" kepada murid2, abi yakin dan percaya murid2 akan terkesan dan terdidik dengan sendirinya. Berdakwah itu bukannya bagi tazkirah sahaja tetapi dakwah bil hal itu pun suatu yg penting juga. Dakwah bil hal itu adalah tingkah laku dan perangai yang baik.

Jadi, marilah para guru / pendidik kita sama2 gemblengkan tenaga demi dakwah Islam untuk anak2 didik kita. Dengan dakwah yg kita lakukan ini abi percaya akan turunnya rahmat Allah ke atas anak2 murid tersebut. Bila mana turunnya rahmat, inshaAllah akan turunnya kejayaan dan kecemerlangan.

Jom geng kita berdakwah!

Saturday, May 11, 2019

Ais dan zikir hasbunallah

Sekadar perkongsian cerita lama khususnya buat anak2 abi yang kemungkinannya akan berkecimpung dalam dunia rawatan Islam dan gangguan makhluk halus.

Dalam rawatan abi terhadap pesakit yang kerasukan jin mahupun iblis, adakalanya abi menggunakan ais. Ye, ais atau bahasa kampungnya air batu. Abi menggunakan ais manik (biji2 ketul).

Ais tadi abi titiskan pada pesakit atau direnjiskan pada pesakit sambil berzikir dengan lafaz                " Hasbunallah". berulang kali dibuat / direnjiskan air itu ke muka pesakit atau kaki.

Akibatnya jin yang terkena ais tadi akan meraung kesakitan dan menjadi lemah. Dan jika diizinkan Allah SWT jin @ iblis tersebut akan keluar akibat sakit.

Semua yang baik tu adalah dengan kehendak Allah belaka.

Abi & Ramadhan 1440 H



Firstly, nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak kpd pengunjung blog cerita abi. Alhamdulillah hari ni dah masuk hari yang ke 7 kita berpuasa. Apa khabar puasa korang semua???

Tahun ni dah masuk tahun ke 8 berpuasa di Setiu. A;hamdulillah dengan rahmat dan inayahNya abi dan anak2 dapat berbuka bersama ibu dan ayah tersayang di Tanah Merah. Kalau 8 tahun sebelum tu, abi di Miri akan rasa terkilan kerana kami tak sempat nak berbuka dan bersahur bersama ibu ayah di kampung.

Allah tu Maha Kasih dan Penyayang kpd hambaNya, doa abi untuk hidup dan bekerja dekat dengan rumah ibu ayah telah Allah maqbulkan. Hampir setiap Ramadhan kami dapat berkumpul. Begitu juga dengan ketibaan Syawal, dapat disambut meriah secara besar2an di kampung.

Sudah takdir akan adanya mereka yang berjauhan akan didekatkan oleh Rabb. Semua nya bergantung kepada keikhlasan berdoa. Berdoa lah pasti Dia akan mendengar dan memaqbulkan setiap doa kita. Dia lah Yang Maha Mendengar!

Kesempatan Ramadhan kali ni, perbanyakkan doa. Yang penting istiqamah dalam doa. Mintalah yang baik2. Pasti akan ada maqbulnya.


Tuesday, March 5, 2019

lembaga di tepi katil

Pagi tadi semasa masuk kelas nak mengajar, tetiba kedengaran suara dari seorang pelajar...." ustaz, si ***** malam tadi nampak hantu kat tepi katil dia".

Macam mana dia nampak tu??? Dia buat apa2 tak?? tanya abi.

Sebelum dia tidur tu, dia main macam buat2 takut gitu...dalam benak fikiran abi dia bercerita hantu lah tu.

Masa dia nak tidur, dia nampak lembaga tu berdiri tepi katilnya...

Tu lah korang, sembang kencang sangat pasal hantu. hantu @ jin tu macam kita juga lah. Diorang ada telinga dan ada perasaan. Ada yang baik dan ada yang nakal. Kemungkinan yang nakal tu lah yang ganggu kamu tu.

Lain kali jangan lah bersembang pasal mereka kalau penakut. Baik sembang pasal kapal terbang ke...jet ke...kungfu ke...tak la berhantu...

Perlu dingatkan tempat ni masih lagi keras!

So, nak tidur pastikan baca 3 Qul lalu ditiupkan ke telapak tangan dan disapu pada seluruh anggota badan. InshaAllah kamu akan selamat dari gangguan makhluk halus.

gambar ehsan dari google




Monday, January 28, 2019

Bos baru @ pengetua


Ni gambar bos baru aku, Cikgu Zan Nain Bin Senin. Orang Johor. Sekolah lama dulu sebelum masuk SAIS adalah SMK Pelong.

Selamat datang Cikgu Zan. Ahlan wa sahlan.

Sepatutnya posting ni awal2 dulu lagi aku dah siar tapi memandangkan masa yang tak mengizinkan. Takpe lah lagipun ni bukan web rasmi sekolah. Ni web peribadi aku dan suka hati aku lah nak tulis apa2 pun dan bila2 masa.

Lastly, selamat bertugas di  SAIS buat Cg Zan Nain. Kami mengalu2alukan kedatangan anda.

bukan kerja aku lagi

Tahun 2019 adalah tahun yang aku rasa sedikit lega dan boleh menarik nafas sedikit berbanding tahun2 lepas. Tahun lepas nak bernafas pun sekok dan ssumbat.

Tahun ni aku dah tak pegang apa2 AJK dalam majalah sekolah lagi. Dah bebas@freedom. Kata orang macam dah terlepas hutang 1000. Ni yang aku duk tunggu selama ni. Aku ni spesis yang susah nak bersuara bila ada rasa tak puas hati. Bukan jenis aku la jaja sana sini. Paling komang pun aku akan tulis dalam blog ni ataupun dalam twitter.

Tu lah caranya aku melepas perasaan aku. Aku menulis tapi bukan berkarya. Berkarya jauh sekali sebab aku bukan orang seni.

Tahun ni aku kena lebih fokus kepada Panitia Bahasa Arabku. Banyak sangat fail yang belum terbuat. Tiap2 tahun aku jadi lemah semangat bila sebut tentang fail panitia. Ye lah aku sendiri pun tau, aku takdang tangan untuk membuat itu semua.

Begitu juga dengan tugasan yg lain, selaku guru penasihat Persatuan Bahasa Arab dan Timbalan Setiausaha BADAR.

Rasa macam pembahagian tugas tahun ni lebih adil berbanding tahun sebelumnya. Syukur!

Tuesday, January 8, 2019

Bertemu kembali di 2019

Assalam rakan2....

Bertemu kembali di tahun 2019. Alhamdulillah masih lagi diberikan kesihatan tubuh badan untuk mengabdikan diri kepada Si Pencipta. Begitu juga dapat menjalani rutin harian di tahun baru seperti tahun2 sudah.

Bagaimana dengan tahun 2018 anda???

Tentu banyak pahit dan manisnya.  Yang pahit tu jadikan teladan dan sempadan. Yang manis tu jadikan memori terindah dalam kamus kehidupan anda. Sweet memories gitewwww!

Perjalanan seseorang tak sama dengan seseorang yang lain walaupun ianya adik  beradik dan sebumbung rumah. Hari2 yang sudah berlalu tak sama dengan hari2 yang mendatang. Kita mampu untuk merencanakan hari esok tapi belum tentu kita diizinkan olehNya untuk melaluinya.

Kita mampu untuk merancang sebanyak mana kebaikan yg ingin dibuat tapi belum tentu Allah izinkan kesemuanya.

Semuanya tertakluk pada qadak qadar Allah yang tertulis.
wallahua'lam.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.