
Monday, June 30, 2008
Ini dia Saiful Bukhari

Anwar berlindung di Turki
Anwar ditahan polis
Sunday, June 29, 2008
Suami Isteri
pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari
untuk menanggung keluarga.
Satu malam ~~~~ Mat berdoa,'Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu
supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk
sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah'
Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun
saja dari tidur, dia ber gegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak
dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu,
kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan
bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang
dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.
Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak
bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.
Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor
sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.
Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapakan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu
cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi.
Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...
Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,'Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku
selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja'
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,'Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali....'
Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
...Beranaaak? ??....... Waaaaaa.. tak
nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaak kkkk...!! !
~~~~~ 'Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??' Sergah satu suara di sisinya.
Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,'Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??
'Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni.....'
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Nab terkedu , terlopong dan jadi bisu
seharian melihat gelagat suaminya.... .....
Anak oh anak (part I)
Sudah hampir seminggu anakku,Wildan tak mahu pergi ke sekolah. Puas sudah abi dan ummi pujuk untuk pergi ke sekolah pun dia tak mahu juga. Aku masih ingat kali terakhir aku pujuknya, aku katakan padanya bahawa akan ku belikan keropok untuknya.
Selepas tamat sesi persekolahannya,lantas ku pergi ke kedai cina yang berhampiran dengan rumahku dan ku belikan twisties untuknya. seronoknya tak terkata kerana aku belikan twisties untuknya. Esok harinya, kejadian yang sama berulang lagi....dia tak mahu ke sekolah. Puas aku pujuk tapi dia tetap tak mahu juga.
Sekian lama dia tak pergi ke sekolah, lalu pada suatu hari ummi tanya dia. "Kenapa wildan tak mau ke sekolah?ada orang kacau wildan ko ? " tanya ummi. "wildan sik mauk pegi sekolah Syafiq pukul "
Rupa-rupanya baru aku tau sebab apa dia tak mau ke sekolah. Ada orang kacau dia.
Saturday, June 28, 2008
kerana minyak ?
Kali ini aku nak cerita 2 kisah yang berlainan sepanjang aku duty warden (28 Jun) yang lepas. Kebiasaannya selepas perjumpaan ibubapa dan guru serta pelajar, ibubapa dibenarkan oleh pihak sekolah untuk membawa anaknya keluar (outing) sekejap. Sebelum jam 5 mesti masuk semula ke sekolah.
Kisah 1:
Bapa : boleh tak saya bawa keluar untuk bermalam dengan anak saya hari ni ?
(bapa ni masuk tanpa beri salam ke dalam bilik warden)
Aku : Maaf bang ! sebenarnya hari ini bukannya waktu bermalam bagi pelajar. Lagi pun hari ini kita benarkan untuk outing saja. Outing itu pun memang takde dalam jadual sebenarnya. Ini hanyalah ihsan daripada kita saja.
Bapa : saya datang dari jauh ni (dari Bintulu). Tolong consider sikitlah dan sekarang ni pun MINYAK dah mahal. (dengan nada yang sedikit tinggi + muka masam)
Aku : bang, sebenarnya waktu bermalam kita dah tetapkan dalam jadual dan minggu depan kita benarkan pelajar balik.
(kalau nak ikutkan hati aku, ini jawapan sebenarnya aku smash dia : “buat apa datang jauh-jauh, jangan datang lagi baik.
Bapa : itu hanya atas kertas dan undang-undang saja bah! Kita dapat ubah itu semua …
Aku : kalau begitu abang pergi jumpa pengetua ajelah. Saya hanya orang yang menurut perintah daripada atasan. Itu saja had kuasa saya yang ada. Kalau saya berikan pada abang, apa kata orang lain pulak. Mereka pun nak bermalam jugak! Pergilah jumpa pengetua lagi senang.
Masa itu pun aku tengah ‘hot’ jugak dan aku memang tak nak layan dia lagi. Buang Karen aku je layan orang macam ni yang tak reti bahasa. Itulah kita macam perumpamaan ni “diberikan betis nak peha”, “diberikan ikan nak ayam”, “diberikan RM 10 nak RM 1000” dan macam-macam lagilah…
Ikutilah dan teruskan pembacaan kisah 2 (terjadi pada hari yang sama- lebih kurang 10 minit selepas kisah 1 berlalu)
Kisah 2:
Bapa: assalamu’alaikum.
Aku : wa’alaikumussalam…
Bapa : boleh tak saya bawa anak saya bermalam pada hari ini. Lagipun saya datang dari Limbang ni.
Aku : bang, sebenarnya hari ini kita benarkan ibubapa bawa pelajar saja untuk outing dan tak benarkan bermalam. Minggu depan kita benarkan pelajar bermalam. Lagipun hari ni memang tidak ada outing sebenarnya.
Bapa : takpelah kalau begitu saya AKUR dengan pihak sekolah dan saya bawa anak saya keluar sajelah. Terima kasih.
Aku : sama-sama bang.
Selepas berlakunya dialog dengan bapa yang kedua tadi,hatiku yang belum lagi turun “darjah kepanasannya” tiba-tiba menurun sedikit demi sedikit kerana rasa sayu muamalat yang ditonjolkan oleh bapa tadi.
Memang begitulah dan seharusnya berlaku pada seorang bapa. Sentiasa berlapang dada dan menunjukkan sikap yang positif (tidak melawan / tidak meninggikan suara) apabila bercakap. Kalau kita menunjukkan sikap yang biadab depan anak kita, makatidak hairanlah suatu hari nanti anak kita akan biadab juga dan mungkin PETALA lebih besar lagi akan biadab dan derhaka dengan kita .
Sekian untuk renungan bersama.
Friday, June 27, 2008
Aku sebiji bola

aku diperbuat daripada macam-macam jenis. daripada plastik ada, daripada getah pun ada.
Tapi aku kesian melihat orang sanggup buat apa saja keranaku...- mereka sanggup menunggu seawal jam 4 petang untuk melihat aksiku di padang tanpa menghiraukan solat.
- mereka sanggup mempertaruhkan duit untuk melihat aku disumbat masuk ke dalam gol.
- mereka sanggup bergaduh keranaku.
- mereka sanggup bersengkang mata keranaku jam 2 pagi hingga 5 pagi sedangkan sebelum tiba musimku mereka tak pernah pun bersengkang mata di hadapan Allah pada saat begitu.
- mereka sanggup untuk meninngalkan anak bini semata-mata keranaku walaupun hanya beberapa malam.
- mereka sanggup membeli tiket yang mahal keranaku sedangkan untuk bersedekah jauh sekali dengan jumlah itu.
- mereka sanggup meninggalkan solat subuh keranaku.
- mereka sanggup berteriak dan melolong macam orang gila bila aku masuk gol.





4 Golongan manusia akhir zaman