Kali ini aku nak cerita 2 kisah yang berlainan sepanjang aku duty warden (28 Jun) yang lepas. Kebiasaannya selepas perjumpaan ibubapa dan guru serta pelajar, ibubapa dibenarkan oleh pihak sekolah untuk membawa anaknya keluar (outing) sekejap. Sebelum jam 5 mesti masuk semula ke sekolah.
Kisah 1:
Bapa : boleh tak saya bawa keluar untuk bermalam dengan anak saya hari ni ?
(bapa ni masuk tanpa beri salam ke dalam bilik warden)
Aku : Maaf bang ! sebenarnya hari ini bukannya waktu bermalam bagi pelajar. Lagi pun hari ini kita benarkan untuk outing saja. Outing itu pun memang takde dalam jadual sebenarnya. Ini hanyalah ihsan daripada kita saja.
Bapa : saya datang dari jauh ni (dari Bintulu). Tolong consider sikitlah dan sekarang ni pun MINYAK dah mahal. (dengan nada yang sedikit tinggi + muka masam)
Aku : bang, sebenarnya waktu bermalam kita dah tetapkan dalam jadual dan minggu depan kita benarkan pelajar balik.
(kalau nak ikutkan hati aku, ini jawapan sebenarnya aku smash dia : “buat apa datang jauh-jauh, jangan datang lagi baik.
Bapa : itu hanya atas kertas dan undang-undang saja bah! Kita dapat ubah itu semua …
Aku : kalau begitu abang pergi jumpa pengetua ajelah. Saya hanya orang yang menurut perintah daripada atasan. Itu saja had kuasa saya yang ada. Kalau saya berikan pada abang, apa kata orang lain pulak. Mereka pun nak bermalam jugak! Pergilah jumpa pengetua lagi senang.
Masa itu pun aku tengah ‘hot’ jugak dan aku memang tak nak layan dia lagi. Buang Karen aku je layan orang macam ni yang tak reti bahasa. Itulah kita macam perumpamaan ni “diberikan betis nak peha”, “diberikan ikan nak ayam”, “diberikan RM 10 nak RM 1000” dan macam-macam lagilah…
Ikutilah dan teruskan pembacaan kisah 2 (terjadi pada hari yang sama- lebih kurang 10 minit selepas kisah 1 berlalu)
Kisah 2:
Bapa: assalamu’alaikum.
Aku : wa’alaikumussalam…
Bapa : boleh tak saya bawa anak saya bermalam pada hari ini. Lagipun saya datang dari Limbang ni.
Aku : bang, sebenarnya hari ini kita benarkan ibubapa bawa pelajar saja untuk outing dan tak benarkan bermalam. Minggu depan kita benarkan pelajar bermalam. Lagipun hari ni memang tidak ada outing sebenarnya.
Bapa : takpelah kalau begitu saya AKUR dengan pihak sekolah dan saya bawa anak saya keluar sajelah. Terima kasih.
Aku : sama-sama bang.
Selepas berlakunya dialog dengan bapa yang kedua tadi,hatiku yang belum lagi turun “darjah kepanasannya” tiba-tiba menurun sedikit demi sedikit kerana rasa sayu muamalat yang ditonjolkan oleh bapa tadi.
Memang begitulah dan seharusnya berlaku pada seorang bapa. Sentiasa berlapang dada dan menunjukkan sikap yang positif (tidak melawan / tidak meninggikan suara) apabila bercakap. Kalau kita menunjukkan sikap yang biadab depan anak kita, makatidak hairanlah suatu hari nanti anak kita akan biadab juga dan mungkin PETALA lebih besar lagi akan biadab dan derhaka dengan kita .
Sekian untuk renungan bersama.
No comments:
Post a Comment