18 hours ago
Sunday, June 29, 2008
Anak oh anak (part I)
Sudah hampir seminggu anakku,Wildan tak mahu pergi ke sekolah. Puas sudah abi dan ummi pujuk untuk pergi ke sekolah pun dia tak mahu juga. Aku masih ingat kali terakhir aku pujuknya, aku katakan padanya bahawa akan ku belikan keropok untuknya.
Selepas tamat sesi persekolahannya,lantas ku pergi ke kedai cina yang berhampiran dengan rumahku dan ku belikan twisties untuknya. seronoknya tak terkata kerana aku belikan twisties untuknya. Esok harinya, kejadian yang sama berulang lagi....dia tak mahu ke sekolah. Puas aku pujuk tapi dia tetap tak mahu juga.
Sekian lama dia tak pergi ke sekolah, lalu pada suatu hari ummi tanya dia. "Kenapa wildan tak mau ke sekolah?ada orang kacau wildan ko ? " tanya ummi. "wildan sik mauk pegi sekolah Syafiq pukul "
Rupa-rupanya baru aku tau sebab apa dia tak mau ke sekolah. Ada orang kacau dia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment