Monday, June 30, 2008
Ini dia Saiful Bukhari
Anwar berlindung di Turki
Anwar ditahan polis
Sunday, June 29, 2008
Suami Isteri
pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari
untuk menanggung keluarga.
Satu malam ~~~~ Mat berdoa,'Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu
supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk
sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah'
Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun
saja dari tidur, dia ber gegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak
dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu,
kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan
bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang
dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.
Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak
bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.
Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor
sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.
Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapakan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu
cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi.
Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...
Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,'Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku
selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja'
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,'Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali....'
Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
...Beranaaak? ??....... Waaaaaa.. tak
nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaak kkkk...!! !
~~~~~ 'Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??' Sergah satu suara di sisinya.
Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,'Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??
'Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni.....'
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Nab terkedu , terlopong dan jadi bisu
seharian melihat gelagat suaminya.... .....
Anak oh anak (part I)
Sudah hampir seminggu anakku,Wildan tak mahu pergi ke sekolah. Puas sudah abi dan ummi pujuk untuk pergi ke sekolah pun dia tak mahu juga. Aku masih ingat kali terakhir aku pujuknya, aku katakan padanya bahawa akan ku belikan keropok untuknya.
Selepas tamat sesi persekolahannya,lantas ku pergi ke kedai cina yang berhampiran dengan rumahku dan ku belikan twisties untuknya. seronoknya tak terkata kerana aku belikan twisties untuknya. Esok harinya, kejadian yang sama berulang lagi....dia tak mahu ke sekolah. Puas aku pujuk tapi dia tetap tak mahu juga.
Sekian lama dia tak pergi ke sekolah, lalu pada suatu hari ummi tanya dia. "Kenapa wildan tak mau ke sekolah?ada orang kacau wildan ko ? " tanya ummi. "wildan sik mauk pegi sekolah Syafiq pukul "
Rupa-rupanya baru aku tau sebab apa dia tak mau ke sekolah. Ada orang kacau dia.
Saturday, June 28, 2008
kerana minyak ?
Kali ini aku nak cerita 2 kisah yang berlainan sepanjang aku duty warden (28 Jun) yang lepas. Kebiasaannya selepas perjumpaan ibubapa dan guru serta pelajar, ibubapa dibenarkan oleh pihak sekolah untuk membawa anaknya keluar (outing) sekejap. Sebelum jam 5 mesti masuk semula ke sekolah.
Kisah 1:
Bapa : boleh tak saya bawa keluar untuk bermalam dengan anak saya hari ni ?
(bapa ni masuk tanpa beri salam ke dalam bilik warden)
Aku : Maaf bang ! sebenarnya hari ini bukannya waktu bermalam bagi pelajar. Lagi pun hari ini kita benarkan untuk outing saja. Outing itu pun memang takde dalam jadual sebenarnya. Ini hanyalah ihsan daripada kita saja.
Bapa : saya datang dari jauh ni (dari Bintulu). Tolong consider sikitlah dan sekarang ni pun MINYAK dah mahal. (dengan nada yang sedikit tinggi + muka masam)
Aku : bang, sebenarnya waktu bermalam kita dah tetapkan dalam jadual dan minggu depan kita benarkan pelajar balik.
(kalau nak ikutkan hati aku, ini jawapan sebenarnya aku smash dia : “buat apa datang jauh-jauh, jangan datang lagi baik.
Bapa : itu hanya atas kertas dan undang-undang saja bah! Kita dapat ubah itu semua …
Aku : kalau begitu abang pergi jumpa pengetua ajelah. Saya hanya orang yang menurut perintah daripada atasan. Itu saja had kuasa saya yang ada. Kalau saya berikan pada abang, apa kata orang lain pulak. Mereka pun nak bermalam jugak! Pergilah jumpa pengetua lagi senang.
Masa itu pun aku tengah ‘hot’ jugak dan aku memang tak nak layan dia lagi. Buang Karen aku je layan orang macam ni yang tak reti bahasa. Itulah kita macam perumpamaan ni “diberikan betis nak peha”, “diberikan ikan nak ayam”, “diberikan RM 10 nak RM 1000” dan macam-macam lagilah…
Ikutilah dan teruskan pembacaan kisah 2 (terjadi pada hari yang sama- lebih kurang 10 minit selepas kisah 1 berlalu)
Kisah 2:
Bapa: assalamu’alaikum.
Aku : wa’alaikumussalam…
Bapa : boleh tak saya bawa anak saya bermalam pada hari ini. Lagipun saya datang dari Limbang ni.
Aku : bang, sebenarnya hari ini kita benarkan ibubapa bawa pelajar saja untuk outing dan tak benarkan bermalam. Minggu depan kita benarkan pelajar bermalam. Lagipun hari ni memang tidak ada outing sebenarnya.
Bapa : takpelah kalau begitu saya AKUR dengan pihak sekolah dan saya bawa anak saya keluar sajelah. Terima kasih.
Aku : sama-sama bang.
Selepas berlakunya dialog dengan bapa yang kedua tadi,hatiku yang belum lagi turun “darjah kepanasannya” tiba-tiba menurun sedikit demi sedikit kerana rasa sayu muamalat yang ditonjolkan oleh bapa tadi.
Memang begitulah dan seharusnya berlaku pada seorang bapa. Sentiasa berlapang dada dan menunjukkan sikap yang positif (tidak melawan / tidak meninggikan suara) apabila bercakap. Kalau kita menunjukkan sikap yang biadab depan anak kita, makatidak hairanlah suatu hari nanti anak kita akan biadab juga dan mungkin PETALA lebih besar lagi akan biadab dan derhaka dengan kita .
Sekian untuk renungan bersama.
Friday, June 27, 2008
Aku sebiji bola
aku diperbuat daripada macam-macam jenis. daripada plastik ada, daripada getah pun ada. Tapi aku kesian melihat orang sanggup buat apa saja keranaku...
- mereka sanggup menunggu seawal jam 4 petang untuk melihat aksiku di padang tanpa menghiraukan solat.
- mereka sanggup mempertaruhkan duit untuk melihat aku disumbat masuk ke dalam gol.
- mereka sanggup bergaduh keranaku.
- mereka sanggup bersengkang mata keranaku jam 2 pagi hingga 5 pagi sedangkan sebelum tiba musimku mereka tak pernah pun bersengkang mata di hadapan Allah pada saat begitu.
- mereka sanggup untuk meninngalkan anak bini semata-mata keranaku walaupun hanya beberapa malam.
- mereka sanggup membeli tiket yang mahal keranaku sedangkan untuk bersedekah jauh sekali dengan jumlah itu.
- mereka sanggup meninggalkan solat subuh keranaku.
- mereka sanggup berteriak dan melolong macam orang gila bila aku masuk gol.
Thursday, June 26, 2008
The Mystery of Anaconda
Ini adalah gambar dua ekor ular yang dijumpai semasa aku meronda asrama kelmarin. Kebetulan ada bawa sony bersama terus aku snap. Memang meremang bulu roma bila tengok ular ni....tak tau nak cakap bila kena patuk. Silap hari bulan boleh ko.
Ada kisah yang saya nak beritahu pembaca sekelian tentang ular ni. Ada seorang di kampung saya tu, rumahnya dimasuki oleh seekor ular yang besar. Lalu dibunuh ular tersebut yang berada dalam rumahnya sambil mulutnya mencabar untuk membunuh saki baki ular lagi. Keesokan malamnya ular yang lain pula datang dengan jumlah yang banyak dan begitulah pada malam yang berikutnya. Kerana tidak dapat tahan dengan jumlah ular yang terlalu banyak maka dipanggillah bomoh untuk mengusir kesemua ular tersebut. Alhamdulillah ular tersebut telah pergi.
Bomoh yang dipanggil telah menceritakan bahawa ular yang kena pukul itu adalah jelmaan jin. Oleh kerana terlalu marah pada orang itu yang telah membunuhnya maka sanak saudaranya telah mengacaunya.
Apa yang nak saya kongsikan ilmu di sini ialah apabila berhadapan dengan situasi seperti ular berada dalam rumah. Apa yang nak dibuat ??ikutilah beberapa tips ini:-
1) jangan sesekali membunuh ular tersebut, ditakuti ianya adalah jelmaan jin. Jika dibunuh akan timbul kemarahan daripada kaum kerabatnya.
2) cuba halaunya supaya keluar daripada rumah itu dengan kata-kata kita seperti "tolong keluar daripada rumah ini kerana rumah ini sudah ada penghuni'. cuba halau sebanyak 3 x. Jika ianya adalah jelmaan jin nescaya ia akan lari kerana takut dibunuh.
3) keluarkan kata-kata kepadanya seperti "jika kau tak lari aku akan bunuh kau".
4) sambil menghalaunya keluar, bacakanlah ayat kursi kerana jika ular tersebut adalah jin nescaya ia akan lari.
5) Jika ular tersebut tidak lari, maka kita bolehlah membawanya keluar daripada rumah itu seperti meminta orang lain supaya menangkapnya. Lalu bolehlah kita membunuhnya atau lepaskannya...
sekian.
Air Selusuh
Bismillahirrahmanirrahim..
Selusuh ialah nama bagi bahan khusus yang disediakan untuk memudahkan kelahiran bayi juga meringankan penderitaan ibu. Selusuh terdiri daripada air dan minyak yang disebut sebagai air selusuh dan juga minyak selusuh. Adakalanya kedua bahan ini digunakan secara bersama dengan ditambah dengan buah kurma (seelok-eloknya kurma Nabi iaitu ajwah)
Air selusuh dibuat (jika dapat) menggunakan air zam-zam. Minyak selusuh pula dibuat sendiri menggunakan kelapa tua yang belum kering kulitnya (kelapa hijau). Kelapa diparut dan diperah santannya tanpa ditambah air. Toskan santan tersebut didalam bekas selama lebih kurang 3 hingga 4 jam. Kemudian saring kepala (bahagian atas) santan menggunakan sudu bagi mengasingkan pati-patinya yang telah terkumpul di dasar bekas tadi.
Masak santan berkenaan menggunakan kuali dengan api perlahan. Sentiasa kacau santan bagi mengelakkannya menjadi berketul. Masak sehingga pecah minyak dan kacau hingga bentuk tahi minyak bertukar menjadi kuning keemasan (lebih kepada kehitaman sebenarnya tapi bukan hangus). Setelah itu sejukkan minyak dan asingkan daripada tahinya. Tuang minyak ke dalam gelas kaca (kalau dapat gelas tidak berwarna dan putih jernih). Simpan minyak dalam suhu bilik selama lebih kurang seminggu atau lebih agar pati-pati tahi minyak akan mendap ke bawah gelas. Setelah itu anda akan dapati minyak yang warnanya keemas-emasan dan jernih. Pindahkan minyak (saringkan) yang jernih bersih itu ke dalam bekas kaca yang lain dan kini mulakan dengan amalan-amalan di bawah:
1. Minyak dan air zam-zam di bawa bersama ketika solat hajat. (letak di hadapan sebelah kanan);
2. Setelah selesai solat hajat, bacakan doa-doa ini (mengikut kadar dan bilangan yang digemari) ke atas air dan minyak tadi:
- Surah Al-fatihah
- Surah al-Hasyr ayat 21-24
- Selawat Syifa
- Doa 1
- Doa 2
3. Simpan (air dan minyak) di tempat yang selamat
4. Sementara menunggu saat sakit nak bersalin, suami dan isteri hendaklah sentiasa solat hajat mohon dipermudahkan proses kelahiran anak yang ditunggu-tunggu. Banyakkan membaca al-Quran terutama surah Maryam, Yusuf dan Luqman. Setelah masuk minggu yang terakhir (sebelum due), berikan isteri minum air selusuh (sahaja, tidak termasuk minyak) sekali sehari selepas solat fardhu subuh.
5. Apabila isteri merasakan sakit nak bersalin, minum air selusuh, makan 1-3 biji buah kurma dan telan sesudu minyak selusuh. Sabarlah menunggu saat kelahiran dengan perasaan yakin dan tawakkal kepada Allah..
Sekian, selamat mencuba! Wallahu aklam..
Majlis Anugerah Ko Kurikulum dan Majlis Perwakilan Pelajar
26 Jun 2008 - SM Sains Miri telah mengadakan MAKK & MPP bertempat di dataran Tuanku Abd. Rahman. Beberapa kontijen telah mengikuti kawad kaki seperti PKBM, Pandu Puteri, Pasukan Bomba & Penyelamat, PBSM dll. Turut diadakan dalam majlis ini adalah pengahargaan kepada MPP 2007/08 yang telah berkhidmat.
Wednesday, June 25, 2008
Bulan Bahasa Arab
Tuesday, June 24, 2008
Empat isteri
Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang
banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua
isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik
untuk isteri keempatnya itu.
Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga
dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri
ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang
kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia
adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun
apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan
isterinya yang kedua ini. Dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong
dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat
setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah
yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi
si pedagang tidak begitu mencintainya.
Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini
tidak begitu memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa
untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan
indahnya, dan berkata dalam hati, â€oeSaat ini, aku punya empat orang
isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan
jika aku harus hidup sendiri.â€
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada
isteri keempatnya, â€oeKaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan
perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau
mendampingiku dan menemaniku?†Isteri keempatnya terdiam. â€oeTentu saja
tidak!†Jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa
berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada
pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, â€oeAku pun
mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau
ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?†Isteri ketiganya menjawab,
â€oeHidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau matiâ€oe.
Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, â€oeAku selalu berpaling padamu
setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku
perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan
mendampingiku?†Si isteri kedua menjawab perlahan, â€oeMaafkan
akuââ'¬Â¦aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu
ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.â€
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus
asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, â€oeAku akan tinggal denganmu. Aku
akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan
setia bersamamu.â€
Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya
yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya
seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman,
â€oeKalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak
akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.â€
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini ;
ISTERI KEEMPAT
adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita
keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya
akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada
keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA
adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal,
semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan
melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA
pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan
kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.
Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA
adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan
melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun,
sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus
setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang
mampu menolong kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan
sampai kita menyesal kemudian hari!
Cerita Ah Beng
Ah Beng bought a new mobile.
He sent a message to everyone from his Phone Book & said, "My Mobile
No. Has changed. Earlier it was Nokia 3310. Now it is 6610"
============ ========= ========= ======
Ah Beng : I am a Proud father, coz my son is in Medical College.
Friend: Really, what is he studying.
Ah Beng: No, he is not studying, they are Studying him.
============ ========= ========= ========= ===
Ah Beng : Doctor, in my dreams, I play football every night.
DR: Take this tablet, you will be ok.
Ah Beng : Can I take tomorrow, tonight is final game.
============ ========= ========= ========= ====
Ah Beng : If I die, will u remarry?
Wife: No! I'll stay with my sister. But if I d! ie will u remarry?
Ah Beng : No, I'll also stay with your sister.
============ ========= ========= ========= ==
Ah Beng : People consider me as a "GOD"
Wife: How do you know??
Ah Beng : When I went to the Park today, everybody said, Oh GOD! U have come again.
============ ========= ========= ========= ====
Ah Beng complained to the police: "Sir, all items are missing, except the TV in my house."
Police: "How the thief did not take TV?"
Ah Beng : "I was watching TV news..."
============ ========= ========= ========= ==
Ah Beng comes back 2 his car & find a note saying "Parking Fine"
He Writes a note and sticks it to a pole "Thanks for complement."
============ ========= ========= ========= ======
How do you recognize Ah Beng in School?
He is the one who erases the notes from the book when the teacher erases the board.
============ ========= ========= ========= ========
Once Ah Beng was walking he had a glove on one hand and not on other.
So the man asked him why he did so. He replied that the weather forecast announced that on one hand it would be cold and on the other hand it would be hot.
============ ========= ========= ========= ========= ==
Ah Beng in a bar and his cellular phone rings. He picks it up and Says
"Hello, how did you know I was here?"
============ ========= ========= ========= ========= ===
Ah Beng : Why are all these people running?
Man - This is a race, the winner will get the cup
Ah Beng - If only the winner will get the cup, why others running?
============ ========= ========= ========= ========= ===
Teacher: "I killed a person" convert this sentence into future tense
Ah Beng : The future tense is "u will go to jail"
============ ========= ========= ========= ========= =====
Ah Beng told his servant: "Go and water the plants!"
Servant: "It's already raining."
Ah Beng : "So what? Take an umbrella and go."
============ ========= ========= ========= ========= =====
A man asked Ah Beng why Ahmad Badawi goes walking in the Evening and not in the morning
Ah Beng replied Ahmad Badawi is PM not AM
Nasi Maqlubah
Bahan-Bahan: -
1) 1/2 kg daging atau geng2nya...
2) 3 cawan beras atau lebih...
3) sedikit halia
4) 3 sudu jintan putih dikisar halus
5) 7 biji lada hitam dikisar halus
6) marjerin 3 sudu
7) garam gula
8) Asam jawa
9) 1/2 kg buah tomato dipotong nipis
10) 10 ulas bawang merah ditumbuk
11) 7 ulas bawang putih ditumbuk
12) minyak sawit
Cara Penyediaannya: -
1) daging
Gaulkan daging dengan serbuk jintan putih, halia, lada hitam dan 1/2 bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk. Perap selama lebih kurang 1/2 jam. Tumis 1/2 bawang merah dan bawang putih selebihnya dengan minyak sawit yang dicampur dengan marjerin beberapa minit sehingga nampak kekuningan. Masukkan daging yang diperap dan gaulkan dan masakkan selama lebih kurang 20 minit dengan api yang kecil. Periuk ditutup rapat.
2) Nasi
basuh beras sehingga betul-betul bersih. keringkan sekejap beras yang telah dibasuh dalam penapis selama 10 minit. Goreng setengah cawan beras tadi dalam sedikit minyak sehingga kekuningan dalam api yg kecil. Masukkan baki beras yang dikeringkan tadi dan gaulkan bersama beras yg telah kekuningan untuk 5 minit.
Masukkan daging yang di masak tadi kedalam beras yg digoreng dalam periuk dan digaul. Masukkan air secukupnya serta masukkan garam secukup rasa dan masakkan sehingga menjadi nasi. Sebolehnya dengan api yg sederhana. Anda pasti akan meleleh air liur menghidu baunya yang semerbak.. ;)
3) Tomato
tomato yang dipotong nipi-nipis digaul dengan air asam jawa secukup rasa. Jika anda sukakan masam lebihkan sedikit asam jawa tu. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. tomato ini untuk dimakan dengan nasi tadi. Kalau orang arab dia makan dengan sejenis pencicah dia mcm susu masam. jadi tomato ni lebih sesuai untuk citarasa orang melayu kita...
*petua untuk masak sedap ni kita jgn ikut sangat buku resepi. main hentam je lagi bagus.. mcm bawang.. kalau resepi kata 10 ulas.. hentam je nak masuk berapa... 10 ke 15 ke... jgn skema sgt.. baru masakan kita ada umphh... satu lagi kalau masak tak menjadi saya tak nak bertanggung jawab tau.. hehe.
from: Zamri Halim
Monday, June 23, 2008
Kelapa Tua
cerita untuk renungan bersama. KELAPA TUA:
Semua orang kenal dan tahu pula gunanya. Sangat penting dan sangat berguna
Kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan dan kelapa tua tak pernah jadi topik perbincangan, tak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalau kelapa tua ada emosi, tidak ramai yang dapat merasai dan menyelam perasaannya.
Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak pedulikannya. Dirinya terbuai-buai di atas pokok, bila ditiup angin terasa nyaman sekali. Elok-elok kelapa tergantung di pokoknya sambil menikmati keindahan buana, datang orang menjoloknya dengan galah panjang. Bukan selesa kena jolok macam tu.
Bila tangkainya menjadi lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-berpusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah, bukan setakat 5-10 kaki tapi sehingga 40-50 kaki. Bunyinya berdentum sampai ketanah. Kalau calang-calang buah, boleh berkecai.Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.
Masalah kelapa tua bukan setakat ini sahaja. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk kedalam kulit sabutnya. Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan, lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat dan ini berterusan sehingga tinggal tempurung. Dah tinggal tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya, keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu nak menilai seni seperti ini.
Tempurung bulat yang cantik ditetak dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua, di tengah-tengahnya. Maka tersemburlah dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.
Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sampai tahap ini maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Baru muqaddimah. Banyak lagi seksaan yang menanti.
Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih diparut dan dikukur pula hingga lumat. Tempurungnya pula dibuang. Kadang-kadang dibakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang lumat dikukur dan diparut.
Untuk menambah seksanya lagi , dituang pula air kedalam isi parut, kemudian diramas-ramas dan diperah-perah. Kalau hendak dikirakan ini sudah terkeluar dari batas-batas keperimanusiaan. Kemudian ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah
menjadi cecair yang putih.
Setelah itu minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah lain ditumis. Bila dah cukup kuning dituanglah santan tadi dalam belanga. Maka berpanasanlah santan hingga pecah minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya: “Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?
Orang di dapur hanya menjawab,”Kari ikan bawal.” Kari dapat nama. Ikan bawal dapat nama. Orang kata,”Oh! sedap kari ni.” “Oh! sedap ikan bawal ni.”
Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa ambil kira atau ambil peduli.
Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja tetapi ta’abud kepada ALLAH. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tetapi ada dalam perhatian Tuhan!
dipetik daripada kiriman email seorang kawan.
Monday, June 16, 2008
Kem Jaya Diri
Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Dengan taufiknya dapat dilaksanakan Kem Jaya Diri untuk pelajar muslim tingkatan 3 dan 5.
kem ini dijayakan adalah untuk memberikan motivasi kepada pelajar muslim tentang betapa pentingnya kecemerlangan dalam hidup memandangkan muslim di bumi Miri ini adalah minoriti.