Wednesday, July 9, 2008

Anjing masuk masjid




Semua orang kenal bila sebut menatang ni... cute kan ?? tengok gambarnya pun anak ku dapat sebut menatang tu. Tapi malangnya Allah Ta'ala menjadikan makhluk ini haram disentuh oleh pengamal mazhab Syafei (orang Islam) di Malaysia apatah lagi memakannya atau memeliharanya. Cuma dibolehkan dalam Islam kita gunakannya untuk memburu sahaja.
Sebut pasal anjing ni ada beberapa hukum yang aku nak kongsikan bersama pembaca yang mulia. Iaitulah hukum anjing bila masuk masjid atau surau. Adakah perlu disamak atau tidak ? Hasil diskusi aku dengan sahabat - sahabat dengan mengambil kira pandangan tok-tok guru pondok dan ulamak mu'tabar seperti berikut:
Tidak perlu samak:
jika anjing yang masuk itu dalam keadaan kering dan masjid pun dalam keadaan kering. Hujah nya ialah apabila kering bertemu sama kering tak perlu disamak. Apabila kita perhatikan tiada sebarang najis atau tapak kaki anjing tersebut maka tak perlulah disamak. Dan inilah salah satu daripada salah faham kebanyakan kita, apabila anjing masuk masjid kita akan menyamak masjid itu termasuklah karpet di dalamnya. Ini boleh merosakkan karpet yang ada.
Perlu samak:
Jika anjing yang masuk itu meninggalkan kesan tapak kaki atau najis, maka kita perlu samak tempat yang ada najis tersebut. Dengan erti kata yang lain kita hanya menyamak tempat yang kena najis itu sahaja dan tak perlu samak keseluruhan dalaman masjid itu. Ini mengambil kira dari segi keluasan masjid itu yang mana saiznya kan membebankan oarang untuk menyamaknya. Islam bukanlah suatu agama yang memayahkan tapi memudahkan.
Jika sekiranya anjing tersebut telah membuang air besarnya atas karpet atau sejadah, maka tempat itulah yang perlu dihilangkan najis sahaja dan perlu disamak. Anda bolehlah melipat karpet tersebut untuk mengalirkan air sahaja.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.