Hadis nabi saw berkaitan madu:
Abu Saiid Al-Khudri r.a menceritakan; Bahawa seorang lelaki telah datang menemui Nabi s.a.w. seraya berkata:
“Sesungguhnya saudaraku telah mengalami sakit perut (memulas dan berak-berak).”
Maka Rasullah s.a.w. pun bersabda:
“Berilah dia minum madu”
Maka lelaki itupun memberi madu kepadanya.
Kemudian dia datang lagi lalu berkata:
“Sesungguhnya saya telah beri dia minum, tetapi perutnya makin memulas sakit.”
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
“Berilah dia minum madu lagi”
Lelaki tadi pulang dan memberi minum lagi kepada saudaranya, tetapi masih membawa berita yang sama sehingga Rasulullah s.a.w. tetap juga bersabda seperti yang pertama sehingga ke kali ketiganya.
Kemudian lelaki itu datang lagi pada kali ke empat, maka Rasulullah s.a.w. masih bersabda:
“Berilah dia minum madu lagi”
Lelaki itu pun pulang dan datang lagi, maka dia berkata:
“Sesungguhnya saya telah memberinya minum, tetapi perutnya makin memulas”
Mendengar demikian, Rasulullah s.a.w. pun lalu bersabda:
“Benarlah Allah dan dustalah perut saudara engkau”
Maka lelaki tadi pulang dan memberinya minum madu lagi, barulah dia sembuh.
Ya, dalam peristiwa ini kesakitan orang itu amat ketara, dimana dalam perutnya terdapat keracunan. Apabila dia minum madu, maka madu itu akan bertindakbalas dan dia merasa lebih sakit buat sementara waktu, dan akhirnya kesakitannya baru sembuh.
Jadi, dalam perubatan madu ini kita hendaklah meyakini bahawa kekuatan madu boleh menyembuhkan dengan izin Allah S.W.T. Justeru itu didapati Rasulullah s.a.w. dan lelaki berulang kali mengulanginya, dan demikianlah cara atau dasar perubatan.
Firman Allah, mafhumnya;
"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang, dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia". "Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu" (dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia ( dari berbagai-bagai penyakit) sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang berfikir" - (Surah An-Nahl, 68-69)
Harga bagi satu botol RM 72 (biasa) dan RM 75 (bersama sarang)- harga Sarawak. Kalau di Miri ni boleh dibeli di Boulivard, Imperial Mall.
No comments:
Post a Comment