Wednesday, July 30, 2008

Apabila Manusia Bertuhankan nafsu



Pelik tetapi benar. Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki yang mendakwa dirinya "ustaz" telah melakukan akad nikah ghaib dalam sebuah bilik hotel di Kuala lumpur dengan pasangannya (bekas ibu tunggal). Inilah yang berlaku apabila manusia telah jauh menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. Mungkin "ustaz" merupakan salah seorang daripada penganut ajaran sesat lagi menyesatkan. kesian kepada mangsanya yang tertipu dengan pelbagai kata-kata manis daripada ustaz tersebut.

Menurut Harian Metro :

" Dengan hanya bermodalkan sebuah kitab dan mas kahwin RM50, seorang ustaz menjerat seorang ibu tunggal sebelum mengahwininya menerusi upacara akad nikah pelik menggunakan wali dan saksi ghaib.

Sebelum proses pernikahan dilangsungkan, ustaz berusia 60-an itu berperanan ‘dua dalam satu’ kerana dia bukan saja melakonkan watak sebagai ‘tok kadi’, malah turut ‘mengakadkan’ bagi dirinya sendiri.

Rukun yang dipraktikkan cukup mudah apabila pasangan kepada ustaz terbabit tidak perlu membawa saksi dan wali, sebaliknya hanya perlu duduk bertimpuh menunggu masa untuk diijab kabul ".


Ini telah bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Islam sendiri. Rukun nikah sebagaimana yang diketahui adalah: SUAMI-ISTERI-SAKSI-WALI-AQAD (SISWA).Kalau tidak cukup salah satu rukun nikah tersebut maka tidak sah perkahwinannya.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.