Thursday, July 24, 2008

Radovan Karadzic

BELGRADE: Bekas Presiden Serbia dan penjenayah perang Bosnia, Radovan Karadzic yang ditahan Isnin lalu selepas bersembunyi 13 tahun, akan mencabar perintah ekstradisinya ke sebuah mahkamah antarabangsa di Belanda.
Karadzic, yang keadaan fizikalnya jauh berbeza ketika ditahan – lebih kurus, berambut panjang dan berjambang putih – mempunyai tempoh tiga hari bagi merayu perintah ekstradisi berkenaan, lapor edisi internet Sky News, semalam.
Kenyataan peguamnya, Sveta Vujacic, semalam, dibuat selepas berita penangkapan Radovan yang berdepan 11 tuduhan melakukan pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang dan jenayah kemanusiaan dalam perang Bosnia pada 1992-1995, menjadi laporan muka depan media utama dunia. Namun, keadaan sebaliknya bertukar ganas di ibu negara Serbia semalam apabila sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan pro-Karadzic dan seorang anggota polis cedera dalam pertempuran pihak berkuasa dengan kumpulan penunjuk perasaan berkenaan.
Mereka menyelar kerajaan Serbia yang pro-Barat kerana terbabit dalam usaha menangkap Radovan yang menyamar doktor perubatan alternatif bagi mengelak dirinya dikesan pihak berkuasa kerana jenayah membunuh sekurang-kurangnya 11,000 Muslim Bosnia. Ini termasuk jenayah pembunuhan 8,000 lelaki dan budak lelaki Bosnia yang dikebumi dalam beberapa kubur besar.
sumber: Berita harian

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.