Friday, February 13, 2009

Disiplin


Seringkali dikaitkan disiplin itu dengan pasukan keselamatan seperti polis dan tentera. Tapi apa yang menyedihkan abi dan isteri tatkala minum di sebuah restoran. Terdapat anggota polis trafik (4 orang) yang singgah untuk minum. Sebelum hidangan sampai mereka telah mengenakan beberapa batang rokok. Meja mereka tak jauh daripada meja yang kami makan.

Memang abi dan isteri rasa mual dan kurang selera tatkala mencium asap rokok. Biarlah orang kata rokok itu sedap dan nyaman tapi bagi kami ia tetap tak berselera jika singgah di lubang hidung apabila sedang makan. Dalam hati abi "apa lah punya polis, nampak berdisiplin, tapi tiada disiplin apabila berada di restoran. Langsung tak menghormati orang yang sedang menjamu selera". Inikah dia anggota keselamatan yang terkenal dengan tahap disiplin yang tinggi ? Atau mungkin hanya berdisiplin ketika berada di pejabat atau tempat kerja sahaja ?

Sepatutnya mereka mesti menunjukkan sikap dan teladan yang baik kepada orang awam walau di mana jua berada. Sikap beginilah yang disukai oleh orang ramai bukannya bertindak dan melakukan sesuatu itu tanpa memikirkan akibat kepada orang ramai. Rasanya orang awam kat situ lebih pandai berfikir daripada anggota polis !

sekadar curahan rasa. wallahu'alam

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.