Monday, February 16, 2009

Tulah (hukuman) ?

Alkisah ceritanya bermula apabila abi mengajar kelas Bahasa Arab dalam sebuah kelas. Adalah dalam kelas tersebut dua orang hamba Allah (my student) very-very naughty hinggakan beberapa kali abi nasihatkannya supaya jangan main atau bercakap-cakap semasa guru sedang mengajar. Tidak dihiraukan nasihat abi. Memang abi sakit hati. Kalau nak ikutkan hati mahu berikan dia sup selipar jepun abi ni. Tapi abi ikutkan iman. Abi berikan bebudak tu pengukur lemak sebagai tanda amaran awal. Ye lah sabar seorang guru ada tahapnya juga. Guru bukannya malaikat. Guru ada emosi dan perasaan tapi malaikat tiada itu semua.
Beberapa hari kemudian.....diadakan acara merentas sekolah kepada para pelajar. Malang tak berbau pelajar yang main-main dalam kelas abi suatu tika dulu terseliuh kakinya. Dalam hati abi bila nampak budak tu...itulah TULAH namanya kerana tidak mendengar nasihat guru dan menyakiti hati guru. Walaupun abi bukan wali Allah tapi apa yang menimpa seharusnya dijadikan pengajaran dan iktibar pada masa akan datang buat diri yang alpa.
wallahu'alam.

3 comments:

data:comment.author/> said...

Itulah mihnah dan cabaran seorang guru...tu syeikh dh mengajar kat sekolah sains,kira pelajar ok ok semua...sahabat2 yg mengajar sekolah biasa tu tak tahu la mcm mana.

data:comment.author/> said...

bebudak di SM Sains pun dah kira jadi macam perangai budak sekolah biasa...
pandai saja tapi sik ada perangai...

data:comment.author/> said...

mana2 lani bebudak kurang ajar...mungkin akibat sistem pendidikan yg selalu bertukar2

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.