Mat Saleh pun ada jengok kaunter AMAL dan tengok pameran. Yang sedihnya "orang kita" takut nak pi dekat dengan kaunter tu. Takut kena pujuk untuk beli barang kot!
Encik Muhtar Suhaili (pengarah projek) sedang melayan tetamu yang hadir di kaunter AMAL
Sabtu (1 Feb) : Abi bersama sahabat AMAL (Unit Miri) pergi ke Imperial Mall untuk membuat roadshow Tabung Aman Palestin. Satu pengalaman berharga buat kami semua kerana tiada pengalaman sebelum ini. Kami ditugaskan untuk mengedarkan risalah-risalah dan buletin tentang Palestin kepada orang ramai yang lalu lalang di situ. Pernah satu ketika abi datang kepada seorang perempuan Islam untuk memberikan risalah tersebut, terus dia lari daripada abi dan mengatakan tak nak. Tergelak abi dalam hati. Abi bukannya jual barangan @ produk. Kami cuma nak hebahkan tentang Palestin sahaja! Korang nak beli ke tak nak beli ke ....itu cerita lain...
Perkara yang sama juga berlaku ke atas kawan-kawan abi yang lain - cikgu Syahril dan Ust Syahrunnizam. Tapi kami dapat satu pengalaman berharga di situ iaitulah kami dapat mengikis segala sifat malu kami untuk bertemu orang ramai.
Wallahu'alam.
"BERAMAL KERANA ALLAH"

No comments:
Post a Comment