Monday, February 9, 2009

Makmum masbuk

2 hari lepas abi bersolat asar di masjid At Taqwa, Miri. Kebetulannya abi solat sendirian memandangkan tiada lagi orang di situ. Selepas beberapa rekaat, maka datanglah seseorang lalu mencuit bahu abi menandakan dia ingin mengikut abi untuk jadi makmum. Abi pada masa tu sedang membaca al fatihah di rekaat yang ke 3. Sebaik sahaja selesai membaca al fatihah maka ruku' lah abi. Si lelaki belum lagi ruku' dan abi terdengar dia masih lagi membaca al fatihah dan ingin menghabiskannya. Persoalannya ....bolehkah dia berbuat demikian ?

Dalam hal ini si lelaki tadi haruslah mengikut imam walaupun dia belum sempat menghabiskan bacaan al fatihahnya dan dia digelar sebagai makmum masbuk. Maksud makmum masbuk ialah makmum yang sempat bertakbiratul ihram dengan imam tetapi tidak sempat membaca al fatihah dalam masa imam berdiri, maka tidak wajib ke atasnya menyempurnakan bacaan al fatihah. Bacaannya hanya sekadar yang dapat dan dikehendaki ruku' bersama imam. Perlu diingatkan dalam hal ini makmum tadi sudah ketinggalan beberapa rekaat daripada imam sebelum itu.

wallahu'alam.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.