Sunday, January 7, 2018

Baby Affan di Taska Ummu Falah

Affan dah mula diletakkan di pusat asuhan. Taska Ummu Falah, Setiu. Berdekatan dengan Pok Kancil juga. Harap2 dapat la Affan membiasakan diri duk situ. Sayu rasa hati bila nak letakkan Affan kat situ. Entah kenapa....

2 3 hari sebelum tu, tokmek menelefon abi bertanyakan khabar Affan dan yang lain2. Tokmek pun rasa sayu dan kesian juga bila Affan diletakkan kat situ. Nak buat macam mana ....dah memang tuntutan kerja camtu. lain la kalau Ummi tak kerja. Boleh ngasuh 24 jam.

Moga Affan selesa kat sana dan dilindungi Allah SWT hendaknya. Bimbang juga rasa hati takut tak dicakna oleh kakak2 pengasuh kat situ. Maklumlah macam2 citer kite dengar kat taska tu. Harapnya ok la. InshaAllah.


No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.