Alhamdulillah thummal hamdulillah...
Terima kasih Ya Allah kerana masih memberikan kekuatan untuk jari jemari ini berbicara. Ya, berbicara tanpa suara. InshaAllah.
Kali ini bukan untuk mengulas ceramah Ustaz Muhammad Al Amin tapi rasa ingin mengutarakan sesuatu yang berkaitan dengan topik tersebut. Mungkin ada kaitan dengan tajuk atau mungkin tiada kaitan dengan tajuk.
Zaman ini adalah zaman ledakan teknologi maklumat. Pelbagai teknologi timbul dan muncul samada teknologi perhubungan@komunikasi mahupun teknologi ketenteraan. Suka untuk dibicarakan dalam entri kali ini adalah berkaitan teknologi komunikasi. Macam2 kan telekomunikasi hari ini. Dengan whatsappnya...telegramnya...facebooknya...Instagramnya...tweeternya dan pelbagai lagi. Mungkin banyak lagi tapi tak disebutkan di sini. Maaf abi tidak mengikuti teknologi komunikasi yang kian tumbuh ini seperti cendawan yang tumbuh sebaik hujan.
Sebagai contohnya, facebook. Bila sebut tentang FB tentu ramai yang mengetahuinya hatta anak2 kecil pun tahu. Begitu juga makcik2 di kampung pun tak kekok untuk menyebutnya. FB lah alat untuk berkomunikasi antara seorang dengan seorang yang lain. Asalnya FB ini adalah baik dan bermanfaat. Dengan FB lah kita dapat berhubung dengan orang yang jauh. Dapat melihat gambar2 yang dihantar walaupun jauh beribu batu. Terima kasih FB!
Tapi sedarkah kita bahawa FB itu silap haribulan ia boleh memesong niat seseorang. Bagaimana ?
Jom kita perhatikan dan sama2 fikir....
Pada asalnya seseorang itu ingin berkongsi sesuatu yang bermanfaat dengan kawannya. Dia boleh hantar gambar untuk diberitahu kepada rakannya. Lama kelamaan 'sharing' itu dah menjadi satu habit kepada dirinya. Sehinggalah dia sharing pun bukannya sesuatu yang bermanfaat. Mungkin anda pernah lihat situasi sebegitu seperti yang abi katakan ini. Posing dengan gaya yang pelbagai.Ada gaya yang menghairahkan dan menggiurkan. Muda mudi tua bangka pun turut sama membuat aksi sebegitu. Ada juga para isteri berkelakuan demikian. Ini semua boleh menimbulkan fitnah.
Tak kurang juga bagi yang gatal tangan menulis apa sahaja dalam FB...Dan jika kita baca kita rasa tak patut pun dia tulis sedemikian. Contohnya...
" rasa boringlah...."
'' mengantuknya...''
'' menyampah betul...''
Bagi abi perkataan sebegitu tak perlu lah kita nak tulis dan luahkan melalui FB. Apa faedahnya untuk orang lain???Nak raih simpati???masya Allah...Zip mulut tu dan buka lah hati tu...Adalah lebih baik anda menulis perkataan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar....Betul tak??? itu sebab abi kata >>>>zip mulut buka hati. Tak semua benda perlu kita tulis dalam FB tu. Renunglah sejenak wahai sahabat sekelian.
bersambung lagi inshaAllah....
#mata sudah mengantuk
7 hours ago
No comments:
Post a Comment