6 hours ago
Sunday, January 7, 2018
Qiyamullail pertama
Alhamdulillah dengan izin Allah Qiyamullail yang pertama dapat abi buat bersama anak sulong abi, Wildan pada hujung minggu lepas. Plan asyik tak menjadi saja tapi kali ini syukur ianya menjadi. InshaAllah plan yang akan datang coming soon Februari pulak. InshaAllah. Ya Allah berilah kepada kami kekuatan rohani dan jasmani.
Maaf bukan nak menunjuk atau bukan nak riak atas apa yang dibuat. Hanya sekadar untuk memperingati antara satu sama lain. Sebab apa??? Sebabnya anak adalah amanah daripada Allah. Ibubapa lah yang kena jaga amanah ini. Bukan setakat memberikan makan dan minum serta tempat tinggal sahaja bahkan lebih daripada itu ialah mengajarnya anak2 supaya "taqarrub diri'' kepada Allah SWT.
Taqarrub itu lah bekalan diri untuk berjumpa dengan Allah SWT. Bila seseorang anak itu mentaqarrubkan diri kepada Allah, InshaAllah Allah akan sentiasa menjaganya setiap masa. Kita tak mampu sebagai ibubapa nak jaga anak kita setiap jam dan setiap ketika. Oleh itu kita serah kepada Allah untuk menjaga mereka dengan cara bertawakkal kepada Allah. Bukan tawakkal semata2 tapi tawakkal kita adalah dengan 'senjata' iaitu ''Taqarrub''.
Sekarang ini ibubapa macam tak tau cara nak didik anak. Hantar anak ke sekolah yang hebat2, SBP atau MRSM misalnya....diorang rasa dah terlepas daripada tanggungjawab. Sebenarnya tak. Ramai daripada ibubapa dah tersalah faham. Seolah2 mereka merasakan pendidikan itu sudah terlepas daripada tangan diorang.
Begitu juga ada ibubapa yang merasakan tugas mereka dah selesai dalam mengajar anak apabila anak itu sudah memasuki sekolah agama ataupun sekolah2 tahfiz. Bukan bermaksud nak menyalahkan sekolah agama ataupun memandang remeh kepada sekolah agama tapi harus diingati bahwa tugas mendidik anak itu terletak atas kepala ibubapa. Bukan atas kepala guru2 di sekolah. Guru2 di sekolah hanyalah orang yang membantu dalam mendidik@mentarbiah anak2..... Ingatlah...anak2 adalah cerminan keppada diri kita sendiri.
Masih banyak lagi para ibubapa yang harus diajar kepada anak2. Ajar adab/akhlak itu yang penting. Anak2 sekarang ni kurang adabnya. Kalau tak diajar akhlak kepada anak2 itu, siapa lagi nak ajar ??? Cikgu di sekolah??? Ingat lah!!! cikgu di sekolah tu lebih berfokus kepada akademik semata2. Bukannya adab. Hanya segelintir sahaja yg menitik beratkan bab adab. Percaya lah... Sebab tu ibubapa harus memainkan peranan untuk mengajar adab2 Islam kepada anak2 mereka. Bukan mengajar mereka sehari atau 2 hari tetapi sentiasa atau setiap hari berlakunya pelajaran adab itu di rumah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment