Sunday, January 21, 2018

Keajaiban Unta


Alhamdulillah segala puji bagi Allah
Alhamdulillah atas segala hal
Alhamdulillah atas segala ni'mat

Malam ini Allah telah gagahkan abi untuk menyampaikan sedikit ilmu daripada kitab Tafsir Al Munir karangan Dr Wahbah Az Zuhaily. Kali ini masih lagi di bawah tajuk 'Surah Al Ghasyiah'. Apa yang nak dikongsikan di sini adalah tadabbur kalamullah '' maka apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ia diciptakan?''  (surah Al Ghasyiah: 17) 

Sedikit perkongsian hasil carian dan mentelaah daripada internet.
Subhanallah amat ajaib penciptaan unta ini sehinggalah Allah rakamkannya dalam Al quran Al karim. Jom kita perhatikan keajaiban atau kelebihan yang Allah berikan pada unta.

1) Unta ini dapat tahan lasak di padang pasir yang suhunya boleh mencecah 50 darjah celcius.

2) Di atas belakang unta terdapat satu bonggol yang mana di situ lah ia menyimpan minumannya. Dikatakan ia dapat hidup selama 8 hari tanpa makan dan minum. Dikatakan juga ia dapat bertahan selama 3 minggu. begitu juga dikatakan ia dapat berjalan lebih kurang antara 500 - 1000 km.

3) mata sang unta terdapat bulu2 mata yang tebal. Ia digunakan untuk menghalang kemasukan pasir jika ada ribut pasir. Matanya juga jika tertutup akibat ribut pasir, ia masih dapat berjalan lagi kerana dikatakan matanya adalah transparent. Dengan erti kata lain dapat melihat walaupun mata tertutup.

4) Gigi sang unta ini kuat dan besar. Allah jadikan sebegitu kerana ia dikhususkan untuk memakan benda2 yang kasar seperti tumbuhan yang berduri dan seumpamanya. Di padang pasir banyak tumbuhan yang keras dan kasar. Jadi giginya yang kuat dapat mengunyah sesuatu yang keras. Perutnya juga mampu menghadam pelbagai jenis makanan dan tumbuhan.

5) Bulu di tubuhnya juga amat tebal. Untuk apa???untuk menahan panas cuaca terik matahari. Bulu tersebut dapat mengurangkan kepanasan.

6) Kakinya yang panjang dan tinggi itu juga adalah mengurangkan kesan panas matahari yang menerjah pasir. Bila kakinya panjang maka badannya pun akan menjadi tinggi daripada pasir dan sudah pasti akan mengurangkan kepanasan yang ada.

7) Tapak kakinya yang besar akan membantunya berjalan dengan senang atas padang pasir. Tidak mungkin tenggelam kakinya dalam pasir sekalipun badannya yang besar. Kaki manusia mungkin akan tenggelam dalam pasir tetapi kaki unta tidak.

8) Susu dan air kencing unta adalah bermanfaat untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit antaranya kanser. Subhanallah!! Air kencing unta bukan najis.

Itulah hebatnya sang unta@ jamal !

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.